Jumaat, 13 Mei 2011

Suka,Sayang Vs Cinta. Bezanya?


Suka,Sayang dan CINTA.. Semuanya boleh digambarkan dengan Love kan? Kalau nak meluahkan perasaan pada seseorang dalam bahasa Inggeris senang je..Just say,I love You @ 143@ 1437... tAPi kalau nak luah dalam bahasa ibunda(Bahasa Melayu)mungkin susah sikit sebabnya dalam BM ada suka,sayang dan cinta. Dan semestinya ketiga-tiga ni berbeza. @ lebih tepat,SANGAT berbeza.

Contohnya:
"Suka lah dengan cara dia berpakaian..Cool~ Handsome!"

"Saya sayang semua kawan-kawan saya.^.^"

"Cintaku hanya pada-Nya..."


Macam tu la lebih kurang.. Kita suka macam-macam..barang la,orang la,baju la.. Sayang plak banyak perkara. Sayang pada keluarga,kawan-kawan,binatang peliharaan,barang... tapi Cinta berbeza. Cinta tu unik. Cinta tu sukar dicari+ditemui. Macam dalam dialog drama Tiramisu(dah lama the end),

"Cinta tu macam hantu. Tak ramai yang berjumpa dengannya"

Cinta dan hantu? Macam pelik je tapi macam tu la... Hahaha... Aku de satu ungkapan yang best untuk dikongsi dari seorang ilmuan Islam.

"Cinta itu adalah suatu perasaan yang ada pada setiap manusia. Ia umpama setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanah yang menyambutnya berbeza-beza. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah dengan kedurjanaan,kedustaan,penipuan,langkah yang serong dan lain-lain lagi yang tercela. Tetapi,jika ia jatuh ke tanah yang subur,kelak akn tumbuhlah kesucian hati,keikhlasan,setia,budi pekerti yang luhur dan perangai-perangai terpuji lainnya,"

- Hamka...

Pada aku:

Suka dan sayang boleh bertukar kepada Cinta,
TAPI
CiNTA BUKAN suka dan sayang.
Cinta itu berbeza.
Cinta itu satu anugerah yang istimewa. ^^

*ADios*



Selasa, 10 Mei 2011

Confuse! (Antara Dua)



10 MEI 2011

Sudah beberapa hari berlalu sejak keputusan upu keluar... Dan,sampai hari ni,aku masih belum putuskan,ke mana aku akan pergi... Adakah ke Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya @ ke matrikulasi perlis?
KeDua-duanya akaun...(Aku memang minat akaun walaupu  dari kelas sains tulen..hahaha) Asasi Ekonomi dan sains pengurusan dan matrik perakaunan.. Dari apa yang aku baca takdi,mata pelajaran di matrik akaun:matematik,perakaunan,ekonomi dan pengurusan... UnTUK Program Asasi plak,aku kurang pasti cuma yang aku tahu kursus wajibnya: Bahasa Inggeris,Bahasa Arab dan Pengajian Islam(kalau x salah la)...

Pasal biasiswa,dua-dua program ada biasiswa... Elaun plak,dua-dua dapat,RM1250 semester... Cuma mungkin tempoh agak berbeza sikit..atau mungkin gak tak... Aku de tanya senior aku,Kak Mirana,pasal program asasi di UIAM dan matrik...

"Asasi lagi senang...matrik dah makin susah..masa mula-mula nak masuk UIA ada test English dan arab. Atas test tu,ditentukan asasi setahun,setahun setengah atau dua tahun."(Petikan)

Apa yang aku tahu,kalau masuk UIA,BI aku kena la cukup kuat sebab kat sana banyak guna bahasa Inggeris. Pasal bahasa Arab plak,jujur,aku bimbang sebab aku langsung takde basic Arab. Aku bimbang.. Lepas tu,ada sorang kawan aku ni bagitahu aku yang kalau untuk pelajar yang tak pernah belajar arab @ bukan dari aliran arab,test Bahasa Arab hanya pada tahap 1..yang dah de arab,tahap 2.. Tahap 1 tu tahap basic la... 


Kelebihan masuk program asasi kat UIA ialah,tempat terjamin untuk peringkat ijazah nanti.. So,aku tak perlu bimbang la untuk jaminan tempat tu tapi dengan syarat,aku punya result menepati kehendak universiti la... Kekurangannya(pada pendapat aku),persaingan sengit! UIA adalah antara universiti yang menjadi pilihan terkenal untuk program asasi... Bahasa Inggeris aku kena kuat. Semangat kena sentiasa berapi,baru tak kecundang.



Matrikulasi....lebih kurang je macam asasi..tempohnya setahun(akaun)...Cuma tempat di universiti untuk peringkat ijazah tak de lagi la...Kalau kena tendang,memang naya. Huhuhu...Matrik perlis terletak di Arau. Aku de tanya kawan aku yang abangnya pernah belajar kat situ...tempat tu tak la jauh sangat dari bandar jadi kemudahan ok la gak.. Cuma mungkin tak la semoden Petaling Jaya. Matrikulasi dikatakan untuk pelajar yang belum begitu pasti dengan kursus yang nak diambil pada peringkat ijazah.. Senang kata,matrik ni cabangnya nak ke program ijazah lebih terbuka la...berbanding asasi... Asasi ni untuk yang dah pasti dengan jurusan yang diminati.


OraNg kata,matrik lagi susah dari asasi...tapi de gak yang kata,matrik akaun senang sikit nak skor...(matrik sains aku  tak pasti)... Matrik sains tahun ni de perubahan sikit..Matrik akaun,dari pe yang aku baca,masih sama...

Hmmm...Selepas baca maklumat-maklumat ni semua,aku masih tak dapat buat keputusan. SATU PERSOALAN yang BerMAin dalam otak aku iaitu, " Antara dua program ni,mana satu aku lagi mampu?yang aku mampu bertahan dengan cabaranya?"
Benarkah matrik lagi susah dari asasi? Tapi ramai je yang boleh skor cgpa kat matrik,4 flat.

Point aku untuk pilihan aku:
-tempoh pengajian
-mata pelajaran
-cabaran,saingan
-prasarana,lokasi tempat pengajian
-kemampuan(kewangan,emosi,intelek)
-kelebihan+kekurangan program
-KEYAKINAN!
-TEKAD!
-CITA-CITA.

Yang pasti,keputusan terletak di tangan aku. Oleh sebab tu,aku kena buat keputusan yang TEPAT! Yang aku YAKIN BOLEH!! Yeahh...~!!! Aja-Aja FIGHTING!(full house) ^.^ *Adios*



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...