Sabtu, 16 April 2016

Berubah


Johor, Malaysia.

Assalamualaikum wbt, hai semua...

                   Tiba-tiba di pagi hari ni sedang membaca buku yang baru beli petang tadi, teringat akan peristiwa yang dah lepas. Yang membuatkan aku terfikir "Aku dah berubah. Aku bukan orang yang sama yang kau kenal beberapa tahun lepas". Beberapa tahun lepas, aku akui aku tidaklah sematang sekarang, aku tak berfikir seperti sekarang dan aku x 100% berperilaku seperti aku yang sekarang.

                    Bila aku tanyakan pada sahabat-sahabat karib dari zaman sekolah dan senior universiti aku, adakah aku sudah berubah?. Mereka jawab, aku semakin matang. Masa mula-mula aku dengar jawapan tu, aku x percaya. Sebab pada aku, nak jadi matang tu perlukan proses yang sangat panjang. Sekarang, ya, aku percaya. Sebab aku dah buat test usia minda aku, dan aku dapat 16 tahun dari tua dari umur sebenar. Hahaha.. sangat mengejutkan. Kematangan ini, pada aku datang bersama masa-masa yang berlalu. Datang hasil dari pengalaman-pengalaman suka duka yang aku lalui selama 5-6 tahun ini. Kematangan itu yang perlahan-lahan mengubah cara pemikiran aku, cara penilaian aku. 


         "Kematangan mengubah aku, membuat aku lebih banyak berfikir tentang erti hidup, dan tentang Allah serta agamaku"

            Seorang kawan aku baru-baru ini bertanya padaku, " Macam mana nak jadi lebih matang ek?" Agak lama aku ambil masa untuk berfikir dan mengimbas kembali segala perkara yang aku dah lalui. Akhirnya aku jawab, "Matang tu perlukan masa. Dan setiap orang berbeza berapa lama dan apa yang akan buat dia akan jadi makin matang. Baca buku-buku, news, pun dapat tingkatkn kematangan.". Jujur, pada pendapat aku, untuk berubah tu, memang susah. Sebab setiap orang ade comfort zone masing-masing. Dan x ramai yang berani untuk keluar dari comfort zone mereka. Termasuk aku. Untuk berubah, macam-macam dugaan yang perlu dilalui. Macam-macam masalah kena fikir dan selesaikan. Yang paling menyeramkan pada aku bila perkara itu adalah sesuatu yang baru untuk aku lalui. Yang aku x tahu risikonya tahap mana. 

                 Tapi, bila diimbas kembali,memori yang pahit itu yang banyak mematangkan, yang banyak membantu diri ini berubah. Membuatkn diri menjadi lebih tabah. Berubah itu pun memerlukan usaha dari diri sendiri. Sekalipun ada orang yang cuba mengubah diri kita, tapi kita tolak, tutup pintu hati, sempitkan pemikiran, nothing will change. Berubahnya seseorang bermula dari diri sendiri, dan melibatkan orang-orang lain. Persekitaran pun menpengaruhi perubahan yang berlaku.

               Aku sendiri masih ade banyak lompang-lompang (kekurangan) yang aku nak kena baiki dan tampal. Aku nak berubah menjadi orang yang lebih baik. Aku xnak mati dengan penuh penyesalan. Itu yang aku fikir sekarang. ^_^




Maaflah, entry kali ni macam karangan bahasa melayu plak..hahaha..bila hati ini ingin bermadah, jiwa sastera itu muncul, jadi la macam ni. Haha.. Baiklah, dah sampai masa aku tutup cerita. Maaf andai entry ni kurang isi kandungannya. Nak tulis panjang2 lgi, nak share pengalaman hidup, terasa mcm setahun jagung lagi pengalaman hidup ni. Ini adalah buah fikiran aku spanjang 23 tahun hidup di muka bumi ini. Ok, la. Adios

Assalamualaikum wbt. ^_^




Selasa, 22 Disember 2015

Khamis, 5 November 2015

Hikmah






Johor, Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hai ^_^

Dah berkurun rasanya aku x mengupdate entry aku...hahaha.. Kekurangan idea, yang amat sangat. Kadang-kadang ada perkara yang terlintas nak tulis tapi kekurangan idea untuk mengembangkan lagi isu tu.. Akhirnya, hari ini, seru tu datang sekali dengan idea semua. H.I.K.M.A.H. Hikmah.

