Sabtu, 25 Ogos 2012

Try AGAIN

12.40pm

Assalamualaikum..Hai..

9/7/2012 yg lepas adalah hari yang bersejarah aku. Penantian aku untuk bebas akhirnya terjawab.. AKHIRNYA....Aku berjaya mendapatkan lesen kereta ku!! ^.^ Jujur aku katakan,perkara yang nampak mudah,x semestinya semudah yang kita fikirkan... Dalam usaha menyiapkan lesen ni,aku kena lalui mcam-macam cabaran. Nak dengar cerita perjalanan cerita aku? (melalui bacaan yang pasti). 

-RECAP-

Semuanya bermula pada tahun 2011... Masa tu,Semangat nak dapatkan lesen UP. Selepas berjaya melalui kelas amali dan lulus dengan cemerlang ujian komputer,bermulalah episod cabaran praktikal. Untuk menjimatkan duit,aku mengambil dua lesen sekaligus. Lesen B2(motosikal) dan D(motokar)... FAKTA: Aku x pernah bawa motosikal. Aku mula belajar menunggang motosikal kerna terpaksa. Kerana aku x nak memalukan diri sendiri depan orang ramai. Aku minta bantuan dari kawan-kawan yang dah Pro untuk jadi guru aku. Tapi...perkara yang memalukan tetap berlaku. Pada masa tu,itu adalah hari pertama aku bermain motosikal di institut memandu. Dan sesuatu berlaku iaitu,aku melanggar tebing. Sangat memalukan masa tu. Aku rasa macam nak lari terus tapi x boleh... Huhuhu.. Ya,permulaan yang memalukan...dan pengakhirannya plak,memalukan tapi aku berjaya lulus. Pada masa tu,perkara yang kejayaan tu aku aggap miracle. Nak dijadikan cerita,hari ujian JPJ untuk kedua-dua lesen jatuh pada hari yang sama cuma sesi berbeza. Masa mula-mula sedar,aku rasa macam nak pitam. TERKEJUT punya pasal... Target aku masa tu: LULUS lesen D,KANDAS lesen B2. Apa yang berlaku,SEBALIKNYA! Lesen B2 yang aku x de keyakinan,aku Berjaya dan lesen kereta,aku kandas.

Kemudian aku ke matrik,dan aku biarkan lesen keretaku yang terbantut proses mencapainya ke tepi sehinggalah habis pengajian di matrik... Sejujurnya,pada mulanya,aku menentang habis-habisan untuk ulang test kereta. Setahun x sentuh kereta,tapi atas desakan keluarga,aku kuatkan diri ulang sekali lagi... Dan seperti yang aku katakan,aku berjaya!

Pengajaran yang aku dapat:

Giving up without a fight is a loser... It doesn't matter u get it or not...The really important thing is U give another shoot..

Pada aku,dalam hal lain pun sama...Selagi aku x mencuba lagi,aku xkn tahu keputusannya. Yang penting sebelum mencuba sekali lagi,pastikan diri dah cukup bersedia. Kuatkan diri dan Teruskan langkah.

Aku teringat dengan satu aktiviti ekstrem yang mencuri perhatian aku akhir2 ni iaitu: BUNGEE JUMP


Kali pertama aku mula tahu tentang aktiviti ni,dalam rancangan realiti, Running Man... Aktiviti ni semakin menarik perhatian aku sekarang.. Ia betul2 menguji kekuatan+keberanian kita... Kalau x de bran,x lepas la jawabnya... Lagi-lagi bagi yang gayat tinggi... tapi pada aku yang penting,kita sanggup cuba..kan? Aku pun de memasang angan-angan nk mencuba aktiviti ni suatu hari nanti..Insya-Allah...

Dalam memikat si gadis @ si jejaka pun,kalau x berani nak mendekati,xde pe yang akan berlaku walaupun orang duk asyik kata,kalau dah jodoh x ke mana... Betul2 tapi kalau x cuba,habuk pun x jadi. Kalau sekali ditolak,dan anda pun mengundurkan diri kemudian dia hadir lagi,x ke korang terasa@ terdetik,mungkin aku patut cuba lagi... X de salah kan...asal jangan gelojoh...

Cukuplah untuk kali ni... Insya-Allah pada hujung minggu ni aku akan berangkat ke selatan tanah air.. bagi memegang status siswazah... Untuk post selepas ini,mungkin bila aku di sana...

Anyway,good luck! Just give another shoot.. But make sure it wasn't just useless shoot. Do it right.

*aDiOS* salam lebaran... maaf zahir batin =)
Wsalam...





Ahad, 5 Ogos 2012

Impian-Fantasi


6.10pm
At Home
Mood: Just Fine :)

Assalamualaikum...hai...

Mula-mula sekali,aku ingin mengucapkan salam ramadan kepada muslimin di seluruh dunia...Semoga kita sama-sama dapat menikmati keindahan bulan ini bersama2... ^^ Pada followers dan pengunjung DVS,maaf kerana akhir-akhir ni agak jarang aku mengemaskini blog ni. Ada sedikit kesulitan yang membantutkan proses ni.. ^^" OK. Lets go to our topic today... After having brainstroming,I decided to discuss and talk about DREAMS~ Impian.

Everyone must have their own dreams right?


Impian dan Fantasi. Pada pendapat anda,adakah dua perkara ni sama? Pada pandangan aku,ia agak mirip tapi x sama... Impian adalah lebih konkrit berbanding fantasi... Fantasi selalu dikaitkan dengan ilusi dan imaginasi...kadar kelogikkan agak rendah berbanding impian. Tapi x mustahil untuk direalisasikan seandainya korang genius.


*IMPIAN*

Ramai orang sekarang berimpian lebih kepada duniawi... Maksud aku,lebih mengimpikan keindahan,kenikmatan dan kesenangan di dunia. Contohnya:

PART 1:IMPIAN KEBANYAKKAN (individu)
Aku harap dalam masa 10 tahun lagi,aku akan jadu JUTAWAN!

I'm hoping to win first place in....

AKU INGIN BEBAS!! (bebas dari apa?masing2..)

PART 2: IMPIAN PELAJAR

I want Straight A's in...! (UPSR,PMR,SPM,and so on)

Cepatlah tamat persekolahan (Impian kebanyakkan pelajar Tingkatan 5)
>Aku pun pernah..hehehe


Setiap orang ada impian tersendiri. Sedar atau x,kebanyakkan impian tu mesti berkait dengan diri sendiri...Impian nak ada kereta mewah,hidup aman,rumah besar...dll..
Aku pun macam tu,x dinafikanlah...Cuma akhir-akhir ni aku jadi terfikir dengan semua harapan dan impian aku tu. Aku terasa sifat pentingkan diri. Kerana aku kurang menjalankan tanggungjawab sosial... Maksud aku,berimpian tentang kita bersama. Dengan membaca berita huru-hara dunia sekarang,pemberontakan,penderitaan rakyat palestin,aku jadi terfikir.

Kenapa aku boleh terlupa tentang mereka?

Jadi,aku mula buat perubahan. Impian yang dikongsi bersama. Impian untuk lihat dunia kembali aman...Rakyat Palestin kembali gembira dan aman... ^^

Tapi sekadar berimpian x bermakna...macam indah khabar dari berita... Xde gunanya. Walaupun aku ni hanya seorang rakyat biasa,tapi pada aku tu x membataskn aku untuk cuba merealisasikan impian aku yang dikongsi bersama. Antara langkah yang dapat dibuat:

1.Doa
2.DERMALAH walaupun x sebanyak mana asalkan ikhlas. (Tapi jangan pula jadi kedekut..)
3. Jaga hati,jaga pemikiran,jaga percakapan. Jangan mudah terpengaruh dengan unsur negatif... jangan hanya percaya tanpa soal siasat.

Dan lain-lain..ni hanya cadangan dan buah fikiran dari aku.

You can dreams as much as you can but don't just dreaming without doing anything to turn it into a reality. Do it RIGHT.


Nampaknya aku terpaksa mengundurkan diri sekarang...kena bersiap sedia di dapur untuk buka puasa... Soal Fantasi aku  SAVED  dahulu untuk akan datang. Maaf andai ada kekurangan... Sebarang komen dan pendapat sangat diterima... Oh ya,korang pernah tonton rancangan SEJUTA IMPIAN? Itu adalah antara contoh-contoh yang bagus. I like! ^.^

* ADiOs*
Wsalam....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...