28/5/2013
6.58AM (WAKTU MALAYSIA)
Mood : ^_^
Assalamualaikum wbt...hai
Tidak lama lagi, aku dan rakan-rakan seperjuangan akan menempuh peperiksaan akhir semester. Kemudian,cuti panjang~ ^^ Bila fikirkan,memang mengembirakan. Sesungguhnya,aku amat rindukan tempat kelahiranku,Terengganu,keluarga,dan sahabat handai di sana. Rindu nk gi makan2 seafood dengan keluarga,rindu nk window shopping dengan rakan-rakan.... Seperti kebiasaan, lumrah yang biasa dihadapi oleh pelajar bila musim peperiksaan mula menghampiri iaitu, gemuruh,pening kepala dan seangkatan dengannya. Aku pun x terkecuali. Macam-macam terjadi dalam bulan ni. Banyak ujian dari-Nya yang diberikan kpd ku. Sememangnya,aku menitiskan air mata dek kerana merasa berat untuk menanggung beban masalah yang timbul,masalah soal hati dan juga lain-lain.
Dan sepanjang tempoh ini, aku mula mencermin diriku sendiri. Imanku,jiwaku,rohaniah ku,sikap-sikap ku,personaliti ku... Dan kemudian,aku mula terasa segan dan malu atas perbuatan-perbuatanku. Sangat. DAN oleh itu,di sini,aku ingin aku memohon maaf kepada sesiapa yang terasa denganku,terkecil hati denganku, dan seangkatan dengannya. Sesungguhnya,aku hanya insan yang lemah dan khilaf. Ampun maaf dipinta atas semuanya.
Itu sahaja. Sekian...
WSALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan