3.41am
Johor,Malaysia
Assalamualaikum wbt...dan hai
Sudah hampir setahun sejak kali terakhir kali aku mengemaskini blog ini. Maaf kepada yang menunggu atau menantikan entry baru, kekangan masa dan buah fikiran menyulitkan aku untuk mengemaskini blog ini. Selama berbulan-bulan aku menyepikan diri dalam laman ini, pelbagai peristiwa telah terjadi. Sekarang aku sudah memasuki tahun ke-3 pengajianku. Masih berbaki setahun untuk menghabiskan pengajian ini dan memegang status graduan universiti (Insya-Allah) =) .Untuk entry kali ini, sejujurnya, aku sebenarnya berfikir agak lama samada untuk teruskan entry ini. Kerana entry kali ini, melibatkan satu peristiwa besar dalam hidup aku.
Baju Melayu Terakhir. Pada hari raya aidilfitri yang lepas, aku dan ahli keluarga yang lain berpakat untuk memakai baju bertema warna. Dan aku memilih warna putih, lambang kesucian. Ketika aku membuat keputusan itu, hati kecilku ada terdetik "Mungkinkah ini satu pertanda?". Sejujurnya keputusan itu dibuat bukanlah kerana aku menyukai warna itu, tapi naluri hatiku memilih warna itu. Aku sebagai anak sulong dalam keluargaku megambil alih sedikit tanggungjawab untuk memyediakan persiapan hari raya. Mamaku menggunakan 98% dari masanya untuk menjaga abahku yang sakit sejak tahun lepas. Dan disebabkan itulah, keputusan mengenai warna pakaian raya aku tentukan. Untuk kali pertama, aku membelikan menggunakan duitku sendiri yang ku simpan untuk belikan baju melayu untuk abahku. Aku berharap bahawa abah ku menyukainya. Ketika menerima baju melayu itu, Abah ku berkata bahawa dia tidak memerlukan baju itu kerana dia tidak mampu untuk menyambut aidilfitri pada tahun itu dek kerana keadaanya yang agak sukar untuk bergerak. Hati sedih namun aku faham perasaan abahku. Hatiku tetap berharap bahawa abahku akan memakai baju itu pada hari raya yang akan tiba. Namun, pada hari raya itu, abahku tidak mengenakan baju raya. Aku kuatkan hati aku supaya tidak terasa dengan berkata "AKU KENA FAHAM PERASAAN ABAH".
Namun,tidak kusangka baju melayu putih itu adalah Baju Melayu Terakhir yang aku dapat hadiahkan.
Baju Melayu Terakhir
Pada 11 September 2014 yang lepas, telah terlakar satu peristiwa yang membuatkan aku abadikan tarikh itu buat selamanya. Ketika itu, aku baru sahaja kembali ke universitiku bagi memulakan pengajian sebagai mahasiswi tahun tiga. Minggu pertama kuliah, di mana kuliah masih lagi di tahap pengenalan kursus. Kebetulan pada hari bersejarah berkenaan, aku tiada kuliah untuk pagi harinya. Satu missed call muncul di skrin handphoneku sejurus aku memeriksa telefonku dan panggilan itu baru sahaja dibuat beberapa minit yang lepas. Panggilan dari mamaku. Aku menelefon kembali mama ku dan berita yang disampaikan oleh mama ku pada ketika itu, membuatkan aku merasa lemah, rebah jatuh terduduk. Berita yang mengkhabarkan bahawa abah ku sedang tenat dan aku mungkin tidak sempat untuk berjumpa abahku untuk kali terakhir. Detik itu, aku kebingungan dan tergamam. Aku pergi berjumpa kawanku yang biliknya berdekatan denganku dan memberitahu berita itu. Kawanku nasihatkan aku supaya percaya bahawa abahku akan kembali normal dan melihat keadaanku yang kesedihan, dia menasihatkan aku tidak hadir ke kuliah pada tengahari itu. Dengan mindset bahawa abahku akan kembali normal dan aku sempat berjumpanya, aku kembali ke bilik. Namun, sejam kemudian, aku mendapat satu lagi panggilan yang mengatakan bahawa abahku sudah kembali kepada-Nya.
Air mata bercucuran mengalir keluar ketika mendengar perkhabaran itu. Kepala buntu. Jiwa lara kerana tak sempat berjumpa dengan arwah abah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hati meronta ingin kembali ke kampung halaman di Terengganu dengan segera tapi tiada tiket bas yang bergerak ke Terengganu untuk masa itu. Alhamdulillah, pihak kolej kediamanku menghulurkan bantuan dengan menghantar aku ke kampung. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 8jam, menyebabkan aku akan tiba lewat di kampung. Untuk menungguku tiba ke kampung, terlalu lambat. Oleh itu, selepas mendapat persetujuanku, arwah abahku dikebumikan selepas asar hari itu. Runtu jiwa kerana tak sempat untuk melihat wajah arwah abahku untuk kali terakhir sebelum dikebumikan. Namun aku redha dan kuatkan diri untuk menerima ketentuan-Nya.
![]() | ||
Gambar hari raya Aidilfitri 2012. Gambar terakhir sekeluarga yang lengkap. ;) |
Sesungguhnya setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Sebagai hamba-Nya, aku perlu redha dan kuat menghadapi dugaan ini. Demi ibuku, adik-adikku,keluargaku. Baju Melayu Terakhir yang aku dapat hadiahkan kepada arwah abahku, yang ku fikirkan masih tidak dipakai rupanya arwah pernah memakainya sekali ketika hari raya tahun ini. Mamaku memberitahuku selepas beberapa hari arwah pergi meninggalkan kami. Aku amat terkejut mendengar perkhabaran itu dan tersenyum dalam tangisan. "Harapanku rupanya tercapai".
"Allah does not burden a soul beyond that it can bear"
- Surah Al Baqarah:286
Seorang ayah telah pergi dari hidupku. Namun aku selalu ingatkan diriku, aku masih mempunyai seorang ibu dan aku harus&mesti manfaatkan masa yang ada. Aku bersyukur kerana aku membatalkan penglibatan aku dengan satu program di kolej untuk melawat ke Australia dan menghabiskan cuti smester ku bermula bulan 6 sehingga awal bulan 9 2014 dengan berada di samping keluarga dan menolong mamaku menjaga arwah dan adik-adikku. Kepada yang masih punya ibu bapa, hargailah mereka kerana mereka tiada gantinya. Kepada yang sudah kehilangan salah seorang dari mereka atau kedua-duanya, marilah kita rajinkan diri kita untuk sentiasa mendoakan yang telah pergi. Sesungguhnya hidup di dunia ini hanya sementara, di akhirat kelak adalah yang hakiki. Marilah sama-sama kita perbaiki kekurangan dan kejahilan diri. Appereciate anyone (families,friends,classmates,tecahers etc) besides you. Give your love to them.
Akhir kalam, terima kasih kerana menjenguk blog ini dan sudi membaca entry kali ini. Mohon maaf atas segala kesalahan kata-kata. Entry kali ini bukanlah satu rintihan tapi dikongsi untuk jadi pedoman bersama. =)
Wsalam
#Satu kesalan yang ada selepas arwah pergi, adalah kesalan disebabkan aku x sempat melihat arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Namun, kesalan itu sudah hilang selepas genap seminggu arwah pergi dimana aku bermimpikan arwah tersenyum gembira. Thank you Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan