Ahad, 23 Disember 2012

Konflik jiwa

10.34pm
Kolej 9,UTM
=)

Assalamualaikum...hai

Apa khabar semua?Sudah agak lama blog ni sepi tanpa entry... kejadian ni berlaku tanpa 100% dirancang. De beberapa kali aku cuba untuk pos tapi disebabkan kekurangan kata-kata,maka terbatal niat tu. Pos aku utk kali ni,lebih kepada bercerita... Seperti yang aku nyatakan dalam post sebelum ni,skrng aku sudah memegang title mahasiswi di sebuah universiti tempatan Malaysia. So far,kehidupan aku di sini alhamdulillah ok,cuma kurang keseronokan dan menarik perhatian termasuk kuliahku. Untuk sem ni,aku mengambil 5 subjek,iaitu principle of management,business math,principle of marketing,financial accounting dan microeconomics.

Konflik dan manusia x dpt dipisahkan..remaja mahupun orang dewasa ada konflik yang juga dikenali sebagai masalah. Konflik aku bermula di saat aku mula memahami budaya universiti. Di sini,aku bkn je jumpa pelajar tempatan malahan pelajar dr negara lain. Ini memang pengalaman baru bagi aku. Aku sekarang masih cuba mengumpulkan sebanyak mungkin fahaman aku tentang budaya di universiti. Bagi aku,universiti adalah tempat di mana manusia mula mengejar cita-cita mereka,mula menuju ke arah masa depan yang sudah dirangka...dan x kurang juga yang masih dalam pencarian termasuk aku. Sejujurnya,aku kekurangan minat dan semangat dalam mempelajari subjek2 yang aku pelajari terutamanya subjek yang mengunakan konsep membaca. Aku selalu bertanya pada diri aku sendiri, "Pekerjaan apa yang aku nak ceburi melalui kos yang aku ambil sekarng?"

Pada pendapat aku,kita memerlukan Passion,minat dan semangat dalam perkara atau apa yang kita pelajari lagi2 yang melibatkan masa depan. Dan di situ konflik aku iaitu aku kekurangan ketiga-tiga element tu dalam kos yang aku ambil sekarang. Oleh disebabkan tu,aku sekarang sedang merangka pelan baru bagi mengatasi masalah aku ni. Aku x nak terus dibelenggu perasaan macam ni. Aku takut aku akan kehilangan semangat untuk terus belajar. Aku suka mempelajari perkara baru,aku x sanggup menghampakan keluarga aku dan diri aku sendiri,aku tak mahu berputus asa sekarang. Aku baru saja bermula. Aku harus+mesti cari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Konflik kedua adalah lebih menjurus kepada konflik remaja perempuan di mana aku merasakan aku adalah invisible dalam kalangan lelaki dan kumpulan. Aku hanya nyata di saat diperlukan. Kadang-kadang aku merasakan keadaan tu sangat menyenangkan,rasa lebih selamat dan kadang-kadang aku merasakan keadaan tu pathetic. 'Penyakit' lama aku,dah kembali di mana aku hilang minat dengan lelaki. Walaupun ramai lelaki yang aku jumpa,tapi xde sebarang tarikan yang aku rasa. Dan perkara ni sangat membosankan aku. Kadang-kadang,idea jahat aku utk menginvisible kan kaum adam dari pandangan aku atas rasa kebosanan tu tapi kemudian aku terfikir kembali,kenapa perlu aku fikirkan semua ni?Kenapa aku perlu mencari lelaki sekarng? Andai aku merasa kekosongan,Dia sentiasa ada. Kenapa aku boleh terlupa dan hanyut dgn keduniaan? Di saat tu,aku mula rasa diri aku teruk... =)



Tapi aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Andainya aku x menghadapi konflik-konflik ni,macam mana aku nak mematangkan diri aku?Andainya aku lari,aku hanya menambahkan masalah. Oleh itu,aku memulakan pelan baru hidup. ^^

Sekarang adlah minggu ulangkaji,awal tahun depan bermulalah final exam. Dan x lama lagi,kita akan melangkah ke tahun baru. Semoga tahun baru yang akan menjelang tiba dapat memberi kita pengalaman baru,episod baru. 

 Last but not least,GooD LUCK everyone. ^^

wsalam.


Rabu, 3 Oktober 2012

The Feelings-Perasaan ♥


4/10/2012
1.55 am
At dorm,college 9
=)

Assalamualaikum...hai

Apa pendapat korang tentang gambar di atas? Ia menunjukkan haiwan itu?:
  1. Kesunyian?
  2. Kesedihan?
  3. Tenang?
  4. Aman?
  5. Dll....
Apa jawapan anda? ^^ 
 
 
 Apa pun jawapan korang,xde betul atau salah. Pendapat individu. Kenapa aku memulakan mukadimah kali ni dgn soalan sesenang tu? ^^ Kerana tajuk untuk kali ni,adalah mengenai perasaan kita. Masa korang nak jawab soalan di atas,bila tengok gambar tu,adakah korang hanya menggunakan pandangan mata semata-mata? Ada terselit seurat perasaan x?Bila korang lihat gambar tu,perasaan pe yg korang rasa.... Dengan hanya melihat gambar kita dah dapat merasa kehadiran Perasaan... Marah,suka,sedih,sunyi,geram dan sebagainya,semuanya datang dalam pakej 'Perasaan'. Tanpa perasaan,mana mungkin korang akan mengerut,mengetap gigi,tersengihtersenyum,tergelak sakan,menangis... Betapa pentingnya perasaan tu dalam hidup. Cuba bayangkan hidup tanpa perasaan.. Boleh gila agaknya. Semua neutral. Betapa boringnya hidup... Betapa kelamnya. Oleh tu,point aku adalah,hargai perasaan anda. Sekalipun korang marah. Hah,jangan salah faham apa yang aku cuba sampaikan dengan menghargai perasaan ni. Bukan hanya berkait dgn kisah cinta dua insan,tp macam-macam...


Hargai Perasaan
 
*Kembali kepada tajuk+point*
 
Bila bercakap perasaan,mesti ramai fikir bab2 cinta dua insan,jiwang semacam,ayat bunga2,mengimbas kenangan lalu dan sebagainya. Perasaan tu ramai yang ingat&ramai duk berkata "Hargai aku" (dalam lirik lagu lagi macam-macam ayat).. 
 
Ok.Aku sentuh bab PeRAsaan dua insan ni dulu (kerana ia lebih menarik minat+hot).
Kalau ikut sketsa hidup,banyak kali ayat,hargai perasaanku,ni dikatakan. Lagi-lagi yang baru nak start couple@ dalam krisis/masalah dengan makwe,pakwe,dan seangkatan dgnnnya... Dalam melalui perkara ni,macam-macam perasaan timbul. Yang menyedihkan bila dalam akhbar-akhbar penuh pasal kes pembuangan bayi,gadis lari dari rumah,dan macam-macam lagi. Selain tu,dgn kecanggihan teknologi dan ruangan sosial yang makin popular sekrang,macam-macam luahan dpt dibaca. Pasal dua insan bercinta ni,memang mcam-macam ayat ade. Yang sedang merindui,mendoakan hubungan kekal dan sebagainya. X lupa gak ade post pasal kecewa,putus hubungan,x puas hati dll... Kadang-kadang,bila hati dah panas,bahasa pun dah hilang.pakat lepas je... lagi2 yang frust dgn si ex... aduhai ayat,meletup! nk tersumbat telinga.pedas.... Di sini aku nampak,perasaan tu dilepaskn mcm layang2 terputus talinya...tanpa pengawalan. Xde salah pun nk luahkan perasaan x puas hati..aku pun de je post macam tu cuma kena berjaga la... Ni kalau hanya nak mengapikan lagi suasana,baik x yah... Orang yg ditujukn berapi,yg baca mengeluh... Hargai perasaan korang dalam konteks dua insan ni bermaksud,jaga baik buruknya..janganlah bila tgh OK je bahasa dijaga,tapi bila berapi,ayat menbakar2 jiwa...  Perkara yang lepas,biarkan berlalu..diungkit pun,dah xde pe2...The story have reach the end. Hargai perasaan amarah,jangan ditambah lagi sakit di hati. Bila timbul hal sensitif,lagi bahaya kan. Bab kata pepatah,"Kerana mulut badan binasa".
Dalam kes hubungan yang sah,aku x de nak kate pe2 sbb aku x sampai lagi ke tahap tu. :) 
 
Seterusnya dalam kehidupan seharian kita. Aku sendiri x terlepas dari berasa marah,gembira,sedih...tu lumrah. Ada satu hari,aku sedang duduk berfikir,aku terfikir tentang perasaan aku. Alangkah boringnya hidup kalau jadi manusia tidak berperasaan. Penjenayah sekalipun berperasaan. Pesakit sakit jiwa pun jadi memegang title tu kerana pe?Kerana perasaan... Disebabkan xdapat mengawal perasaan,maka mereka jadi keliru... Semuanya bermula dari hati,iaitu perasaan anda. Nampak betapa pentingnya kehadiran perasaan tu? Dengan hadirnya perasaan,kita ada rasa letih,dahaga,mengantuk,gembira,kempunan, sayang menyayangi, hormat,cinta dan sebagainya... Kalau kita x hargai perasaan kita,maka makin mudah kita keliru. Setiap yang kita rasa,hargailah walaupun menyakitkan..Bukan ke disebalik setiap yang berlaku ada hikmahnya...Macam tu gak dala konsep perasaan ni. Dalam setiap perasaan yang kita rasa,mampu menolong kita membuata pertimbangan dan keputusan. Dalam setiap perasaan tu,kita mampu sedar kesilpan kita....kepuasan,dan pengajaran di sebalik setiap pengalaman yang dialui... 
 
 
Hargai perasaan yang kita rasa adalah salah satu cara kita memotivasikan diri (pada pandangan aku). Dari rasa cemburu,aku tahu ade perkara yang aku ingin capai,ada perkara yang aku lemah... Dari perasaan amarah,aku tahu bahawa perkara tu menyakitkan hati... Dari perasaan gembira,aku tahu betapa indahnya hidup dari hidup dgn kesedihan,mula menyimpan saat tu sbg memori indah,mula mensyukuri nikmat-Nya. Dari perasaan menahan sakit,perit,aku mula mengingati orang-orang yang disayangi,mula merasa keinsafan dalam diri. Tanpa perasaan dan penghargaan dari semua rasa tu,ade ke kita nak sedar semua realiti hidup ni? Kadang-kadang kita terlupa,di saat kita menghamburkan kate2 kesat tu,ade perasaan lain yang terasa/terluka. Kalau kita betul2 hargai perasaan yang kita alami,mari kita same2 lihat maksud tersirat dari semua rasa tu. Perasaan tu boleh diibaratkan macam gula,dan garam. Tanpa gula dan garam dalam masakan,masakan pun rasa kelat. Macam mane nak naik selera untuk mengisi perut kn? 
 
Setakat ni dulu post aku kali ni. Maaf andai ade yang kurang jelas,tersalah kate dan sebagainya. Hargai Perasaan anda. ^^ 
 
*AdiOs* Wsalam... 
 
 

Isnin, 17 September 2012

Tempat Baru ♥



2.10pm
at UTM Skudai,johor (K9)
^_^

Assalamualaikum..hai..olla..

Alhamdulillah,aku dh selamat sampai ke skudai,johor dan sekarang aku dah memegang status mahasiswi di UTM... Aku dah tinggal kat sini lebih kurang 2 minggu,kuliah baru lepas 1 minggu. Secara tak lagsung,dah menjadi rumah baru aku selama 4 tahun... Tempat baru,memang banyak perkara yang x tahu dan kena belajar..UTM ni pun aku belum kenal secara penuh...belum ronda habis lagi. Apatah lagi bandar skudai...baru jejak Taman Universiti,Jusco dan Skudai Prade. Kelmarin aku dan 2 lagi kawan baru meronda Skudai Prade... Satu perkara yang aku dapat kenalpasti iaitu,ramai penduduk di Skudai adalah bangsa Cina. Masa window shopping kat Skudai Prade,majoriti,tuan2 kedai adalah berbangsa cina...pelanggan pun ramai bangsa Cina. Memang aku jadi tergamam la sekejab..Nak cari kedai makan pun susah sikit ,nasib baik sebelum keluar aku dah isi perut. Tapi seronok jalan2 kenal tempat baru. Dapat belajar perkara baru,suasana bari di tempat baru. Biasalah kalau ada rasa kejanggalan. Nama pun tempat baru.Kalu ada perkara yang x kena dengan rutin harian biasa tu adalah perkara biasa..lagi2 kalau yang berkait dengan cuaca,harga barang2,budaya dan cara hidup di tempat baru. Sekalipun x puas hati,kita kena cuba terima seadanya segala kemudahan yang ada...Ia lebih bagus kan dari mengkritik@ mengutuk lebih2...

Antara adab/perilaku yang perlu kita cuba praktikkan di tempat baru (pada pandangan aku) ialah:

  • Perhati. Perhati suasana sekeliling,budaya masyarakt sekeliling,tempat baru.
  • Fahami. Cuba fahami suasana baru dan cara hidup di tempat baru. X tahu,tanya pada yang senior(utk pelajar).
  • Kenal mengenali. Cuba jalinkan network baru..berkenal-kenalan dengan kawan2 baru,roomate baru. Yela,xkn selama di sana nk jd kera sumbang dan buat hal sendiri je...Selain tu,cuba kenal2 tempat baru. Explore tempat baru. Nanti sesat kan susah...
  • Percakapan. Jaga percakapan dan cara berinteraksi dengan orang lain dalam usaha menyesuaikan diri dengan suasana baru.
  • Bertanya. X tahu apa2 tentang tempat baru lagi2 cara nak bergerak ke sana sini,tentang subjek2 yang bakal dipelajari dan hal lain2 yang berkaitan..Sekarang dengan kecanggihan teknologi,lagi memudahkan kia utk berinteraksi
  • Hormat. Hormati budaya di tempat baru sekalipun kita rasa x sesuai. Kita x perlu sampai berubah secara sepenuhnya utk menyesuaikan diri. Just be yourself,try to adapt with new place,new culture and respect others. ^^


.•´¯`.New Home.´¯`•.•
Untuk berceita lebih tentang tempat baruku ni, masih terlalu awal rasanya...minggu orientasi berjalan dengan lancar. Satu perkara yang baru kat sini masa minggu orientasi tu adalah kami ni ibarat artis plak. Kejap2 ada je abang2 @ kakak2 photografer yang akan mengetip kamera Canon diaorang tu. Sampai mata aku rasa pedih,maklumlah aku ni de rabun silau sikit..huhuhu.. Tapi aku faham la tu dah jadi tanggungjawab diaorang utk dapatkan gambar2 sepanjang seminggu orientasi.  Minggu pertama kuliah,alhamdulillah,ok..pensyarah2 aku utk Semester 1 ni bagi aku best! Cara mereka mengajar,dapat aku terima. ^^
 Setakat ni je post aku untuk kali ni. Maaf andai ada mana2 tersilap kata dan sebagainya.. Ini hanyalah satu perkongsian. Sharing is caring,right? ^^ Anyway,Good Luck to everyone in your journey. GANBATE! 

                                                                                    
                                                                                       ๑۩۞۩ Adios ۩۞۩๑   Wsalam..

 

 

Sabtu, 25 Ogos 2012

Try AGAIN

12.40pm

Assalamualaikum..Hai..

9/7/2012 yg lepas adalah hari yang bersejarah aku. Penantian aku untuk bebas akhirnya terjawab.. AKHIRNYA....Aku berjaya mendapatkan lesen kereta ku!! ^.^ Jujur aku katakan,perkara yang nampak mudah,x semestinya semudah yang kita fikirkan... Dalam usaha menyiapkan lesen ni,aku kena lalui mcam-macam cabaran. Nak dengar cerita perjalanan cerita aku? (melalui bacaan yang pasti). 

-RECAP-

Semuanya bermula pada tahun 2011... Masa tu,Semangat nak dapatkan lesen UP. Selepas berjaya melalui kelas amali dan lulus dengan cemerlang ujian komputer,bermulalah episod cabaran praktikal. Untuk menjimatkan duit,aku mengambil dua lesen sekaligus. Lesen B2(motosikal) dan D(motokar)... FAKTA: Aku x pernah bawa motosikal. Aku mula belajar menunggang motosikal kerna terpaksa. Kerana aku x nak memalukan diri sendiri depan orang ramai. Aku minta bantuan dari kawan-kawan yang dah Pro untuk jadi guru aku. Tapi...perkara yang memalukan tetap berlaku. Pada masa tu,itu adalah hari pertama aku bermain motosikal di institut memandu. Dan sesuatu berlaku iaitu,aku melanggar tebing. Sangat memalukan masa tu. Aku rasa macam nak lari terus tapi x boleh... Huhuhu.. Ya,permulaan yang memalukan...dan pengakhirannya plak,memalukan tapi aku berjaya lulus. Pada masa tu,perkara yang kejayaan tu aku aggap miracle. Nak dijadikan cerita,hari ujian JPJ untuk kedua-dua lesen jatuh pada hari yang sama cuma sesi berbeza. Masa mula-mula sedar,aku rasa macam nak pitam. TERKEJUT punya pasal... Target aku masa tu: LULUS lesen D,KANDAS lesen B2. Apa yang berlaku,SEBALIKNYA! Lesen B2 yang aku x de keyakinan,aku Berjaya dan lesen kereta,aku kandas.

Kemudian aku ke matrik,dan aku biarkan lesen keretaku yang terbantut proses mencapainya ke tepi sehinggalah habis pengajian di matrik... Sejujurnya,pada mulanya,aku menentang habis-habisan untuk ulang test kereta. Setahun x sentuh kereta,tapi atas desakan keluarga,aku kuatkan diri ulang sekali lagi... Dan seperti yang aku katakan,aku berjaya!

Pengajaran yang aku dapat:

Giving up without a fight is a loser... It doesn't matter u get it or not...The really important thing is U give another shoot..

Pada aku,dalam hal lain pun sama...Selagi aku x mencuba lagi,aku xkn tahu keputusannya. Yang penting sebelum mencuba sekali lagi,pastikan diri dah cukup bersedia. Kuatkan diri dan Teruskan langkah.

Aku teringat dengan satu aktiviti ekstrem yang mencuri perhatian aku akhir2 ni iaitu: BUNGEE JUMP


Kali pertama aku mula tahu tentang aktiviti ni,dalam rancangan realiti, Running Man... Aktiviti ni semakin menarik perhatian aku sekarang.. Ia betul2 menguji kekuatan+keberanian kita... Kalau x de bran,x lepas la jawabnya... Lagi-lagi bagi yang gayat tinggi... tapi pada aku yang penting,kita sanggup cuba..kan? Aku pun de memasang angan-angan nk mencuba aktiviti ni suatu hari nanti..Insya-Allah...

Dalam memikat si gadis @ si jejaka pun,kalau x berani nak mendekati,xde pe yang akan berlaku walaupun orang duk asyik kata,kalau dah jodoh x ke mana... Betul2 tapi kalau x cuba,habuk pun x jadi. Kalau sekali ditolak,dan anda pun mengundurkan diri kemudian dia hadir lagi,x ke korang terasa@ terdetik,mungkin aku patut cuba lagi... X de salah kan...asal jangan gelojoh...

Cukuplah untuk kali ni... Insya-Allah pada hujung minggu ni aku akan berangkat ke selatan tanah air.. bagi memegang status siswazah... Untuk post selepas ini,mungkin bila aku di sana...

Anyway,good luck! Just give another shoot.. But make sure it wasn't just useless shoot. Do it right.

*aDiOS* salam lebaran... maaf zahir batin =)
Wsalam...





Ahad, 5 Ogos 2012

Impian-Fantasi


6.10pm
At Home
Mood: Just Fine :)

Assalamualaikum...hai...

Mula-mula sekali,aku ingin mengucapkan salam ramadan kepada muslimin di seluruh dunia...Semoga kita sama-sama dapat menikmati keindahan bulan ini bersama2... ^^ Pada followers dan pengunjung DVS,maaf kerana akhir-akhir ni agak jarang aku mengemaskini blog ni. Ada sedikit kesulitan yang membantutkan proses ni.. ^^" OK. Lets go to our topic today... After having brainstroming,I decided to discuss and talk about DREAMS~ Impian.

Everyone must have their own dreams right?


Impian dan Fantasi. Pada pendapat anda,adakah dua perkara ni sama? Pada pandangan aku,ia agak mirip tapi x sama... Impian adalah lebih konkrit berbanding fantasi... Fantasi selalu dikaitkan dengan ilusi dan imaginasi...kadar kelogikkan agak rendah berbanding impian. Tapi x mustahil untuk direalisasikan seandainya korang genius.


*IMPIAN*

Ramai orang sekarang berimpian lebih kepada duniawi... Maksud aku,lebih mengimpikan keindahan,kenikmatan dan kesenangan di dunia. Contohnya:

PART 1:IMPIAN KEBANYAKKAN (individu)
Aku harap dalam masa 10 tahun lagi,aku akan jadu JUTAWAN!

I'm hoping to win first place in....

AKU INGIN BEBAS!! (bebas dari apa?masing2..)

PART 2: IMPIAN PELAJAR

I want Straight A's in...! (UPSR,PMR,SPM,and so on)

Cepatlah tamat persekolahan (Impian kebanyakkan pelajar Tingkatan 5)
>Aku pun pernah..hehehe


Setiap orang ada impian tersendiri. Sedar atau x,kebanyakkan impian tu mesti berkait dengan diri sendiri...Impian nak ada kereta mewah,hidup aman,rumah besar...dll..
Aku pun macam tu,x dinafikanlah...Cuma akhir-akhir ni aku jadi terfikir dengan semua harapan dan impian aku tu. Aku terasa sifat pentingkan diri. Kerana aku kurang menjalankan tanggungjawab sosial... Maksud aku,berimpian tentang kita bersama. Dengan membaca berita huru-hara dunia sekarang,pemberontakan,penderitaan rakyat palestin,aku jadi terfikir.

Kenapa aku boleh terlupa tentang mereka?

Jadi,aku mula buat perubahan. Impian yang dikongsi bersama. Impian untuk lihat dunia kembali aman...Rakyat Palestin kembali gembira dan aman... ^^

Tapi sekadar berimpian x bermakna...macam indah khabar dari berita... Xde gunanya. Walaupun aku ni hanya seorang rakyat biasa,tapi pada aku tu x membataskn aku untuk cuba merealisasikan impian aku yang dikongsi bersama. Antara langkah yang dapat dibuat:

1.Doa
2.DERMALAH walaupun x sebanyak mana asalkan ikhlas. (Tapi jangan pula jadi kedekut..)
3. Jaga hati,jaga pemikiran,jaga percakapan. Jangan mudah terpengaruh dengan unsur negatif... jangan hanya percaya tanpa soal siasat.

Dan lain-lain..ni hanya cadangan dan buah fikiran dari aku.

You can dreams as much as you can but don't just dreaming without doing anything to turn it into a reality. Do it RIGHT.


Nampaknya aku terpaksa mengundurkan diri sekarang...kena bersiap sedia di dapur untuk buka puasa... Soal Fantasi aku  SAVED  dahulu untuk akan datang. Maaf andai ada kekurangan... Sebarang komen dan pendapat sangat diterima... Oh ya,korang pernah tonton rancangan SEJUTA IMPIAN? Itu adalah antara contoh-contoh yang bagus. I like! ^.^

* ADiOs*
Wsalam....






Sabtu, 30 Jun 2012

Lain itu Unik

 11.45 am
Cyber Cafe..

Assalamualaikum..hai..

I'm back! ^^ Dah agak lama aku x mewarnai blog ni.. Kepada pembaca yang menjenguk,Thank you so much to spend your times here. Kali ni aku nak berkongsi satu buah fikiran.. Aku harap korang pun dapat kongsi pendapat korang pasal tajuk ni. 

LAIN itu Unik!

Mungkin ada yang tertanya-tanya,pe maksud tersirat di sebalik tajuk ni? Jawapannya adalah: Kali ni aku nak berkongsi pendapat,pandangan dan cerita tentang MANUSIA. Human. Cuba tengok sekeliling anda,anda akan nampak the differents,the colours,the shapes... Maksud aku adalah,setiap orang,setiap insan ada personalitinya tersendiri.. Fesyen,style, tersendiri...Sikap tersendiri.. Pernah dengar orang kata,pelanduk dua serupa? DAN pernah dengar x kata-kata yang menyatakn bahwa dlm dunia ni,ada 7 orang yg seiras kita? Well,we might look same but there are always the different between us.. 

Sebagai contoh,cuba lihat dalam keluarga anda. Abang,adik,kakak,ayah,ibu korang pasti de kelainan dengan diri korang. Bagi pasangan kembar seiras sekalipun,diaorang nampak agak sama tapi dalam diri setiap dari mereka,diaorang ada ciri2 masing2... Dalam drama pun,de watak yang baik,antagonis dan sebagainya. Cuba kita fikirkan sekejap,kalau kita semua ni sama je,bosan kan? Semua nampak sama..xde pe2 yang nampak lain. Kalau korang x faham lagi pe maksud yang aku cuba sampaikan ni, Jom,aku ceritakan sikit tentang adik-beradik aku. korang ambik kisah ni sebagai titik mula untuk korang berfikir..

Aku adalah anak sulong dari empat beradik.Aku ada seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan. Setiap dari kami,bagi aku adalah unik! ^^

The only boy in my sibling,Mr. A
Adikku yang ni,seorang yang suka masuk dapur. (Percayalah bahawa ini memang bukan palsu. Ini Kenyataan.) Dia x berapa bersifat akademik,lebih kepada teknikal. BUku,memang bukan minat dia. Dia de sikap pengacau sikit.. suka usik adik2 yang lain dan dia gak seorang yang suka kanak-kanak terutamanya bayi! Aku selalu kata pada dia,besar2 nanti bukan nusery  jela... Disebabkan aku nampak sikap dia,kecenderungan dia.. Rumusannya,dia seorang yang nakal tapi penyayang. ^.^

The most sensitive one,Miss B
Adik aku yang perempuan ni seorang yang sensitif. Mudah terasa,agak lemah lembut berbanding aku. Dia dengan Mr. A ibarat anjing dengan kucing. Gaduh  tu rutin dioarng tapi bila diaorang duduk diam je,enjoy the time together,It was so sweet for me.. ^^ Dalam pelajaran,dia OK. Dalam sukan,kurang sikit la... Rumusannya,sensitif tapi baik hati.

The youngest one,Miss C
Disebabkan beza umurnya agak jauh dari Miss B,jadi dia adalah the baby dalam keluarga aku. Manja,cengeng,suka cartoon... Pengemar binatang terutama kucing! Satu lagi,dia adalah pencinta buku. (It's a fact).. Walaupun kecil lagi,tapi dia memang sukakan buku... Kalau pergi shopping,buku lebih menarik perhatian dia dari mainan. Rumusannya,manja tapi rajin.

-The End-
Adakah anda dah dapat gambarannya? Rumusannya,setiap orang dari kita berbeza. Kita tak boleh anggap setiap orang adalah sama. Kita mungkin nampak sama,tapi lain sbenarnya.. X semua orang boleh senang dengan cara kita tapi kita adalah kita. Personaliti itu adalah warna kita... Sikap kita menunjukkn siapa kita. Dan setiap dari kita adalah rahsia masing-masing..

Lastly,love yourself.. And others.  ^^

*AdiOS*

Sabtu, 19 Mei 2012

Diari KMPku 2

11.20am
Tempat:Cyber Cafe
Mood : STill OK. ^^"

Assalamualaikum wbt..hai..

Agak lama aku TERbiarkan laman ni menyepi.. Ampun Maaf dipinta yea.. Sejak balik ke kampung halaman(Kuala Terengganu),agak susah untuk aku berhubung melalui laman sesawang.. hehehehe.. Oh yea,now,I HAD GRADUATED FRom Matriculation! Hahahaha.. betapa sekejapnya masa berlalu...tup2,dah setahun...dan sekarang aku dalam cuaca CUTI. Insya-Allah,pada hujung bulan ni,keputusan peperiksaan aku untuk sem 2 akan keluar..*dup5*(jantung tiba2 berdegup kencang sekencang ribut!huhuhu) 

Ok. Cukuplah pembuka kata tu..Time for story telling! ^.^ 

>Ini kisahku di Kolej Matikulasi Perlis..SEM 2! <

*PART 1*
Semester 2...jauh berbeza dengan semester 1.. Kesibukan bertambah,kepadatan bertambah,kepeningan bertambah,kecelaruan bertambah,tekanan bertambah! Tapi di sebalik tu juga.... kenangan bertambah2,kematangan bertambah,pengalaman bertambah2,kawan bertambah dan penerimaan bertambah ^^ .. Bermulanya semester 2,macam2 aktiviti dah siap sedia ambik tempat dalam jadual aktivitiku.. Sekali masuk,berlanjutan tu... Aduhh..sesungguhnya,penat sangat rasanya (masa tu la..).. AnTAra aktivitinya: Mini KAKOM,Karnival Kebudayaan,Pertandingan Kolam,pertandingan puisidra,Pertandingan unit...dan macam-macam lagi.. Masa Mini KAKOM,Untuk pertama kalinya aku bermain kelereng. ANda tahu apa itu kelereng? Kelereng tu adalah roda besi. Di utara dipanggil kelereng. Cara bermain kelereng,peserta diminta membawa ring basikal tu menggunakan kayu melalui track yg disediakan... Karnivakl Kebudayaan adalah aktiviti yang diuruskan,dijalankan dan hasil idea dari pelajar2 matrikulasi..dan aku terpilih untuk menjadi AJK (kena interview dulu tau)..untuk jayakan aktiviti ni memang menuntut banyak masa..lagi2,kami yg uruskan dan ini adalah kali pertama aktivitini dibuat. Dalam Karnival,kami gunakan tema 1Malaysia..pelbagi tarian dari pelbagi budaya ditunjukkan..dan penari2nya,semuanya adalah pelajar2 KMP sndiri...DAN Hasilnya sangat memuaskan..semua orang puji dan LIKE! ^^ Ok.switch! Bab study. Jawapannya:STRESS,EXTREME,HARD WORK,LOST. untuk sem 2,usaha perlu diganda2kan sebab tajuk2nya lebih mendalam dan memang kena faham betul terutamanya makroekonomi. Memang aku katakan,cabaran yang amat menduga jiwa,emosi,intelek,rohani ah... 

If u give up,then u become a loser... IF u dont try harder,then u will going down! 
*tu la ungkapan yang sesuai bagi aku menggambarkan kehidupan sem 2..(pada pandangan aku)

*PART 2*

Di sebalik duka tu,ada sukanya... di sebali kepahitan tu,ada manisnya... Pengalaman Semester 2 ni sangat2 mendalam..pelbagai cabaran aku kena tempuhi... dan memberi pengajaran pada aku iaitu: Masa itu EMAS! Sebenarnya,sem 2 adalah masa aku merasa kejatuhan aku...dan itu yang menjadi bekalan aku untuk melangkah ke peringkat seterusnya.. di mana memberitahu aku,aku sangat2 kena menjga masa aku,susun masa,hargai masa... Dan aku mula mengenal drama hidup dengan lebih mndalam,dengan pandangan yang lebih luas..sebelum ni,pandangan aku terhad...bila dah merantau,aku dapat tengok,dan belajar somethings yang aku x tahu sebelum ni... menjadi perantau,mengajar aku jadi perindu kampung,keluarga,zaman childhood,zaman SEkolah,dan kawan2... Dari Terengganu ke PERlis,satu jarak yang jauh,tapi aku x menyesal menjejakkan kaki ke situ...kerana ia membawa seriu erti...berjuta memori. =)

Semuanya bermula di sini:
*mY Roomates* 407_C1

Kali pertama bermain bowling

Pasukan Koir ku *My first*

PASUKAN AWAN NANO

Jamuan AWAN NANO (bersama classmates,A6T6)

Hari terakhir kuliah

My Classmates *jamuan kelas santai*
 Pada adik2 yang mendapat tawaran matrikulasi terutamanya di Matrikulsi Perlis,NAsihatku:


>persiapkan diri. Letak Target. Yakin pada pilihan anda.
>matrik susah? YA,betul jika anda fikir macam tu. Xde jalan mudah nak mendapat kejayaan... mana-mana laluan,ada cabarannya tersendiri..
>jangan bimbang untuk merantau...ini peluang anda utk meneroka ^^
>elaun yg diberi,belanjakan sebaiknya.. kawal belanja..terutamanya jika duit elaun masuk sekaligus. Make a plan.your budget
>gementar? Biasa...jangan bimbang,diri anda akan dapat sesuaikan diri. Yang penting,Try to accept it. Dont run away.


Panduan bagi yg memilih matrik sesi akan datang:


>Pastikan surat perjanjian lengkap. Terutama tandatangan yg diperlukan serta salinan2 yg diminta. 
> Be Cool...
>Barang2 persiapan boleh dibeli di sana nanti...beli awal2,xpe..
>jangan bawa bagasi banyak2 sangt..susah di kemudian hari..(pengalaman sendiri..huhuhuhu)
>utk jurusan sc,ada 3 modul,setiap modul 4 subjek... jurusan perakaunan,ada 4 subjek(Math,ekonomi,perniagaan,perakaunan)
>MUET akan ditempuhi masa sem 1


*any others questions that u want to ask me,just leave it in chatbox or give me an e-mail. OK? ^^


THats all for now..maaf andai ada silap dimana2..silap ejaan dan sebagainya.. Thanks for visit! DATANG LAGI ya... ^^


*AdiOs* Wsalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...