4.05 am
Kolej 9-10,UTM
=)
Assalamualaikum... Hai..
Sedang yang lain enak dibuai mimpi,aku masih berjaga. Kenapa? Sebab tiada keinginan nk melelapkan mata lagi. ^^ Dan kebetulan malam ni terasa datang ilham untuk berbicara di laman blog ku ini. Jadi,tajuk aku pada kali ini adalah:
MoNeY
Duit
Sudah hampir 9 bulan aku menjejakkan kaki di UTM,memegang status mahasiswi. Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Macam-macam rasa sudah aku rasa. Macam-macam memori pahit dan manis dah terukir. Berbagai 'drama' yang aku dapat lihat. Dan drama dunia x lepas dari keperluan hidup sekarang yang dah menjadi kewajipan semua iaitu DUIT. MONEY. Kenapa duit penting? Untuk beli barang keperluan hidup. makanan,untuk berbagai jenis bil,untuk membayar yuran,utk menjana ekonomi negara. Duit atau Wang sekarang dah menjadi ukuran bagi bermacam-macam perkara berkait dengan dunia. Ada yang sampai mengatakan,tanpa wang mereka x dapat hidup. Sampai sebegitu besar peranan wang dalam meneruskan kehidupan.
Dan bukanlah aku nak menafikan sepenuhnya betapa besarnya perlunya wang dalam hidup ini. Cuma aku agak kurang berkenan dengan apa yang aku lihat,yang berlaku dalam kalangan remaja dan pelajar sekarang. Kegilaan atau ketaksuban dengan wang. Memang betul,dengan wang yang banyak,macam-macam dapat dibeli tapi bukankah wang tu akan semakin berkurang bila digunakan? Aku perasan beberapa corak berbelanja pelajar apabila elaun/biasiswa/pinjaman masuk. Sesetengahnya akan mula memenuhi kehendak mereka,beli telefon bimbit atau smartphone yang harganya,mencecah angka RM2000. Mula berbelanja sakan,beli selipar baru yang harganya hampir menyamai harga sepasang kasut dan macam-macam lagi.
"Duit aku,ikut suka aku la nak guna macam mana"
" Ala,pe salahnya berbelanja lebih untuk diri sendiri. Hati pun gembira selalu "
Memang duit tu adalah duit masing-masing,bagaimana anda ingin menguruskannya,itu pilihan sendiri. Tapi pada pendapat aku,kenalah pandai dahulukan dan bahagikan wang yang ada sebaiknya. Ni tak,yuran x bayar lg,duit dah habis banyak dengan berbelanja beli baju2,kasut,selipar baru,smartphone baru dan macam-macam lagi jenis kehendak. Rasanya dah ramai yang faham tentang apa itu keperluan dan kehendak. Bagi yang masih x tahu apa itu keperluan dan kehendak,keperluan adalah perkara asasi yang diperlukan dlm menjalani hidup contohnya seperti makanan,minuman,bayaran bil perubatan dan seangkatan dengannya. Kehendak pula,apa-apa yang timbul atas dasar keinginan. Contohnya,keinginan memiliki kereta BMW,cincin bertakhta berlian dan sebagainya. Dalam berbelanja,kita perlu dahulu keperluan,kemudian baru kehendak. Ni dah macam terbalik je. Yuran x bayar lagi,tapi duit dah habis banyak membeli bermacam-macam jenis kehendak hati. Kemudian,mula berkata tak cukup duit nak bayar yuran,kemudian,minta dengan keluarga.
Aishh..pe salahnya jika kita membuat sedikit perancangan. Ketepikan sejumlah wang bagi membayar apa-apa yang perlu. Contonhya,yuran pelajaran,bil-bil,dan untuk membeli buku-buku rujukan. Jangan dibutakan mata dengan angka dalam bank tu. Nanti,sendiri merana di hujung bulan.
Satu lagi trend yang aku rasa boleh diperbaiki adalah perbelanjaan yang x sesuai dengan kemampuan. Contohnya,seorang belajar yang bergantung kepada pinjaman utk menanggung segala perbelanjaan di Universiti,bila duit dah masuk di awal bulan,dibelinya baju berharga sampai beratus-ratus,telefon bimbit baru yang harganya boleh tampung belanja makan selama beberapa bulan. X ke macam keterlaluan sikit cara berbelanja tu? Jika kita teruskan dengan cara berbelanja mcm tu,alamaknya,hujung sem ikat perut la,makan maggi memanjang. Tu dah dapat makan maggi,dah bagus (contoh sahaja). Tekak kita ni lama-lama akan naik puas jugak makan yang sama shj. Berbelanja la secara berhemah. Bukan je memandu je kena berhemah.
Pandu perbelanjaan. Jangan lalai sampai salah masuk laluan. Nanti,sendiri susah. Aku bernasib baik kerana dari kecil mama dengan abah dan nenek kesayanganku,ajar supaya jangan berbelanja melebih-lebih dan kawal kehendak. +aku ni jenis selalu hilang barang terutama jam tangan. Hampir setiap tahun bertukar gara-gara hilang dan rosak. Mama aku selalu berkata,
"Beli barang,x yah beli yang mahal-mahal sangat la. Nanti hilang lagi"
Memang dulu masa kecil-kecil dengar,rasa sedih sikit ,tapi sekarang bila dengar, aku plak yang kuat mengiakan. ^.^ Disebabkan,aku kurang berminat dengan barang-barang yang dipanggil barang branded. Dalam minda aku, Barang branded=MAHAL.hohohoho.... Barang kemas pun,aku x berapa sangat nk minat. Barang kemas yang aku ada sekarang pun cukup-cukup syarat je,sbb mama aku selalu kata, "Orang perempuan kena ada gak sekurang-kurangnya seutas gelang emas". Emas dan perempuan tu macam dah menjadi keperluan. Aku pun x tahu kenapa,tapi aku ikutkan je kata-kata yang lebih tua.
Cantik kan? Berkilau-kilau. ^.^
Sekali lihat je,hati dah memuji-muji kecantikkan gelang ni. Kemudian,datang satu mesej, "MAHAL tuuu.." Sekali pandang dah dapat agak angkanya bukan sebarangan. Barang yang harga RM100+ pun aku dah rasa mahal,ni kn lagi kalau yang mencecah 3 zero,4 zero,5 zero... Lemah lutut aku. Nak tercabut jantung aku. ^^"
Nak berbelanja sakan,belanja la...duit tu anda punya,hak milik saudara dan saudari cuma selesaikan dahulu bahagian keperluan. Lepas tu,kalau nak shopping sampai Hong Kong pun xpe. Jangan sampai hujung bulan dah mula pinjam-pinjam duit kawan sudah.... Dah secara x langsung,kita dah menyusahkan orang lain dengan masalah yang kita cetuskan. Bagi yang ada kad kredit,nasihatku,jauhi dari masuk dalam kes2 remaja bangkrap. Sekarng dah ramai remaja yang bangkrap. Baru remaja,x sempat melangkah ke alam dewasa lagi. Betapa tingginya risiko yang dipertaruhkan. Sanggupkah anda? Aku sejujurnya, sangat tak sanggup.
Maka,marilah kita sama-sama mengamalkan budaya Berbelanja Secara BERHEMAH. Mula sikit-sikit. Tahan nafsu nak berbelanja. Buat kira-kira sikit. X susah pun. =)
KITA MESTI KUAT!
Ayuh,kita sama-sama mengamalakan cara berbelanja yang bijak. DAN marilah kita menjadi Pengguna yang Bijak ^^
*ADiOs* wsalam
p/s: Maaf andai ada kekurangan dan lain-lain dlm post kali ini.