4.12pm
Tempat:Bilik(asrama)
Mood: =)
Assalamualaikum wbt..hai...
Minggu lepas aku baru sje selesai menghadapi Ujian Pertengahan Semester 2 Program Matrikulasi (UPS)...dan hari ini aku mendpt salah satu keputusannya... Menghampakan... Aku rasa tu dah cukup mengambarkan bagaimana rupanya keputusan aku yang satu tu... Memang rasa tersentap bila tahu...perasaan sedih tu mula menakluki hati... Aku sedar,ni semua salah aku sendiri... Masa jawab soalan subjek tu,memang aku lost. Xde keyakinan...walaupun sebenarnya subjek tu adalah subj kesukaan aku.. Namun,aku leka dalam kesibukkan aku. Dan ni la bahananya... Aku tau,aku kena terima. PSPM masih de. Tu adalah titik penentuan yang sebenar bagi aku. Adakah aku mampu mencapai cita-cita aku,tu semua terserah pada tindakan yang aku ambil sekarang.
X guna kalau aku nak menangis bagai nak rak pun...xde pe yang akan berubah selagi aku x berubah.
Kegagalan yang sebenar adalah apabila anda tidak bangkit dari kegagalan.
Kata-kata tu yang menjadi penguat semangat aku sekarang. Aku tahu,aku x boleh MENYERAH KALAH! Aku tahu,aku HARUS BANGKIT! Aku tahu,aku masih de peluang untuk memperbaikinya... So,CAYOK!!! USAHA TANGGA KEJAYAAN! \ (^.^) / SEMANGAT!
Hidup ni macam RODA.
Kejap kita kat atas,kejap kita kat bawah... Kalau asyik berada di atas pun bahaya..sebab nanti bila kita diberi dugaan yang mendukakan,saat tu kekuatan diri kita sendiri yang menjadi aset paling penting. KaDang-kadang,kita perlu gak berada di bawah untuk merasa lebih menghargai akan nikmat yang kita perolehi selama ni. Kegagalan tu sebenarnya penting gak dalam hidup kita sebab tanpanya kita xkn faham erti utk usaha lagi dan lagi,usaha utk bangkit bagi capai kembali cita-cita kita. Berada di bawah membuatkan kita sedar bahawa kealpaan hanya akan menghayutkan kita dan akhirnya menjunamkan kita ke bawah.
DONT STOP BELIEVING.
Jangan berhenti percayakan diri. Bila kita berhenti percayakan akan diri kita,masa tu kita dalam kerugian yang amat sangat. Ya,kadang-kadang kita terhayut dalam kesedihan. X salah kalau kita nak berduka sekejap...bagi melepaskan rasa lemas di dada... Tapi jangan biarkan rasa tu menghantui diri buat tempoh yang lama. Percaya bahawa kita boleh BANGKIT! Percaya bahawa masih belum terlambat utk kita back on track!. Jangan berhenti. JOM,kita ambil pengalaman tu sebagai motivasi utk perbaiki balik apa yang kurang,pe yang x kena. Cari puncanya. Jawapannya ada pada diri kita sendiri,dalam hati kita. Cuba kita recap balik pe yang dah kita buat. Dan,pasti kita kan jumpa puncanya. ^^
Ok,la.Sampai sini je buat kali ni. Andai ada sebarang kesilapan kata,ejaan atau pe2 je,harap dimaafkan.
*aDioS*Wsalam...
![]() |
ALLAH takkan menduga kita dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung oleh Hambanya... *Setiap yang berlaku Ada Hikmahnya.* |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan