Ahad, 5 Ogos 2012

Impian-Fantasi


6.10pm
At Home
Mood: Just Fine :)

Assalamualaikum...hai...

Mula-mula sekali,aku ingin mengucapkan salam ramadan kepada muslimin di seluruh dunia...Semoga kita sama-sama dapat menikmati keindahan bulan ini bersama2... ^^ Pada followers dan pengunjung DVS,maaf kerana akhir-akhir ni agak jarang aku mengemaskini blog ni. Ada sedikit kesulitan yang membantutkan proses ni.. ^^" OK. Lets go to our topic today... After having brainstroming,I decided to discuss and talk about DREAMS~ Impian.

Everyone must have their own dreams right?


Impian dan Fantasi. Pada pendapat anda,adakah dua perkara ni sama? Pada pandangan aku,ia agak mirip tapi x sama... Impian adalah lebih konkrit berbanding fantasi... Fantasi selalu dikaitkan dengan ilusi dan imaginasi...kadar kelogikkan agak rendah berbanding impian. Tapi x mustahil untuk direalisasikan seandainya korang genius.


*IMPIAN*

Ramai orang sekarang berimpian lebih kepada duniawi... Maksud aku,lebih mengimpikan keindahan,kenikmatan dan kesenangan di dunia. Contohnya:

PART 1:IMPIAN KEBANYAKKAN (individu)
Aku harap dalam masa 10 tahun lagi,aku akan jadu JUTAWAN!

I'm hoping to win first place in....

AKU INGIN BEBAS!! (bebas dari apa?masing2..)

PART 2: IMPIAN PELAJAR

I want Straight A's in...! (UPSR,PMR,SPM,and so on)

Cepatlah tamat persekolahan (Impian kebanyakkan pelajar Tingkatan 5)
>Aku pun pernah..hehehe


Setiap orang ada impian tersendiri. Sedar atau x,kebanyakkan impian tu mesti berkait dengan diri sendiri...Impian nak ada kereta mewah,hidup aman,rumah besar...dll..
Aku pun macam tu,x dinafikanlah...Cuma akhir-akhir ni aku jadi terfikir dengan semua harapan dan impian aku tu. Aku terasa sifat pentingkan diri. Kerana aku kurang menjalankan tanggungjawab sosial... Maksud aku,berimpian tentang kita bersama. Dengan membaca berita huru-hara dunia sekarang,pemberontakan,penderitaan rakyat palestin,aku jadi terfikir.

Kenapa aku boleh terlupa tentang mereka?

Jadi,aku mula buat perubahan. Impian yang dikongsi bersama. Impian untuk lihat dunia kembali aman...Rakyat Palestin kembali gembira dan aman... ^^

Tapi sekadar berimpian x bermakna...macam indah khabar dari berita... Xde gunanya. Walaupun aku ni hanya seorang rakyat biasa,tapi pada aku tu x membataskn aku untuk cuba merealisasikan impian aku yang dikongsi bersama. Antara langkah yang dapat dibuat:

1.Doa
2.DERMALAH walaupun x sebanyak mana asalkan ikhlas. (Tapi jangan pula jadi kedekut..)
3. Jaga hati,jaga pemikiran,jaga percakapan. Jangan mudah terpengaruh dengan unsur negatif... jangan hanya percaya tanpa soal siasat.

Dan lain-lain..ni hanya cadangan dan buah fikiran dari aku.

You can dreams as much as you can but don't just dreaming without doing anything to turn it into a reality. Do it RIGHT.


Nampaknya aku terpaksa mengundurkan diri sekarang...kena bersiap sedia di dapur untuk buka puasa... Soal Fantasi aku  SAVED  dahulu untuk akan datang. Maaf andai ada kekurangan... Sebarang komen dan pendapat sangat diterima... Oh ya,korang pernah tonton rancangan SEJUTA IMPIAN? Itu adalah antara contoh-contoh yang bagus. I like! ^.^

* ADiOs*
Wsalam....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...