8.05pm
UTM
Mood: Just nice ^^
Assalamualaikum..salam sejahtera...
Untuk post kali ini,aku nk berkongsi satu informasi. Beberapa hari yang lepas aku ada buat test " Understanding Your Thinking Preference".Hasil dari ujian ni,kita akan dapat tahu kita dalam kumpulan warna apa. Keputusannya dibahagikan kepada 4 warna. Biru(A), Merah(B), Kuning(C), dan Hijau(D).
Dan keputusan yang aku dapat adalah: Aku Si C,Kuning. (Match! Yellow is my favourite colour ^^)
C (YELLOW): INTERPERSONAL,FEELINGS BASED,KINESTHETIC,EMOTIONAL
- Is sensitive to others
- Likes to teach
- Touches a lot
- Is supportive
- Is expressive
- Is emotional
- Talks a lot
Keputusan yang aku dapat ni,memang mengejutkan aku kerana betul. Sebab x sangka boleh tahan tepat gak keputusan ni. Hehehe...Aku memang jenis yang pemikiran based to the feeling. ^_^" Setiap perkara,aku banyak bersandarkan perasaan aku. Dengan kata lain,suara hati aku dan keyakinan aku.Dalam bab suka menyukai pun,aku sangat percaya dengan suara hati aku. Jika benar dia yang aku jumpa itu adalah si dia yang tertulis untuk aku,aku yakin,getaran yang aku akan rasa bila berjumpa dengan dia. Setakat ni,xde lagi la...Xpe,awal lagi,perjalanan masih jauh. Study x habis lagi,belum masuk alam pekerjaan pun lagi. Muda lagi untuk mencari..hehehe... Sama juga kalau aku nak beli barang.Barang2 yg termasuk dlm list shopping (pakaian,kasut,aksesori). Andai aku x betul2 berkenan+suka,aku xkn beli. Perangai aku yang satu ni la yg selalu buat mama(ibu kandungku),pening kepala...Hehehe
Kekurangan orang yang satu kumpulan stail pemikiran ni(pada pandangan aku),adalah,susah nk faham perasaan sendiri..dan kadang-kadang terlalu mengikut perasaan. Kemudian,timbullah bias... Aku sendiri,selalu marah dan pening dengan diri aku. "Kenapa aku emo semacam? Kenapa aku rasa macam ni?" Dan banyak lagi "Kenapa" yang selalu muncul dalam kepala aku. Kadang-kadang,aku sendiri pening mcm mana nak kawal perasaan. Kadang-kadang,aku terasa terlalu neutral,selamba sangat,kadang-kadang terlalu acidic..Memang memeningkan.
Talks a lot. Untuk point ni,aku x sepenuhnya bersetuju. Aku hanya jadi banyak cakap dengan orang yang aku dah kenal+selesa nak bercakap. Kalau dengan orang yang aku kurang selesa,aku kurang sikit bercakap,lebih kepada mendiamkan diri dan berurusan bila perlu. Dan bila dalam situasi x kenal siapa-siapa,mulut aku akan terkunci secara automatik. Kecuali,memang tugas aku adalah untuk approach dengan orang yang aku x kenal lagi ni. Contohnya,semasa aku terlibat dengan jualan bunga pd majlis konvokesyen tahun lepas. Kalau aku senyap je,macam mana nak tarik pelanggan,kan?
Oleh itu,di sini,saya ingin memohon maaf kepada semua,jika ada saya tersasul bahasa,terlalu bersikap negatif dan seangkatan dengannya. Ampun maaf.
Cara pemikiran setiap orang berbeza. Xkan ada yang 100% sama dengan kita,dan disebabkan cara pembawakkan diri & cara pemikiran kita berbeza berlakunya sharing,understanding,thankful, dan appreciate.^^
Baiklah,itu saja setakat ni. Maaf kalau terlalu melalut.. ^^" Thanks for reading and thanks again because read this entry until the end.
*Adios*
wsalam...