30 SEPTEMBER 2011
Tempat :Bilik komputer(perpustakaan KMP)
Assalamualaikum wbt kepada muslim muslimin sekalian....
Hari ini Kolej Matrikulasi Perlis dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan... Salah seorang daripada pelajar KMP(pelajar perempuan) telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi (mengikut pengumuman yang dibuat pagi takdi)... Innalillahi wainalilahi rojiun...Aku mendapat tahu berita ni masa aku bangun pagi takdi.. Salah seorang jiran bilik aku memberitahuku... Masa mula-mula dengar tu,memang aku shock. Aku just boleh mengucap... Memang aku tahu,arwah dah lama masuk hospital dan aku ade dengar berita yang dia dalam keadaan kritikal tapi aku(&pelajar2+staf+semua warga KMP+lain2), mendoakan semoga dia cepat sembuh.. Namun,Tuhan lebih menyayangi.. Khabarnya,pihak hospital merancang ingin membawanya ke Hospital di Alor Setar tapi tidak sempat...
Penyakit yang dialami arwah tidak dapat dipastikan..ianya macam satu misteri.. Pada mulanya,arwah disyaki menghidap demam denggi..Kemudian,disyaki menghidap leukimia... Berita terakhir yang aku dengar pasal penyakit arwah,ialah berlaku pendarahan dalam otak... Ade khabar juga mengatakan bahawa doktor tak dapat mengenal pasti penyakit yang dihadapi arwah... Aku mendapat berita bahawa penyakit arwah ade berkait dengan makhluk halus... Dikatakan,pada satu petang atau lebih tepat,hampir senja,arwah pergi berjalan-jalan di tasik(dalam kawasan KMP)...Kemudian,apabila dia balik ke bilik,dia mula sakit..mungkin juga benar berita ni tapi aku tak berani nak mengatakan ianya benar sebenar-benarnya... Hanya Tuhan yang tahu apa yang terjadi...
Memang amat menyedihkan bila mendengar remaja sebaya aku meninggal dunia pada umur semuda ini.. Namun,kita perlu akur pada qada' dan qadar Allah... Mati itu pasti. Setiap manusia akan kembali pada-Nya... Walaupun aku tak mengenali arwah,namun aku turut bersimpati kepada keluarga arwah.. Semoga mereka tabah menempuh ujian ini...
5 PERKARA:
SIHAT sebelum SAKIT
MUDA sebelum TUA
KAYA sebelum MISKIN
LAPANG sebelum SEMPIT
HIDUP sebelum MATI
Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah...
*adiOs*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan