Kolej 9,UTM.
*HAPPY NEW YEAR!*
Assalamualaikum.. Hai..
Tahun 2012 dah berlalu,diganti 2013. Masuk tahun 2013 ni,genaplah 2 tahun umur blog ni. ^^ Sempena tahun baru ni,aku ingin bercakap mengenai perkara yang anda suka...perkara yang saya suka... Kenapa? Hmm..tahun baru kenalah sambut dengan gembirakan? Jadi,tajuk ni aku rasa sesuai utk menbangkitkan perasaan gembira tu.. Setiap orang ada kegemaran masing-masing. Perkara yang kita suka x semestinya orang lain akan suka. Dan dengan mengetahui apa yang orang yang kita sayang suka/gemari,dapat jadi KUNCI atau senjata yang berfaedah utk kita. Bagaimana? Macam orang-orang tua kate kepada pengantin perempuan atau lebih tepat si ibu selalu pesan pada anak perempuannya yang ingin/sudah mendirikan rumah tangga, "Nak pikat suami,kena pandai jaga perutnya". Maksudnya,sebagai isteri,kena pandai jaga makan suami,kena tahu apa yang dia suka mkn dan sebaginya...Hebatkan bila kita tahu apa yang orang yang kita sayang/kenal suka? ^^
APA YANG ANDA GEMAR/SUKA?
♥♥♥
Jom kongsi.
Perkara yang aku suka:
1. Aku suka mengumpul wallpaper ^^ sangat2 menyukainya... Aku sangat gemar dengan wallpaper yang menunjukkan hasil fotografi yang sangat cantik. Kalau aku bosan @ aku dalam mood yang teruk,aku akan layari laman web dekstop nexus utk tambah koleksi wallpaper aku.
2. Aku suka berbasikal ^^ kalau tertekan,aku suka sangat berbasikal. Dan boleh dikatakan,berbasikal adalah satu-satunya sukan yang aku betul2 minat. Aku suka angin yang sempoi2 bahasa menyapa aku bila aku berbasikal. Di matrik dulu,andai petang lepas kuliah aku x sibuk,aku akan turun berbasikal...tapi malangnya,sepanjang aku bergelar mahasiswa ni,aku x dapat lagi berbasikal. huhuhu....
♥
3. Aku suka makan bila aku stress. Selain dengar muzik,aku akan makan. Biasanya aku akan cari aiskrim untuk menyejukkan hati yang panas dan ketika mood aku BAD. Lepas makan aiskrim,aku akan cepat OK. *seriously
♥
4. Aku suka tengok langit,alam ciptaan-Nya. Langit dan laut yang biru...pohon yang menghijau..pelangi yang sangat cantik... bintang-bintang di langit yang bersinar... bulan yang sentiasa menemani malam. Sangat menarik.
♥
5. Aku adalah pengumpul komik Gempak Starz! Koleksi komik aku dah penuh satu kotak,dah masuk kotak kedua..hehehe..aku mula jatuh cinta dengan komik gempak starz pada Tingkatan 1..sahabat baik aku yang perkenalkan... sampai sekarang aku setia.. ^.^ Novel pun aku minat cuma disebabkan harganya lagi mahal dari komik,jadi koleksi aku x banyak mana..biasanya,aku akan pinjam dari kawan-kawan atau dari perpustakaan.
♥
6. Aku sangat suka ke kedai buku dan perpustakaan. *Ini adalah benar sebenar-benarnya!* Kalau aku ke pusat membeli belah,aku akan cari kedai buku. Bila dah jumpa,mata aku hanya pandang arah tu je... Daya tarikan tu,semakin lama semakin kuat menarik aku masuk.. hehehe...
♥
7. Aku suka beli keychain..sangat-sangat menyukainya. Strap pun aku suka... Setiap kali aku ternampak je mana2 kedai yang de jual barang2 ni,aku akan singgah,cari yang mana berkenan.
♥
8. Aku suka kumpul mutiara kata (quotes)... dan penanda buku. ^^
Macam-macam lagi aku suka...dan macam-macam perkara gak yang aku x suka. Suka boleh jatuh pada apa2 dan macam2... yang sementara atau yang kekal. Perkara yang disukai ni adalah antara ubat yang paling berkesan dalam 'memulihkan' diri sendiri... Dalam memikat hati,tahu apa yang target sukai sangat menolong. Kita x boleh la mementingkan diri sendiri je,nak orang lain je tahu tentang apa yang kita suka dan dalam mengetahui apa yang disukai oleh orang lain,boleh tanya terus pada tuan empunya badan @ tanya kenalannya yang terdekat @ perhatikan apa yang si dia lakukan dan macam-macam lagi. Yang penting,ada usaha. Kan? ^__^
Ok lah,setakat ni je kali ni..maaf andai tersilap kata,tersalah ejaan dan sebagainya.. SELAMAT TAHUN BARU. HAPPY NEW YEAR.
Wsalam....
![]() |
and always be wise. |