Isnin, 1 Ogos 2011

Happy Fasting Month





1 Ogos 2011
Tempat: Perpustakaan KMP

Assalamualaikum wbt kpd muslim-muslimat sekalian... 
Sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar,dah masuk bulan Ogos.. dan hari ini adalah 1 Ramadan.. Alhamdulillah,dengan izin-Nya,dapat kita merasai bulan penuh kemuliaan ini pada tahun ini lagi... Oleh itu,kita harus memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan Al-Mubarak ini sepenuhnya.

Tahun ni memang agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni..Kalau tahun sebelum ni,aku menyambut bulan Ramadan dengan family aku. Tahun ni,buat kali pertama aku berpuasa di tempat lain(tapi nanti aku balik cuti,dapat gak puasa dengan keluarga-terutamanya dengan nenek aku- ^^ ) Aku berdoa moga-moga Ramadan pada kali ni akan memberi seribu rahamat kepada kita semua..Amin...

__________________________________________________________________________________
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI:
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER  1 MATRIKULASI
BERMULA PADA 2 OGOS 2011
_______________________________________________________
Kenyataan di atas adalah BENAR SEBENAR-BENARNYA! Esok hingga hari khamis ni,aku akan menghadapi ujian pertengahan semester 1.. Adakah satu perkara yang pelik kenapa aku dengan relaxnya sekarang berada dalam bilik komputer sedangkan pelajar-pelajar lain sibuk ulangkaji kat luar tu? TIDAK. Ia tidak pelik sama sekali. Sebenarnya aku dah nak rasa pening duk belek buku-buku tu..dah berulang-ulang kali aku baca,belek. Dan sekarang tiba masanaya untuk otak aku relax..*tempoh bertenang*

Kalau asyik duk 'paksa' diri menyumbatkan semua data-data+formula-formula tu,akhirnya black out  la.. Oleh itu,aku STOP  kejap study.. Pada masa-masa kecemasan macam ni,tak boleh la duk force diri..(ni adalah satu nasihat yea..) 

JADUAL PEPERIKSAAN UPS 1(PERAKAUNAN)
                
                Selasa (2/8/2011) : 9.00-10.00 pagi > Bahasa Inggeris
                                              2.30-3.30 petang > Ekonomi

               Rabu (3/8/2011) : 9.00-10.00 pagi > Mathematic
                                           2.30-3.30 petang > Perakaunan

              *Khamis (4/8/2011) :9.00-10.00 pagi > Pengurusan Perniagaan
            TAMAT
  
OK la..tu je entry aku untuk kali ni... I have to go...the examination is just around the corner.. 4.00!! CAYOK!! GANBATE!! AJA AJA FIGHTING~ ^.^ 
 Tapi Sebelum aku adios,aku nak ucapakan:
  
**SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN**
**HAPPY FASTING MONTH**
PUASA,JANGAN TAK PUASA K..KECUALI 'bulan mengambang'(bagi perempuan je) 


DAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR MATRIKULASI SESI 2011/2012


IN UPS.

* AdiOs*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...