Johor, Malaysia
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hai ^_^
Dah berkurun rasanya aku x mengupdate entry aku...hahaha.. Kekurangan idea, yang amat sangat. Kadang-kadang ada perkara yang terlintas nak tulis tapi kekurangan idea untuk mengembangkan lagi isu tu.. Akhirnya, hari ini, seru tu datang sekali dengan idea semua. H.I.K.M.A.H. Hikmah.
Hikmah. حكمة, ḥikma Apa itu hikmah? Melalui pembacaan aku di satu artikel keluaran Utusan online bertajuk Pengertian Konsep Hikmah (25/6/2006), hikmah dari segi terjemahan bahasa bermaksud bijaksana atau tindakan yang menarik. Mendalam maksudnya tu.. Hikmah, dari fahaman aku, adalah salah satu nikmat kurniaan-Nya. Hanya Allah yang tahu apakah hikmah di sebalik setiap dugaan dan ujian yang diberi kepada hamba-hambanya. Hikmah ibarat rahsia. Rahsia di sebalik apa yang berlaku. Orang-orang tua selalu pesan "Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Percaya pada Allah". Hikmah pada aku macam satu kata semangat. Tiada apa yang berlaku dalam hidup kita, berlaku atas sebab 'saje je jadi'. Sekecil-kecil kejadian, pasti ada sebabnya.
Dugaan. Ujian.
Dua perkataan yang sering/selalu dikaitkan dengan perkataan hikmah. Dugaan yang mendatang yang selalu mengingat kita akan hikmah. Pada aku, hikmah tu tersembunyi...maksud tersirat dari dugaan-dugaan yang aku lalui. Hikmah tu mungkin ambil masa yang panjang untuk aku sedar "Ooo ini rupenya hikmah disebalik dugaan ni". Ada yang ambil masa sekejap je. Itu semua kuasa Allah. Cuma kadang-kadang manusia ni terlalu bongkak nak sedar kesalahan diri sendiri. Dugaan datang sebagai tanda peringatan gak. Contohnya bila kita jatuh sakit. Bila kita sakit, kebiasaannya kita akan fikir macam-macam. Emosi x stabil. Terutama bila sakit teruk. & ketika itu, kita kebiasaannya lebih ingat Allah. Mungkin Allah datangkn sakit tu untuk kita lebih ingat padaNya ketika kita terlalui hanyut dengan dunia. Mungkin Allah datangkan kita rasa sakit tu supaya kita sayang lebih pada diri kita, kesihatan kita. Lebih menghargai nikmat tubuh badan yang sihat yang selama ni diberi. Yang mana mungkin kita lupa nak jaga dek terlalu sibuk dengan bekerja. Hikmah boleh datang dengan pelbagai makna.
Aku sendiri pun sampai sekarang, masih ada persoalan "Apakah hikmah disebalik dugaan yang berat ini?" Kadang-kdang, aku terlupa akan adanya hikmah di sebalik ujian yang Allah beri. Kadang-kadang aku lupa yang Allah xkn bebani hambaNya dengan dugaan yang x mampu ditanggungnya. Dan aku mengeluh. Rasa lost. Tapi kemudian, munculnya seseorang yang dipanggil sahabat. Yang ingatkn aku, "Setiap yang berlaku ada hikmahnya..bersabar...dan jangan mengalah". Tapi kadang-kadang sahabat x muncul untuk ingatkan aku. Jadi aku buat satu trick untuk diri sendiri yg selalu lupa terutama bila emosi x stabil. Aku tampal banyak kata2 hikmah dalam bilik aku. Supaya bila xde orang yg tlg ingatkn aku, aku tetap x terus terlupa. Aku mengingatkn diri aku sendiri. Agak mengelirukan kah? Haha...Simple je sebenarnya. Korang print out je quotes/mutiara kata/ayat2/hadis2 yang korang suka, satu dua pun cukup sebenarnya, kemudian tampal dalam bilik korang..x pun letak dekat meja study ke. ^^
Kesimpulannya....setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma hikmahnya tu mungkin kita x sedar & nampak pada awalnya...hikmah tu kadang-kadang ambil masa untuk muncul. Jadi, bila diduga, jangan lupa, yang ada hikmahnya. Bak kata orang putih,
Life is like a rainbow. You need both the sun and the rain to make its colors appear.
Dan Allah pun ada berkata,
So, jom terus berjuang. Everything will be fine...Insya-Allah. Xde journey yang jalan dia lurus je, xde bengkok, xde semak, xde naik turun bukit gunung.... Dan setiap orang punya perjalanan, dugaan-dugaan yang dilalui lain dari kita. Mungkin ada sesetengah dugaan tu de sama macam dugaan yang orang lain pun rasa, tapi tak sama sebab yang menghadapinya orang yang berbeza. Setiap orang ada cara penerimaannya. Kan? Dugaan tu datang bersama hikmah. Percaya pada Allah.
OK. Itu sahaja untuk kali ni. Maaf andai ada tersalah bahasa, terkurang, dan terima kasih kerana membaca entry x seberapa ni. Arigato gozaimas! ^^ Adios! Assalamualaikum wbt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan