*inspirasi dr drama korea,THANK YOU*
Sebelum aku masuk ke tjuk aku,aku nk la kongsi sedikit psl sinopsis drama ni..
Drama ni mengisahkan kisah seorg ibu muda&anakny yg mempunyai penykit AIDS..
dr drama ni la aku mula dpt inspirasi utk cari
maklumat tntang AIDS..
AIDS/HIV+...aku yakin ramai yg tahu bahawa
penyakit ni membawa maut..
tp..x ramai yg btl2 tahu tntang ni..termasuk la aku..
that's why,aku mulakan pencarian aku..
sumber:wikipedia&Kementerian Kesihatan Malaysia..
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit
atau lebih dikenali sebagai AIDS
(bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan atau "SKIP")) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus).AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.
Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang
asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999,
sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.
Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui
dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an.
Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:
- Terlalu lemah dan lesu
- Penurunan berat badan yang mendadak
- Demam panas yang kerap
- Peluh malam
- Kelenjar limfa membengkak
- Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
- Cirit-birit yang kronik
- Batuk kronik
- Hilang ingatan
- Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
HIV/AIDS blh disebarkn melalui bendalir
sprti darah dan susu ibu..Bendalir yang dijangkiti ini boleh meresap ke tubuh badan seseorang
cthny semasa berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif
( contohny: bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau pengambilan dadah secara suntikan),
terdedah kepada darah seseorang
yang HIV positif,Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus
kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu...
- Bersalam
- Berpeluk
- Bersin ataupun batuk
- Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga
- Berenang
- Berkongsi perkakas untuk makan
>>jika korang mahukan maklumat yg lbh lanjut tntang AIDS@masalah kesihatan yg lain,
blh la layari laman web http://www.myhealth.gov.my/... Buat masa ni,masih belum ada vaksin yg
berkesan bg mencegah HIV.. That's we must take care of ourselves..Love your life..
*adiOs*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan