Ahad, 23 Disember 2012

Konflik jiwa

10.34pm
Kolej 9,UTM
=)

Assalamualaikum...hai

Apa khabar semua?Sudah agak lama blog ni sepi tanpa entry... kejadian ni berlaku tanpa 100% dirancang. De beberapa kali aku cuba untuk pos tapi disebabkan kekurangan kata-kata,maka terbatal niat tu. Pos aku utk kali ni,lebih kepada bercerita... Seperti yang aku nyatakan dalam post sebelum ni,skrng aku sudah memegang title mahasiswi di sebuah universiti tempatan Malaysia. So far,kehidupan aku di sini alhamdulillah ok,cuma kurang keseronokan dan menarik perhatian termasuk kuliahku. Untuk sem ni,aku mengambil 5 subjek,iaitu principle of management,business math,principle of marketing,financial accounting dan microeconomics.

Konflik dan manusia x dpt dipisahkan..remaja mahupun orang dewasa ada konflik yang juga dikenali sebagai masalah. Konflik aku bermula di saat aku mula memahami budaya universiti. Di sini,aku bkn je jumpa pelajar tempatan malahan pelajar dr negara lain. Ini memang pengalaman baru bagi aku. Aku sekarang masih cuba mengumpulkan sebanyak mungkin fahaman aku tentang budaya di universiti. Bagi aku,universiti adalah tempat di mana manusia mula mengejar cita-cita mereka,mula menuju ke arah masa depan yang sudah dirangka...dan x kurang juga yang masih dalam pencarian termasuk aku. Sejujurnya,aku kekurangan minat dan semangat dalam mempelajari subjek2 yang aku pelajari terutamanya subjek yang mengunakan konsep membaca. Aku selalu bertanya pada diri aku sendiri, "Pekerjaan apa yang aku nak ceburi melalui kos yang aku ambil sekarng?"

Pada pendapat aku,kita memerlukan Passion,minat dan semangat dalam perkara atau apa yang kita pelajari lagi2 yang melibatkan masa depan. Dan di situ konflik aku iaitu aku kekurangan ketiga-tiga element tu dalam kos yang aku ambil sekarang. Oleh disebabkan tu,aku sekarang sedang merangka pelan baru bagi mengatasi masalah aku ni. Aku x nak terus dibelenggu perasaan macam ni. Aku takut aku akan kehilangan semangat untuk terus belajar. Aku suka mempelajari perkara baru,aku x sanggup menghampakan keluarga aku dan diri aku sendiri,aku tak mahu berputus asa sekarang. Aku baru saja bermula. Aku harus+mesti cari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Konflik kedua adalah lebih menjurus kepada konflik remaja perempuan di mana aku merasakan aku adalah invisible dalam kalangan lelaki dan kumpulan. Aku hanya nyata di saat diperlukan. Kadang-kadang aku merasakan keadaan tu sangat menyenangkan,rasa lebih selamat dan kadang-kadang aku merasakan keadaan tu pathetic. 'Penyakit' lama aku,dah kembali di mana aku hilang minat dengan lelaki. Walaupun ramai lelaki yang aku jumpa,tapi xde sebarang tarikan yang aku rasa. Dan perkara ni sangat membosankan aku. Kadang-kadang,idea jahat aku utk menginvisible kan kaum adam dari pandangan aku atas rasa kebosanan tu tapi kemudian aku terfikir kembali,kenapa perlu aku fikirkan semua ni?Kenapa aku perlu mencari lelaki sekarng? Andai aku merasa kekosongan,Dia sentiasa ada. Kenapa aku boleh terlupa dan hanyut dgn keduniaan? Di saat tu,aku mula rasa diri aku teruk... =)



Tapi aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Andainya aku x menghadapi konflik-konflik ni,macam mana aku nak mematangkan diri aku?Andainya aku lari,aku hanya menambahkan masalah. Oleh itu,aku memulakan pelan baru hidup. ^^

Sekarang adlah minggu ulangkaji,awal tahun depan bermulalah final exam. Dan x lama lagi,kita akan melangkah ke tahun baru. Semoga tahun baru yang akan menjelang tiba dapat memberi kita pengalaman baru,episod baru. 

 Last but not least,GooD LUCK everyone. ^^

wsalam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...