Hikmah. حكمة‎, ḥikma  Apa itu hikmah? Melalui pembacaan aku di satu artikel keluaran Utusan online bertajuk Pengertian Konsep Hikmah (25/6/2006), hikmah dari segi terjemahan bahasa bermaksud bijaksana atau tindakan yang menarik. Mendalam maksudnya tu.. Hikmah, dari fahaman aku, adalah salah satu nikmat kurniaan-Nya. Hanya Allah yang tahu apakah hikmah di sebalik setiap dugaan dan ujian yang diberi kepada hamba-hambanya. Hikmah ibarat rahsia. Rahsia di sebalik apa yang berlaku. Orang-orang tua selalu pesan "Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Percaya pada Allah". Hikmah pada aku macam satu kata semangat. Tiada apa yang berlaku dalam hidup kita, berlaku atas sebab 'saje je jadi'. Sekecil-kecil kejadian, pasti ada sebabnya. 


Dugaan. Ujian.


Dua perkataan yang sering/selalu dikaitkan dengan perkataan hikmah. Dugaan yang mendatang yang selalu mengingat kita akan hikmah. Pada aku, hikmah tu tersembunyi...maksud tersirat dari dugaan-dugaan yang aku lalui. Hikmah tu mungkin ambil masa yang panjang untuk aku sedar "Ooo ini rupenya hikmah disebalik dugaan ni". Ada yang ambil masa sekejap je. Itu semua kuasa Allah. Cuma kadang-kadang manusia ni terlalu bongkak nak sedar kesalahan diri sendiri. Dugaan datang sebagai tanda peringatan gak. Contohnya bila kita jatuh sakit. Bila kita sakit, kebiasaannya kita akan fikir macam-macam. Emosi x stabil. Terutama bila sakit teruk. & ketika itu, kita kebiasaannya lebih ingat Allah. Mungkin Allah datangkn sakit tu untuk kita lebih ingat padaNya ketika kita terlalui hanyut dengan dunia. Mungkin Allah datangkan kita rasa sakit tu supaya kita sayang lebih pada diri kita, kesihatan kita. Lebih menghargai nikmat tubuh badan yang sihat yang selama ni diberi. Yang mana mungkin kita lupa nak jaga dek terlalu sibuk dengan bekerja. Hikmah boleh datang dengan pelbagai makna. 

Aku sendiri pun sampai sekarang, masih ada persoalan "Apakah hikmah disebalik dugaan yang berat ini?" Kadang-kdang, aku terlupa akan adanya hikmah di sebalik ujian yang Allah beri. Kadang-kadang aku lupa yang Allah xkn bebani hambaNya dengan dugaan yang x mampu ditanggungnya. Dan aku mengeluh. Rasa lost.  Tapi kemudian, munculnya seseorang yang dipanggil sahabat. Yang ingatkn aku, "Setiap yang berlaku ada hikmahnya..bersabar...dan jangan mengalah". Tapi kadang-kadang sahabat x muncul untuk ingatkan aku. Jadi aku buat satu trick untuk diri sendiri yg selalu lupa terutama bila emosi x stabil. Aku tampal banyak kata2 hikmah dalam bilik aku. Supaya bila xde orang yg tlg ingatkn aku, aku tetap x terus terlupa. Aku mengingatkn diri aku sendiri. Agak mengelirukan kah? Haha...Simple je sebenarnya. Korang print out je quotes/mutiara kata/ayat2/hadis2 yang korang suka, satu dua pun cukup sebenarnya, kemudian tampal dalam bilik korang..x pun letak dekat meja study ke. ^^




 Kesimpulannya....setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma hikmahnya tu mungkin kita x sedar & nampak pada awalnya...hikmah tu kadang-kadang ambil masa untuk muncul. Jadi, bila diduga, jangan lupa, yang ada hikmahnya. Bak kata orang putih, 

Life is like a rainbow. You need both the sun and the rain to make its colors appear.

