Selasa, 30 April 2013

Loghat


5.36pm
Kolej 9,UTM
Mood: relax (baru lepas pembentangan)

Assalamualaikum..Hai..Salam sejahtera kpd semua

Petang ni terasa ingin berbicara di blog ku ini...idea sampai masa kuliah pagi tadi.. Maka,tanpa membuang masa,dan sementara terasa rajin untuk berbicara,jom masuk tajuk post kali ni iaitu:

Loghat

Loghat atau slang atau dengan kata lain dialek. Macam-macam style percakapan ade. Di Malaysia,pelbagai loghat @ slang yang ade. Orang pantai timur (Terengganu,Kelantan),orang utara(Pulau Pinang,Kedah,Perlis),Orang Johor& di negeri2 sebelah barat semenanjung Malaysia ade slang tersendiri. Terengganu (my hometown), selalu dikaitkan dengan tambahan 'g'. Kelantan plak, penukaran huruf 'e' dibelakang. Contohnya: kawe(saya),make(makan).. Ingin aku tekankan di sini, Bukan semua perkataan kami(org terengganu) tambah 'g' dan dengung sebutan x kuat pun. Kadang-kadang,aku begang dengan perangai sesetengah orang yg terlalu suka melawak ni. Nak melawak guna dialek orang negeri lain la kononnya...Boleh je,tapi berpada-padalah saudara saudari sekalian. Jangan melampau sangat lawak tu. 

Masa aku masih di matrikulasi,ade satu insiden penggunaan dialek ni. Nak dijadikan cerita,pada petang hari berkenaan,kami(warga satu kuliah) diminta utk hadir dlm satu acara.. Alang-alang menanti VVIP sampai,ade la seorang saudari yg berasal dr sebelah barat semenanjung Malaysia duk 'melawak' pasal dialek pantai timur. Ketika tu,aku dan rakanku yg asalnya dr Kelantan, berdiri bertentangan dengan saudari ni (kami diminta berbaris dlm dua barisan). Si saudari ni dengan kuatnya berborak dengan kawannya dan 'melawak' psl loghat pantai timur. Siap de selingan ketawa yg kuat plak tu. Mula-mula,aku dan kawan aku,boleh tahan lg...tp lame2,dh dengar mcm main2kn loghat pantai timur plak. Si saudari ni bukan main la gelak dgn persepsi loghat pantai timur ni kelakar sgt. Panas,memang panas telinga mas tu. Rasa mcm nk je hadiahkn pelempang tp nasib la,kesabaran ada lagi. Kawan aku yg asal dr Kelantan tu,dh siap nk bergerak gi bagi pengajaran ke si saudari tu. Nasib sempat tahan,kalau x,tak dpt aku bayangkan nasib saudari tu. *HahAHAha

Pengajaran yg dapat diambil:
Jangan sesuka hati 'melawak'. Peka dengan sensitiviti.

Aku sendiri x berani nk main2 dialek ni. Kalau la didengar oleh orang yg sensitiviti tinggi,lebam jawabnya mata aku. Huhuhu.. Sejak aku masih di matrikulasi,aku memang dh mengamalkan 'Cakap tengok orang asal mana'. Maksudnya, kalau aku nk bercakap dengan org pantai timur,aku guna dialek pantai timur,Bila bercakap dgn org utara,aku guna bahasa utara,Jumpa mat saleh,guna Bahasa Inggeris,Jumpa org Bandar,guna bahasa bangku. Bukannya sebab aku x mengaku@ lupa asal usul aku,cuma aku nk sesuaikn dengan receiver aku. Dalam kuliah pagi tadi (tajuk kuliah hari ini: Komunikasi),pensyarah aku berkata,

Kita perlu tahu siapa receiver kita.

Dan itulah yang aku amalkn dari zaman matrikulasi dulu. Kalau balik kampung,aku memang guna slang Terengganu la.... Aku masih ingat,pernah satu ketika di matrik dulu,seorang kawanku yg berasal dr KL x percaya bila aku kate,aku berasal dari Terengganu. Sebab dari cara aku bercakap dengan dia,macam x de langsung dengar loghat Terengganu. Kenapa? Sebab aku dh terbiasa. Masa zaman sekolah lagi,aku dh terdedah dgn cara percakapn bandar. Jadi,bukan sesuatu yg sukar bagi aku utk menggunakan bahasa bangku. Di UTM ni pun,ade terjadi insiden mcm ni. Ada seorang akak senior tanya pd asal aku,dia ingatkn aku orang utara. Hahaha..Kenapa? Sebab dalam kelas aku ramai org utara dan rakan sebilik aku sendiri asal dr Pulau Pinang. Jadi,aku dh terbiasa guna slang utara. Aku mula belajar dialek utara masa di matrikulasi dulu(masih belajar lg).   Memang aku suka belajar psl dialek2 ni,sesuatu yg menarik bg aku. Senang aku nk berkomunikasi dgn org2 dr negeri2 lain. Bukan sebab aku lupa aku orang Terengganu. Aku bangga aku adalah org Terengganu dan xde sesiapa dpt sangkal tu. 

Dalam bahasa lain pun,ada dialek2 tersendiri. Dialek/loghat ni terhasil dr tempat dilahirkn(negeri). Dan sebenar-benarnya,dialek ni la yg membuatkn kita sedar,kita ni asal dr pelbagi latar belakang dan secara x langsung,menjadi daya tarikan antara kita. ^_^

Kesimpulannya,hormati dialek negeri lain. Kalau nk belajar dialek,berkelakuan mcm seorg pelajar dan bukannya pelawak yg melawak secara over. *peace

just shut up or I will give 'present' to u *dush


Setakat ni je dialog aku utk kali ni. Maaf andai ade kekurangan dan kesilapan yg dibuat. N Thanks for visiting this blog. ^^ Wsalam

*ADiOS*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...