Ahad, 13 Februari 2011

HaRi Raya CINTA?

Kali ni aku nak bercerita sedikit tentang HARI RAYA CINTA atau lebih dikenali sebagai Valentine day.. Sebagai seorang muslimin,memang perayaan ni tak de kena mengena dengan agama Islam..so,pada rakan-rakan seagamaku,fikir-fikirkan la demi kebaikan di hidup yang kekal,akhirat..

Aku nak kongsi satu rancangan yang sangat bagus pasal Valentine day..kepada kaum Hawa terutamanya,aku mohon,tolonglah spend time korang sekejap untuk tengok..aku nak masukkan video tu malangnya tak dapat..oleh itu..aku SYORKAN sangat,tolong tengok Halaqah yang dengan tajuk SEJAMBAK BUNGA CINTA..


Tajuk lagu:Atas Satu Cinta..
(Siapakah yang anda lebih cintai wahai rakan seagamaku-Valentine's day@Maulidur Rasul?)

Aku nak kongsi hasil pembacaan aku pasal SEJARAH VALENTINE dalam konteks Islam..

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Sebenarnya,ada beberapa lagi cerita tentang Valentine..Untuk mengetahuinya,korang boleh mencarinya dalam internet,buku-buku..

>>Rakan-rakan seagamaku Yang meRAncang nak meraikan Hari Raya Cinta ini,tolonglah,fikir-fikirkan kembali... Jika benar anda sayangkan pasangan anda,adakah hanya perlu tarikh 14 Feb untuk meraikannya?Perayaan ni tiada dalam agama Islam..pada yang beragama Kristian,silakan jika ingin meraikannya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...