Jumaat, 23 Mac 2012

Crossfire-Realiti dan Fantasi



CROSSFIRE-REALITI DAN FANTASI

Kita sering dibatasi
Realiti dan fantasi
Saat cinta bersemi
Bersama berilusi

Di situlah kita
Mengenal ertinya budi
Kasih sayang insani
Dan peribadi

Pada detik yang ngeri
Yang tak pernah termimpi
Ku dibaluti sepi
Kenangan membara lagi
Meracuni hati yang keterlanjuran

Baru kini ku akui
Kau masih milik ku lagi
Dan terus bersemadi
Hingga akhir nanti 

...¸¸´¯`.¸¸¤ NICE MUSIC! DREAMS VS REALITY= FANTASI DAN REALITI ¤¸¸.´¯`¸¸...
*jUst match! Hahaha..* tapi x match dengan tema sebenar blog ni... ^_^" too jiwang.. 
...wsalam.. Adios!

Rabu, 21 Mac 2012

Tahu Tapi?


21/3/2012
Tempat: Bilik asrama
Mood: Ok
10.40PM
Assalamualaikum wbt..hai...

Kali ni aku nak berkongsi pendapat dan pandangan tentang beberapa isu @ perkara...Perkara-perkara ni dah sinonim dengan kehidupan kita sekarang,zaman moden. Tapi sebelum tu,aku mohon maaf andai ada yang terasa dengan apa yang aku akan katakan ni tapi niat aku bukanlah nk memerli mahupun mengata..hanya ingin kita sama-sama sesama muslim berfikir yang mana benar sebenarnya& yang mana hanya plastik(palsu)semata-mata.

Aku teringat dengan satu soalan dalam kuiz agama beberapa minggu lepas.

"Apakah hukum bercouple dalam Islam?"
JAWAPAN: HARAM.

 COUPLE DALAM ISLAM

Teringat akan kata-kata seorang panel dalam forum yang diadakan mingu lepas.

Couple tu adalah berpasangan. Dalam Islam,Couple adalah kahwin..iaitu suami isteri.
 Ramai dari kita tahu akan hukum couple dalam Islam. Tapi x ramai yang memikirkannya... Couple boleh dikatakan menjadi trend zaman sekarang. Masa zaman sekolah rendah pun dah ada yang mula bercouple. Hmm... budaya ni dah semakin merebak dalam masyarakat kita. Adakah ia bagus? Sama-sama kita fikirkan sejenak. Kita adalah insan,x lari dari membuat kesilapan... Bab perasaan,kadang-kadang kita terleka dengan semua tu. 

Fakta Remaja: Timbul rasa ingin berkasih sayang,dikasihi,disayangi. Dan perasaan ingin berpasangan adalah fitrah. X dapat aku nafikan perkara yang aku sendiri alami..dulu,aku leka...dengan semua ni(ini adalah fakta). Alhamdulillah,aku semakin faham sekarang akan konsep ini..Bukan gak aku menghalang korang berperasaan macam tu...cuma kita cuba kawal.Ok? Kita Kena Kuat! &Wahai rakan-rakanku...bukan aku nak menyuruh korang memutuskan hubungan istimewa korang cuma fikir-fikirkanlah. Bukankah lebih manis andainya Cinta itu dalam hubunga yang halal? Perasaan itu bukan permainan,ia satu anugerah. Cuba bayangkan kalau kita x de perasaan?Alamaknya,habislah dunia. Aku bukanlah pro dalam bab ni.. Aku sendiri pernah terleka dengan perasaan sebegini. 


Aku ingin kongsikan satu kisah. 

MARI BACA! (●*_*)

•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.••*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.••*´¨`*•.¸¸.•*
KISAH CINTA KOPI MASIN
Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.••*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.••*´¨`*•.¸¸.•*


Beberapa lagi fakta yang kita tahu tapi? (+Perkara yang harus tahu)

1.Mikrofon
  *Bila mic x berbunyi atau x jelas,ditepuk-tepuknya...Sedangkan perbuatan tu adalah salah sebenarnya.

2. Makan sehingga kenyang
*apa kesan bila makan smpai kenyang @ terlalu kenyang? Malas?Rasa mengantuk? Fikir-fikirkan

3.Makan buah-buahan selepas makan nasi
* Kesan:Buah tidak dicerna secara neutral di perut tetapi ikut berada di perut dalam waktu berjam-jam dan dalam takungan asidperut yang pekat. Buah-buahan sepatutnya dimakan sebelum mengambil nasi/makanan utama,kira-kira 20-30 minit.. (sumber: BUKU BERTAJUK:AL-QURAN RAHSIA KESIHATAN TERUNGGUL oleh ALI AHMAD/MALEYA,terbitan KHARISMA NETWORK SD.BHD)



Setakat tu je yang dapat aku kongsikan..apa yang aku tahu. Korang pun,jom kongsi apa yang korang tahu. Andai ada tersalah kata,aku minta maaf...Aku hanyalah insan...insan yang kerdil. Maaf andai kurang huraian diberikan..Aku hanya ingin berkongsi pemikiran,pandangan... ^_^

Sampai sini je.. THANKS FOR READING. 

#ADiOs# Wsalam

...¸¸´¯`.¸¸. We know it. But sometimes we just missed it. Right? ...¸¸´¯`.¸¸.

Rabu, 14 Mac 2012

Komen Mengomen

3.26am
Tempat:Bilik asrama<meja study>
Mood: =)

Assalamualaikum..hai..

Rasanya agak lama aku x posting my words...kn? Akhir-akhir ni agak sibuk dengan study tambahan lagi dah dekat2 nak habis matrik ni. Oleh disebabkan kesibukkan tu,aku bertambah rajin baca berita secara online. Pengetahuan am kn,kena update gak... Kali ni aku nak kongsi pendapat,pemikiran tentang budaya komen Mengomen... yang semakin membimbangkan sekarang.

Setiap post,pasti ada ruang untuk pembaca mengutarakan pendapatnya termasuklah blog ni. Selain tu,facebook,myspace,twitter &sebagainya,adalah medan untuk komen mengomen,bagi pendapat,update perkembangan semasa diri & macam-macam lagi la.. Selepas aku baca post online ni,dah jadi tabiat untuk baca komen-komen yang diberi oleh pembaca lain... Dan aku dapati,situasi sekarang agak menyedihkan. Paling popular bila masuk bab artis..berita-berita pasal diaorang. Yang aku agak pelik,berita baik pun dijadikan bahan utk dikutuk...banyak komen yang negatif dan x sedap telinga mendengar...bahasa,dah hilang budi bicara... Aku x maksudkan kesemuanya tapi kebanyakkannya... macam tu. X salah bagi kita nak utarakan pendapat,pandangan,cuma kita tetap kita jaga emosi,bahasa kita.. Cuba kita bayangkan kalau kita kat tempat diaorang,mesti rasa sakit hati kan?@ paling kurang,terasa sikit... Macam tu la gak bila kita komen pasal orang lain lagi2 bila perkara yg sebenarnya OK,baik... 

Setiap orang ada pendapat masing2,style masing2...Tu fakta. Cuma jgn kita sesuka hati nak kata pe2 je tanpa berfikir. Kalau nak tegur,jgn berkasar sangat... guna cara baik... Tegur@ komen elok2... Hal ni mungkin remeh bagi sesetengah pendapat,tapi kalau dibiarkan,takut nanti masalah lain yang timbul. Keharmonian sejagat pun tergugat. Aku minta maaf kalau de yang terasa tapi niat aku bukan nak mengaibkan sape2,hanya nak menegur. Lagi elok kalau bila kita dengar pasal perkara yang baik macam dapat cahaya mata,perkahwinan,kejayaan,kita ucapkan tahniah..doakn mereka. Sama gak bila kita dapat tahu@ baca perkara x elok,lebih2 lagi kalau gosip,jgn dimaki hamun,dikutuk sesedap hati... Doakan semoga perkara tu berjaya diselesaikan,doakan semoga keadaan segera pulih.. Itu lagi baik dari kutuk dengan bahasa yang kurang enak didengar. @ just be silent. Tu pun salah satu cara nak kawal diri kita dari mengeluarkn kata2 yang x sepatutnya... Ok? =)


Sekali lagi,aku minta maaf kalau ade mana2 pihak yang terasa...harap dapat difikirkan dan direnungkan bersama-sama..Post ni pun adalah salah satu komen,x dpt dinafikanlah... Tapi niat aku hanya nak saling mengingati. X guna belajar setinggi mana pun,setinggi mana pun pangkat,sekaya mana pun hidup tapi miskin dengan budi bahasa,miskin dengan kesopanan& tolenrasi... 

K,la..sampai sini je untuk kali ni..andai ada tersalah kata,tersalah taip dll,ampun maaf dipinta. 
#AdiOs# ^^ Wsalam

Ahad, 4 Mac 2012

lıllı ((((|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅|)))) ıllı

Buka mataku buka hatiku
Allah terangilah
Hidupku dengan sinarMu

Aku meraba tak berdaya
Tanpa rahmadMu aku hina

Beribu dosa telah terjadi
Bewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu
Gila tanpa cahayaMu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak berarti sia-sia

Tak mungkin bisa ku sempurna
Mencintaimu seperti ke-Maha-anMu
Diri yang hina berlumur noda
Hanya bersimpuh
Memohon belas kasihMu

Beribu dosa telah terjadi
Bewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu
Gila tanpa cahayaMu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak berarti sia-sia
(ulang 3x)

Buka mataku buka hatiku
Allah terangilah
Hidupku dengan sinarMu


Jumaat, 2 Mac 2012

Lets Watch...true story

Take your time... Lets have a watch...


*DON'T GIVE UP! (msg for u and myself)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...