Dan Allah pun ada berkata,

 
 So, jom terus berjuang. Everything will be fine...Insya-Allah. Xde journey yang jalan dia lurus je, xde bengkok, xde semak, xde naik turun bukit gunung.... Dan setiap orang punya perjalanan, dugaan-dugaan yang dilalui lain dari kita. Mungkin ada sesetengah dugaan tu de sama macam dugaan yang orang lain pun rasa, tapi tak sama sebab yang menghadapinya orang yang berbeza. Setiap orang ada cara penerimaannya. Kan? Dugaan tu datang bersama hikmah. Percaya pada Allah.

OK. Itu sahaja untuk kali ni. Maaf andai ada tersalah bahasa, terkurang, dan terima kasih kerana membaca entry x seberapa ni. Arigato gozaimas! ^^ Adios! Assalamualaikum wbt. 

Khamis, 9 Oktober 2014

Baju Melayu Terakhir


3.41am
Johor,Malaysia

Assalamualaikum wbt...dan hai 

            Sudah hampir setahun sejak kali terakhir kali aku mengemaskini blog ini. Maaf kepada yang menunggu atau menantikan entry baru, kekangan masa dan buah fikiran menyulitkan aku untuk mengemaskini blog ini. Selama berbulan-bulan aku menyepikan diri dalam laman ini, pelbagai peristiwa telah terjadi. Sekarang aku sudah memasuki tahun ke-3 pengajianku. Masih berbaki setahun untuk menghabiskan pengajian ini dan memegang status graduan universiti (Insya-Allah) =) .Untuk entry kali ini, sejujurnya, aku sebenarnya berfikir agak lama samada untuk teruskan entry ini. Kerana entry kali ini, melibatkan satu peristiwa besar dalam hidup aku. 


             Baju Melayu Terakhir. Pada hari raya aidilfitri yang lepas, aku dan ahli keluarga yang lain berpakat untuk memakai baju bertema warna. Dan aku memilih warna putih, lambang kesucian. Ketika aku membuat keputusan itu, hati kecilku ada terdetik "Mungkinkah ini satu pertanda?". Sejujurnya keputusan itu dibuat bukanlah kerana aku menyukai warna itu, tapi naluri hatiku memilih warna itu. Aku sebagai anak sulong dalam keluargaku megambil alih sedikit tanggungjawab untuk memyediakan persiapan hari raya. Mamaku menggunakan 98% dari masanya untuk menjaga abahku yang sakit sejak tahun lepas. Dan disebabkan itulah, keputusan mengenai warna pakaian raya aku tentukan. Untuk kali pertama, aku membelikan menggunakan duitku sendiri yang ku simpan untuk belikan baju melayu untuk abahku. Aku berharap bahawa abah ku menyukainya. Ketika menerima baju melayu itu, Abah ku berkata bahawa dia tidak memerlukan baju itu kerana dia tidak mampu untuk menyambut aidilfitri pada tahun itu dek kerana keadaanya yang agak sukar untuk bergerak. Hati sedih namun aku faham perasaan abahku. Hatiku tetap berharap bahawa abahku akan memakai baju itu pada hari raya yang akan tiba. Namun, pada hari raya itu, abahku tidak mengenakan baju raya. Aku kuatkan hati aku supaya tidak terasa dengan berkata "AKU KENA FAHAM PERASAAN ABAH". 

Namun,tidak kusangka baju melayu putih itu adalah Baju Melayu Terakhir yang aku dapat hadiahkan.  
  

Baju Melayu Terakhir

          Pada 11 September 2014 yang lepas, telah terlakar satu peristiwa yang membuatkan aku abadikan tarikh itu buat selamanya. Ketika itu, aku baru sahaja kembali ke universitiku bagi memulakan pengajian sebagai mahasiswi tahun tiga. Minggu pertama kuliah, di mana kuliah masih lagi di tahap pengenalan kursus. Kebetulan pada hari bersejarah berkenaan, aku tiada kuliah untuk pagi harinya. Satu missed call muncul di skrin handphoneku sejurus aku memeriksa telefonku dan panggilan itu baru sahaja dibuat beberapa minit yang lepas. Panggilan dari mamaku. Aku menelefon kembali mama ku dan berita yang disampaikan oleh mama ku pada ketika itu, membuatkan aku merasa lemah, rebah jatuh terduduk. Berita yang mengkhabarkan bahawa abah ku sedang tenat dan aku mungkin tidak sempat untuk berjumpa abahku untuk kali terakhir. Detik itu, aku kebingungan dan tergamam. Aku pergi berjumpa kawanku yang biliknya berdekatan denganku dan memberitahu berita itu. Kawanku nasihatkan aku supaya percaya bahawa abahku akan kembali normal dan melihat keadaanku yang kesedihan, dia menasihatkan aku tidak hadir ke kuliah pada tengahari itu. Dengan mindset bahawa abahku akan kembali normal dan aku sempat berjumpanya, aku kembali ke bilik. Namun, sejam kemudian, aku mendapat satu lagi panggilan yang mengatakan bahawa abahku sudah kembali kepada-Nya. 

          Air mata bercucuran mengalir keluar ketika mendengar perkhabaran itu. Kepala buntu. Jiwa lara kerana tak sempat berjumpa dengan arwah abah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hati meronta ingin kembali ke kampung halaman di Terengganu dengan segera tapi tiada tiket bas yang bergerak ke Terengganu untuk masa itu. Alhamdulillah, pihak kolej kediamanku menghulurkan bantuan dengan menghantar aku ke kampung. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 8jam, menyebabkan aku akan tiba lewat di kampung. Untuk menungguku tiba ke kampung, terlalu lambat. Oleh itu, selepas mendapat persetujuanku, arwah abahku dikebumikan selepas asar hari itu. Runtu jiwa kerana tak sempat untuk melihat wajah arwah abahku untuk kali terakhir sebelum dikebumikan. Namun aku redha dan kuatkan diri untuk menerima ketentuan-Nya. 



Gambar hari raya Aidilfitri 2012. Gambar terakhir sekeluarga yang lengkap. ;)


      Sesungguhnya setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Sebagai hamba-Nya, aku perlu redha dan kuat menghadapi dugaan ini. Demi ibuku, adik-adikku,keluargaku. Baju Melayu Terakhir yang aku dapat hadiahkan kepada arwah abahku, yang ku fikirkan masih tidak dipakai rupanya arwah pernah memakainya sekali ketika hari raya tahun ini. Mamaku memberitahuku selepas beberapa hari arwah pergi meninggalkan kami. Aku amat terkejut mendengar perkhabaran itu dan tersenyum dalam tangisan. "Harapanku rupanya tercapai".

"Allah does not burden a soul beyond that it can bear"
- Surah Al Baqarah:286


         Seorang ayah telah pergi dari hidupku. Namun aku selalu ingatkan diriku, aku masih mempunyai seorang ibu dan aku harus&mesti manfaatkan masa yang ada. Aku bersyukur kerana aku membatalkan penglibatan aku dengan satu program di kolej untuk melawat ke Australia dan menghabiskan cuti smester ku bermula bulan 6 sehingga awal bulan 9 2014 dengan berada di samping keluarga dan menolong mamaku menjaga arwah dan adik-adikku. Kepada yang masih punya ibu bapa, hargailah mereka kerana mereka tiada gantinya. Kepada yang sudah kehilangan salah seorang dari mereka atau kedua-duanya, marilah kita rajinkan diri kita untuk sentiasa mendoakan yang telah pergi. Sesungguhnya hidup di dunia ini hanya sementara, di akhirat kelak adalah yang hakiki. Marilah sama-sama kita perbaiki kekurangan dan kejahilan diri. Appereciate anyone (families,friends,classmates,tecahers etc) besides you. Give your love to them. 

Akhir kalam, terima kasih kerana menjenguk blog ini dan sudi membaca entry kali ini. Mohon maaf atas segala kesalahan kata-kata. Entry kali ini bukanlah satu rintihan tapi dikongsi untuk jadi pedoman bersama. =)

Wsalam

*ADIOS *  


#Satu kesalan yang ada selepas arwah pergi, adalah kesalan disebabkan aku x sempat melihat arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Namun, kesalan itu sudah hilang selepas genap seminggu arwah pergi dimana aku bermimpikan arwah tersenyum gembira. Thank you Allah. 

Ahad, 8 Disember 2013

Kenangan selamanya


3.26pm
At Skudai,Johor
=)

Assalamualaikum wbt...& hai

Sudah beberapa bulan laman ini menyepi. Komitmen dengan perkara-perkara yang lain menuntut banyak masaku.. Akhirnya,aku dapat meluangkan masa sedikit untuk mencoretkan sedikit kisah dan buah fikiran. Post ku kali ini tiada keistimewaan. Aku menggunakan pendekatan yang sama iaitu,bercerita. =) "Sekejapnya masa berlalu"... Itu la ayat yang selalu mengunjung pemikiranku. Sekarang sudah pun memasuki bulan disember, dan tak lama lagi,insya-Allah kita akan memasuki tahun baru,2014. Bila aku tatap kembali gambar2 dari zaman sekolah hingga sekarang, terasa sayu.. rindu kepada rakan-rakan, keluarga dan semuanya. Tersenyum sendiri. Tergelak sorang-sorang. ^_^ 

Dalam beberapa bulan penyepianku ini, pelbagai kenangan telah aku catitkan dalam kamus hidup aku. Pada bulan 8 yang lepas,aku sertai program anak angkat di sebuah kampung di daerah pontian. Buat pertama kali aku sertai program mcm ni..memang best. Dapat mak angkat,ayah angkat,keluarga angkat. Orang lain dapat sorang mak angkat,aku dapat dua orang mak angkat! Haha..bukan sebab ayah angkat aku de dua orang isteri ke, ia adalah sebab de seorang mak cik yang membahasakan dirinya mak denganku. Pada awalnya,aku agak terkejut sebab mak cam aku dek sebab aku menjadi presenter ketika pembentangan hasil soal selidik. Bila mak tegur aku, tanya-tanya, dan ajak datang rumah, aku rasa gembira sangat. Sebab aku de 2 orang mak angkat! Sayangnya, x lama kami dapat bersama-sama keluarga angkat kami. Aku berharap dan berdoa semoga aku terus ada masa utk berjumpa keluarga angkat aku di sana. Amin..



*all this photos are taken by my friend,abdul ghafur. 

Kemudian,pada bulan november yang lepas, aku sertai program khidmat bakti anjuran kolej plak. Aku bersama-sama keluarga Jawatankuasa Kolej Mahasiswa ku.. Banyak memori yang dilangkarkan walaupun kami x dapat bersama-sama dalam masa yang lama...tapi setiap detik yang ada itu, sangat indah bagi aku. Dalam program ini, buat kali pertamanaya aku menjadi volunteer di Zoo Negara! Buat pertama kalinya aku masuk ke kandang2 beruang,lembu... membersihkan kandang2..bagi makanan... tengok animal shows. Memang seronok,walaupun penat..haha.. Kemudian kami ke rumah Keluarga Besar Norlina Alawi, bersama adik2 di sana. Dan aku sempat bergaul rapat dengan seorang adik ni,namanya Alif. Sama namanya dengan adik kandung lelakiku. :) Pada malam kedua,kami berBBQ bersama-sama. Semua pengalaman di sana,amat x dapat ku lupakan dan aku berharap aku dapat ke sana lagi di masa akan datang. ^^




Dan banyak lagi program2 lain yang aku sertai.. Conference,iftar.. Yang pasti, aku sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali mereka semua,bersama-sama mereka, dan melalui semua kenangan2 manis ini. Terima Kasih semua atas kenangan-kenangan ini. Semoga ukhwah antara kita akan terus terjalin sehingga ke akhir hayat. Insya-Allah. I'll always miss u guys. Always.. =') Ampun maaf dipinta atas segala kekurangan dan kekhilafan aku sepanjang kita bersama. Semoga kita akan terus bersama.


Setakat ini sahaja coretanku kali ini. Maaf jika ada typing errors dan lain-lain. 

