Rabu, 3 Oktober 2012

The Feelings-Perasaan ♥


4/10/2012
1.55 am
At dorm,college 9
=)

Assalamualaikum...hai

Apa pendapat korang tentang gambar di atas? Ia menunjukkan haiwan itu?:
  1. Kesunyian?
  2. Kesedihan?
  3. Tenang?
  4. Aman?
  5. Dll....
Apa jawapan anda? ^^ 
 
 
 Apa pun jawapan korang,xde betul atau salah. Pendapat individu. Kenapa aku memulakan mukadimah kali ni dgn soalan sesenang tu? ^^ Kerana tajuk untuk kali ni,adalah mengenai perasaan kita. Masa korang nak jawab soalan di atas,bila tengok gambar tu,adakah korang hanya menggunakan pandangan mata semata-mata? Ada terselit seurat perasaan x?Bila korang lihat gambar tu,perasaan pe yg korang rasa.... Dengan hanya melihat gambar kita dah dapat merasa kehadiran Perasaan... Marah,suka,sedih,sunyi,geram dan sebagainya,semuanya datang dalam pakej 'Perasaan'. Tanpa perasaan,mana mungkin korang akan mengerut,mengetap gigi,tersengihtersenyum,tergelak sakan,menangis... Betapa pentingnya perasaan tu dalam hidup. Cuba bayangkan hidup tanpa perasaan.. Boleh gila agaknya. Semua neutral. Betapa boringnya hidup... Betapa kelamnya. Oleh tu,point aku adalah,hargai perasaan anda. Sekalipun korang marah. Hah,jangan salah faham apa yang aku cuba sampaikan dengan menghargai perasaan ni. Bukan hanya berkait dgn kisah cinta dua insan,tp macam-macam...


Hargai Perasaan
 
*Kembali kepada tajuk+point*
 
Bila bercakap perasaan,mesti ramai fikir bab2 cinta dua insan,jiwang semacam,ayat bunga2,mengimbas kenangan lalu dan sebagainya. Perasaan tu ramai yang ingat&ramai duk berkata "Hargai aku" (dalam lirik lagu lagi macam-macam ayat).. 
 
Ok.Aku sentuh bab PeRAsaan dua insan ni dulu (kerana ia lebih menarik minat+hot).
Kalau ikut sketsa hidup,banyak kali ayat,hargai perasaanku,ni dikatakan. Lagi-lagi yang baru nak start couple@ dalam krisis/masalah dengan makwe,pakwe,dan seangkatan dgnnnya... Dalam melalui perkara ni,macam-macam perasaan timbul. Yang menyedihkan bila dalam akhbar-akhbar penuh pasal kes pembuangan bayi,gadis lari dari rumah,dan macam-macam lagi. Selain tu,dgn kecanggihan teknologi dan ruangan sosial yang makin popular sekrang,macam-macam luahan dpt dibaca. Pasal dua insan bercinta ni,memang mcam-macam ayat ade. Yang sedang merindui,mendoakan hubungan kekal dan sebagainya. X lupa gak ade post pasal kecewa,putus hubungan,x puas hati dll... Kadang-kadang,bila hati dah panas,bahasa pun dah hilang.pakat lepas je... lagi2 yang frust dgn si ex... aduhai ayat,meletup! nk tersumbat telinga.pedas.... Di sini aku nampak,perasaan tu dilepaskn mcm layang2 terputus talinya...tanpa pengawalan. Xde salah pun nk luahkan perasaan x puas hati..aku pun de je post macam tu cuma kena berjaga la... Ni kalau hanya nak mengapikan lagi suasana,baik x yah... Orang yg ditujukn berapi,yg baca mengeluh... Hargai perasaan korang dalam konteks dua insan ni bermaksud,jaga baik buruknya..janganlah bila tgh OK je bahasa dijaga,tapi bila berapi,ayat menbakar2 jiwa...  Perkara yang lepas,biarkan berlalu..diungkit pun,dah xde pe2...The story have reach the end. Hargai perasaan amarah,jangan ditambah lagi sakit di hati. Bila timbul hal sensitif,lagi bahaya kan. Bab kata pepatah,"Kerana mulut badan binasa".
Dalam kes hubungan yang sah,aku x de nak kate pe2 sbb aku x sampai lagi ke tahap tu. :) 
 
Seterusnya dalam kehidupan seharian kita. Aku sendiri x terlepas dari berasa marah,gembira,sedih...tu lumrah. Ada satu hari,aku sedang duduk berfikir,aku terfikir tentang perasaan aku. Alangkah boringnya hidup kalau jadi manusia tidak berperasaan. Penjenayah sekalipun berperasaan. Pesakit sakit jiwa pun jadi memegang title tu kerana pe?Kerana perasaan... Disebabkan xdapat mengawal perasaan,maka mereka jadi keliru... Semuanya bermula dari hati,iaitu perasaan anda. Nampak betapa pentingnya kehadiran perasaan tu? Dengan hadirnya perasaan,kita ada rasa letih,dahaga,mengantuk,gembira,kempunan, sayang menyayangi, hormat,cinta dan sebagainya... Kalau kita x hargai perasaan kita,maka makin mudah kita keliru. Setiap yang kita rasa,hargailah walaupun menyakitkan..Bukan ke disebalik setiap yang berlaku ada hikmahnya...Macam tu gak dala konsep perasaan ni. Dalam setiap perasaan yang kita rasa,mampu menolong kita membuata pertimbangan dan keputusan. Dalam setiap perasaan tu,kita mampu sedar kesilpan kita....kepuasan,dan pengajaran di sebalik setiap pengalaman yang dialui... 
 
 
Hargai perasaan yang kita rasa adalah salah satu cara kita memotivasikan diri (pada pandangan aku). Dari rasa cemburu,aku tahu ade perkara yang aku ingin capai,ada perkara yang aku lemah... Dari perasaan amarah,aku tahu bahawa perkara tu menyakitkan hati... Dari perasaan gembira,aku tahu betapa indahnya hidup dari hidup dgn kesedihan,mula menyimpan saat tu sbg memori indah,mula mensyukuri nikmat-Nya. Dari perasaan menahan sakit,perit,aku mula mengingati orang-orang yang disayangi,mula merasa keinsafan dalam diri. Tanpa perasaan dan penghargaan dari semua rasa tu,ade ke kita nak sedar semua realiti hidup ni? Kadang-kadang kita terlupa,di saat kita menghamburkan kate2 kesat tu,ade perasaan lain yang terasa/terluka. Kalau kita betul2 hargai perasaan yang kita alami,mari kita same2 lihat maksud tersirat dari semua rasa tu. Perasaan tu boleh diibaratkan macam gula,dan garam. Tanpa gula dan garam dalam masakan,masakan pun rasa kelat. Macam mane nak naik selera untuk mengisi perut kn? 
 
Setakat ni dulu post aku kali ni. Maaf andai ade yang kurang jelas,tersalah kate dan sebagainya. Hargai Perasaan anda. ^^ 
 
*AdiOs* Wsalam... 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...