Ahad, 3 Mac 2013

Seorang Kakak


4/3/2013
at Kolej 9,UTM,Skudai.
Mood:Just nice

Assalamualaikum..n hai ^^

How are u? ^^ Dah agak lama aku menyepi. Reason: Busy. Typical reason.. hehe.. but that was a fact. This semester,my schedule have become more tight,with all the responsibles that I have to carry on. Of course,it's tiring but I still have to move on and do my jobs as a student

*Malay*
Dalam kesibukkan dengan kehidupan sebagai mahasiswa,tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari mama ku. Pelik. Tu yang aku rasa bila dapat panggilan dari mama ku. Kebiasaannya mama aku akan telefon bila aku de tanya apa-apa @ aku menelefon dulu sebelum tu. Tekaan aku,something happened at my hometown. There must be something.

" Kakak,tau x apa de benda yang jadi kat rumah sekarang?"
Nah..tepat tekaan aku bila mama aku cakap macam tu di awal perbualan. Apa yang terjadi adalah, my little brother fell in love with someone. Dah ada kekasih secara diam. Sejujurnya,memang berita tu mengejutkan aku,kerana aku rapat dengan adik lelaki aku yang sorang tu,tapi xde dia cerita apa-apa masa aku pulang bercuti yang lepas. Tapi,normal la kan kalau seseorang jatuh suka,sayang kepada yang lain. Lagi-lagi,pada peringkat umur adikku tu. Walaupun aku x mengamalkan budaya couple ni,tapi xde la aku nak marah adik-adik aku pasal ni. Persoalan yang terlintas lepas dengar hal ni, "Siapakah girl tu?" dan "Kenapa nada lain macam je mama aku ni?"

Cinta monyet...pasti ada je masalahnya lagi-lagi bagi insan yang jenis pure macam adik aku sorang tu. Masalah timbul dalam hubungan adik aku dan kekasihnya. Dan dari situ la terbongkar rahsia adik aku mempunyai kekasih ni sampai ke pengetahuan keluarga aku. Masalah yang timbul adalah----------------- (rahsia! ) Hehehe. I cant share that.Private. Secara ringkasnya,masalah yang timbul atas dasar terlalu ikutkan perasaan dan tidak berfikir panjang. Alih-alih,kantoi sudah...

Selepas mendapat tahu masalah tu,memang rasa nak hempok je adik aku sorang tu,tapi mama aku duk pesan "Kakak jangan marah dia plak nanti"..Aduhai,nasib mama aku pesan macam tu,kalau x,kenalah ceramah panjang adik aku ni. Alhamdulillah,adik aku sedar silap dia. Aku pun dah bercakap dengan dia,aku dah bagi nasihat dan panduan setakat aku boleh,tindakan seterusnya,dia kena fikir sendiri. 

Pengalaman membentuk kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan mematangkan diri.

Apa yang ingin aku sampaikan ni adalah nasihat sebagai seorang kakak merangkap anak sulung dalam keluarga. Wahai adik-adikku,jatuh minat,suka dan sayang kepada seseorang adalah satu lumrah dan kebiasaan dalam perjalanan hidup sebagai insan di muka bumi ini. Cuma,berhati-hatilah dalam perhubungan 2 insan ni. Antara sebab aku x berani bercouple adalah tanggungjawab menyukai seseorang itu dengan peranan menjaga hubungan tu. Aku takut andainya aku kecundang,aku akan lebih melukai pihak satu lagi. Adik-adikku,sekalipun suka dan sayang,jangan biarkan hal ni menjejaskan pelajaran...jangan terlalu mengikut kemahuan darah muda ni. Bahaya. Berlaku apa-apa masalah,bukan hanya kita yang akan rasa,tapi keluarga sekali akan turut terasa. Terutamanya ibu bapa. Belajar dahulukan,achieve something first,then,If you seriously think that you are ready to take yourself into love line,then,it's your choice. But always remember,there are always challenges await you infront. Put uourself into a relationship that you call LOVE,it's not as simple as you said it. Although it was just only puppy love. Your story with her/him will become a new chapter in your life. 

Sebagi seorang kakak,aku ingin melihat adik-adik aku berjaya. X semestinya perlu dapat straight A's dalam peperiksaan tu dianggap sudah berjaya. Perjalanan hidup ni masih panjang. Tiada salahnya jatuh suka,minat dan sayang pada seseorang. Itu lumrah hidup. Dalam hidup ni,kita selalu ingin disayangi. Cuma perlu pandai bezakan. Aku berkata macam ni pun dari pengalaman sendiri ketika dalam zaman kemuncak remaja,di mana remaja mula timbul rasa sayang-menyayangi. Menjadi seorang kakak,adalah tanggungjawab yang diberi oleh-Nya. Teringat akan satu peristiwa di mana kawan lelaki aku bertanya kepada adik lelaki aku pasal aku. Persoalannya ringkas je...

Si kawan : "Kakak garang x? "
Si adik  : "Garang."

Menjadi garang tu bukan satu kemestian cuma sebagai seorang kakak,aku berperanan menjadi contoh,menjadi fasilitator,menjadi pendengar,menjadi tukang lawak dan menjadi kapten kepada adik-adik. Kakak mana yang x susah hati bila adiknya dilanda kesusahan. Kakak mana yang x sayang adik-adiknya. Begitu gak bagi seorang abang. Muka kita nampak tegas sentiasa,kurang gurauan,x semestinya si kakak/si abang itu x sayang pada kita. =) 

Hidup ni macam-macam dugaannya.. masalah jiwa ni adalah sesuatu yang biasa tapi kena pandai kawal. Ok,adik-adikku? 

Oh yea,sebelum aku menutup mukadimah aku untuk kali ni,aku ingin berkongsi dengan korang pasal satu buku yang aku baru beli baru-baru ni. Buku ni,pertama kali pandang,memang memikat hati aku. Tapi,aku belum sempat membacanya buat masa ni atas kesibukkan aku.huhuhu... Well,I just want to share with you guys. I think this book is interesting. Maybe you want to try read it too? ^__^

 
 Thats all for now. Thanks for visit my site and spend your time to read this simple entry. Last but not least,good luck ! Have a nice day... *Adios*

wsalam... ^^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...