Adios
Wasalam...

Jumaat, 30 Ogos 2013

Dia Untukku


1.48am
UTM,Skudai
Mood: Just fine =)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-56! MERDEKA~!! ^^

Assalamualaikum wbt...& hai..olla..

Ya,aku kembali. Setelah hampir sebulan lebih menyepi,kini ku kembali. ^_^ Tanggal 31 Ogos 2013,Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-56. Alhamdulillah, kita semua masih dapat hidup dalam sebuah negara yang aman dan tenteram. Syukur... Di saat negara lain sedang bergolak, kita masih aman di sini. Namun, jangan kita lupa untuk sama-sama mendoakan yang lain. ^_^

Pada kali ni,sempena hari kemerdekaan ini,aku memilih tajuk "Dia Untukku". Siapakah dia? Itu masih rahsia. Di saat usia mula menginjak dan berpindah ke alam 20-an, isu jodoh ni menjadi semakin dekat denganku. Orang sekeliling semakin ringan mulut bertanya, " Bila lagi?" "X cari ke sorang kat U tu?" dan bermacam-macam nasihat berkenaan mencari jodoh yang aku dapat dari nenda tersayangku... "Kalau nak cari jodoh, carilah yang macam....jangan cari yang mcam....". Memandangkan dah beberapa orang sepupuku yang dah pun mendirikan rumah tangga, makin kerap aku dihujani nasihat-nasihat macam ni. Kawanku pula,bila aku mula buka tajuk bab "jodoh", dikatanya aku ni gedik. Hahaha.. mungkinkah?

Di universiti ku ini, ramai yang ku kenal,sudah pun ada calon hati, dah berpunya. Sejujurnya, ada la bergolak juga hati ni. Kadang-kadang,bila tengok pasangan yang dah berkahwin, mula datang pemikiran " Aku nak kahwin!". Haha... Pelikkah? Mungkin. Jujur,sebelum ni, ada la gak aku buat pemerhatian sikit, tapi, sekarang, aku dah malas. Pada aku, biarlah ia datang sendiri. ^_^

Ada juga kawanku bertanya " mak kau xde kenenkan kau dengan sape2 ke?" & aku tanya "Kenapa plak tanya macam tu?" Jawabnya, " Yela,kau kan dah masuk umur untuk cari pasangan" 

Adakah memasuki alam 20-an bermaksud aku dah memasuki alam mencari pasangan? Pada aku,semua tu, masih terlalu awal. Ibu bapaku pun bertemu ketika mereka di alam pekerjaan. Jadi, pada aku, aku belum memasuki musim untuk mencari jodoh. Mungkin belum sampai masanya untuk aku dipertemukan dengan si dia yang telah tertulis olehNya untukku. Aku pun masih belum dapat memberi sebarang komitmen dengan semua ini. Pada aku,aku masih terlalu mentah untuk semua ini. Pada rakan-rakanku yang sudah bertemu dengan si dia, aku tumpang gembira. Aku masih belum bertuah untuk berjumpa dengan si dia. ^_^ 




Adakah aku kelihatan gedik dengan membangkitkan hal ini? Haha..Aku harap x.. Aku hanya ingin berkongsi dan mungkin anda juga boleh berkongsi cerita anda dengan aku. ^_^ 

Jika anda tanya adakah saya sudah berpakwe, tiada jawapan untuk itu. Kerana, aku x pernah mencari seorang pakwe, namun aku hanya mendambakan seseorang yang dipanggil suami. Hubungan yang sah dan halal di sisi agama. No couple for me *peace!* ^_^ Aku bukannya sesempurna mana, aku pun banyak kekurangannya. Aku juga masih perlu belajar banyak lagi, banyak lagi khilaf aku. Insya-Allah, andai umurku panjang dan diizinkanNya, maka bertemulah aku dengan si dia. Namun,buat masa sekarang, pada aku bukan masanya lagi untuk aku betul-betul memikirkan semua hal ni. Pada aku, hal yang mengaitkan dua hati ni bukannya semudah makan kacang. Aku sangat-sangat nak mengelakkan isu "permainkan perasaan orang lain" & "melukakan hati yang lain". Pada aku isu itu semua bukan sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata. Semua perbuatan,tingkahlaku, bukan hanya bermula dengan akal fikiran,tapi juga melibatkan hati dan perasaan. Oleh itu, aku sangat menghargai perasaan. =)

Oleh itu, jika anda bertanyakan mengenai jodoh, jawapan aku " Insya-Allah,bila seru aku sudah sampai untuk mengikat sebuah hubungan yang sah, maka akanku khabarku. ^_^ " Apa-apa pun,tahniah buat kawan-kwanku yang dah pun bertemu jodoh...Semoga dipermudahkan semuanya. Amin. Dan jagalah hubungan anda. Sesungguhnya,si dia adalah anugerah dariNya. Dan bagi yang belum berjumpa sepertiku, SABAR. Insya-Allah, ada jodoh x ke mana. Hehe... 

Baiklah,sebelum aku melalut-lalut perkara yang keluar tajuk, ada baiknya aku mengundurkan diri terlebih dahulu. Maaf atas segala khilaf dan kekurangan aku. Maaf jika ada terkurang dan tersalah di mana-mana. Dan terima kasih kerana sudi membaca post ini hingga ke akhirnya. Terima kasih. =) 

* Adios * Wsalam.


Isnin, 8 Julai 2013

Reminder


1.53am
K.Terengganu,Terengganu
^_^
home sweet home

Assalamualaikum..hai..

Alhamdulillah,akhirnya, aku pulang ke kampung. Setelah hampir 6 bulan aku di Johor,menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswi, menjadi perantau dan perindu, akhirnya,sampai jua aku ke rumah ku, bertemu ahli keluargaku. Syukur,tahun ni,Ramadan kali ini, aku dapat menjalankan ibadah puasa bersama-sama keluarga di kampung. Sepanjang hampir 6 bulan aku di Johor, banyak perkara dan dugaan yang aku lalui. Sesungguhnya, aku memang terasa lemah ketika dugaan datang bertimpa-timpa. Bermula sahaja semester baru,aku sudah diberi ujian oleh-Nya. Jika ingin aku nyatakan secara sejujurnya,ya,aku mengaku semester kali ini banyak menguji kekuatan hatiku sebagai muslimin. 

Bermula sahaja semester,aku diduga dengan perkara yang dipanggil,persahabatan. Sesiapa pun,pasti ingin berkawan dan mempunyai kawan. Dan ujian ini yang mula-mula datang menguji hatiku. Perhubungan yang membuatkan aku mula memahami perbezaan erti persahabatan zaman dahulu dan sekarang. Sememangnya, disebabkan dugaan ini,membuatkan aku berkali-kali terfikir untuk menukar universiti kerana aku sudah letih melayan keadaan persekitaran yang bagiku,tidak sihat. Yang sangat menguji kekuatan emosi aku. Ketika aku memerlukan kawan utk berkongsi, ketika luahanku gagal sampai ke penerimanya,jujur,aku rasa aku amat lemah dan sedih. Namun,aku terlupa akan sesuatu ketika itu. Aku ada Dia yang Maha Mendengar. Betapa khilafnya diri ini =) Itulah,salah satu reminder dari-Nya. 

Setiap ujian dan dugaan yang dialami merupakan reminder dariNya supaya kita tidak terlalu hanyut dengan duniawi dan berpijak pada bumi yang nyata. Langit x selalunya cerah. Dan selepas hujan,pelangi akan muncul. 

S.A.B.A.R
  
Ketika ujian mendatang, "SABAR", itu lah magical word bagi aku,yang selalu datang dan menjadi penguat diri. Kemudian,disapa pula dengan satu kenyataan,

"Allah xkan menguji hambanya dengan sesuatu atau dugaan yang x mampu ditanggung oleh hambanya. Sesungguhnya,Allah itu Maha Penyayang"



Pada semester kedua ini, jadualku lebih padat berbanding semester 1. Dengan memegang jawatan dan tanggungjawab,membuatkan aku terasa diri ini seperti seorang pekerja dan bukannya seorang pelajar. Hampir setiap minggu,aku akan terlibat dengan pelbagai jenis mesyuarat. Namun,alhamdulillah,walaupun pada mulanya aku agak sukar utk menggunakan masaku secara efficient, lama kelamaan aku semakin biasa utk mengatur masa ku sendiri. Memasuki bulan mei, jadual ku sebagai mahasiswi semakin padat dengan aktiviti kolej dan akademik. Penat. Itu yang aku sering hinggap dalam benatku. Keletihan dari segi emosi,dan fizikal. Kemudian,datangnya ujian dari tanggungjawab yang diberikan. Ketika diri dilanda kesibukkan,dan ujian mendatang,ketika itu,aku terasa sangat penat. Terasa seperti sedang lemas di laut,sukar utk bernafas. Aku menjadi semakin tertekan. Diri mula dilanda kesedihan,kedukaan...hati mula merasa putus asa utk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, aku bersyukur,kerana di saat aku merasa lemah ini, sahabat-sahabat baikku dari zaman persekolahan, selalu mengingatkan ku utk terus bersabar dan kuat. IRON LADY. Itulah gelaran yang aku dapat dari sahabat2ku di zaman sekolah dulu. Dan mereka selalu mengingatkan aku akan identitiku yang satu itu,yang mana sudah agak lama aku padamkan dari hidupkan. 

Dugaan terus menerus menerjah hidupku sehingga ke akhir semester. Ketika aku sedang berperang dengan keletihan emosi, jadual yang semakin padat, aku didatangi berita kurang baik mengenai keluarga di kampung. Dugaan demi dugaan. Sememangnya,amat menguji perasaan aku. 

Selepas hujan,munculnya pelangi. Ya,itu yang terjadi. Setelah beberapa bulan aku terasa bagai didera emosiku, Allah memberikan aku rahmatNya. Alhamdulillah,keputusan akademikku meningkat. Sejujurnya, aku tidak meletakkan apa-apa harapan dan aku hanya melakukan sehabis baik yang aku mampu. Rezeki yang diberiNya, memang di luar jangkaanku. Aku x menyangka aku akan memperoleh keputusan sebegitu baik. Syukur...Terima Kasih Allah. ^_^


Pengajaran yang aku dapat dari dugaan-dugaan yang aku alami semester ini, ialah, dugaan yang datang adalah salah satu bentuk reminder oleh Nya,buat hambaNya. Oleh itu,bersyukurlah,kerana dirimu menerima dugaan-dugaan itu. Itu menunjukkan kasih sayang Allah kepada hambanNya, yang sentiasa ingin hambaNya menjadi lebih kuat dan tegar menghadapi cabaran hidup, dan sentiasa ingat akanNYA. =) Reminder boleh datang dalam pelbagai bentuk,cuma, kita kadang-kadang sukar untuk memahaminya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Oleh itu, MOVE FORWARD! NEVER give up! BE GRATEFUL BECAUSE YOU ARE THE CHOOSEN ONE, TO ALWAYS INCREASE YOUR LOVE TO ALLAH. *Reminder to myself. Self-reflection* =]

Kepada sahabat handai yang sentiasa tegar menjadi pendengarku, Terima kasih kawan,kerana menyayangi insan ini, sudi menjadi sahabat diri ini, yang sesungguhnya,banyak kekurangan dan kelemahan. Terima kasih,keluargaku, yang sentiasa menjadi pendorong untukku terus bergerak dan maju ke hadapan. Terima kasih,pensyarah2ku yang bersabar dengan kerenahku dan mengajarku. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan. Terima Kasih Allah atas dugaan-dugaan ini. Pahit yang ku rasa mulanya,yang ku rasa amat sukar utk menerimanya, manisnya,sekarang dapat ku rasakan. Alhamdulillah...

Sampai di sini sahaja coretanku kali ini. Maaf atas segala kekurangan dan kesilapan yang dilakukan. Tegurlah diri ini,sesungguhnya,teguran anda membantu saya untuk terus membaiki diri ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog ini. Terima kasih. ^_^

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua muslim muslimin.

* aDios* Wsalam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...