Buah epal itu berada di puncak pokok..Buah itu terletak lebih tinggi dari buah2 epal yang lain.. Dan buah itu selalu melihat manusia mencapai buah epal yang kedudukannya lagi bawah darinya..dan buah epal itu sentiasa berdoa dan berharap pada suatu hari nanti,dia akan dicapai oleh lelaki yang betul2 kuat semangatnya untuk mengambilnya.. Namun saban hari berlalu,masih belum ada yang Berjaya. Ada yang cuba mengambilnya dengan menggunakan galah,namun tidak Berjaya. Akibat dari perbuatan itu,buah itu terluka kulitnya..
Buah epal itu masih belum berputus asa. Buah epal itu terus berharap dan menanti. Hari berganti hari..bulan berganti bulan..tahun berganti tahun.. Epal itu semakin membesar..dan semakin mengenal erti hidup… Dan masih belum ada yang Berjaya mengambilnya… Buah epal itu merasa sedih. Buah epal itu merasa kesunyian. Di saat itu,buah epal itu merasa seperti mahu merendahkan dirinya agar ada yang Berjaya memungutnya…
Namun,belum sempat dia berbuat demikian,buah epal itu terpandang burung2 yang terabang berkicauan di langit. Lantas,buah epal itu melihat langit. Buah epal itu merasa menyesal kerana dia pernah terfikir untuk merendahkan dirinya.
“Allah telah meletakkan aku di puncak ini. Allah Maha Mengetahui. Kenapa aku lupa akan kebesaran-Nya? Kenapa aku mudah akur dengan duniawi? Kenapa aku berfikir demikian? Seharusnya,aku bersyukur berada di sini. Aku seharusnya terus bersabar. Kerana bila sampai waktunya,diriku ini akan diambil oleh insan yang benar2 inginkanku. Yang kental semangatnya. Dengan izin-Nya,Insya-Allah.”
Sejak itu,buah epal itu sentiasa berdoa dan berzikir pada-Nya. Moga suatu hari nanti akan muncul insan itu. Insan yang ditakdirkan untuk mengambilku.
Nilai seorang perempuan tidak terletak pada wajah yang cantik,bukan pula terletak pada harta dan kekayaannya…
Nilai seorang perempuan adalah terletak pada jiwanya yang menghambakan diri sepenuhnya untuk Tuhan. Semakin dia sujud dan setia kepada Tuhan dan agamanya. Semakin tinggi nilainya,semakin luhur budinya,semakin baik akhlaknya malah semakin indah dan cantik dirinya.
“ Dalam kerinduan dan penghambaan diri kepada Tuhan,cinta bukanlah sesuatu yang aneh,hina dan resah kedudukannya…
Cinta adalah sesuatu yang suci. Tidak ada yang salah dalam cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan dan tidak ada yang salah dalam cinta seorang perempuan kepada lelaki.
Namun,dalam kerinduan dan penghambaan diri kepada Tuhan,cinta telah memilih jalannya sendiri. Jalan mana yang tidak bertentangan dengan arus kehidupan yang dikawal dan ditakbir oleh penciptanya."
(Karangan-Miss N)
TAMAT
P/S:cerita ini adalah fiksyen saje.. namun niat di hati ingin meluahkan rasa..ingin cuba menyampaikan mesej kepada pembaca kisah ini. Diharap mesej yang ingin disampaikan Berjaya diterima oleh pembaca. –Miss N
![]() |
-Sumber inspirasi- |
*ADioS* ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan