Post kali ni just nak minta maaf andainya post2 aku kebelakangan ni kurang info sikit..sibuk dengan study... Ok. Biar aku cerita sedikit SEJARAH pertubuhan blog ni. Sebenarnya,blog ni aku buat hanya nak meluahkan rasa,berkongsi info2 @pendapat@ pemikiran aku... Sharing is caring. right? Tajuk blog ni plak adalah idea sendiri...
DREAMS VS REALITY OF LIFE
Dalam bahasa Melayu,mimpi dan kenyataan hidup. Blog ni berkisarkan hidup..diari hidup... di mana kita saban hari melalui pelbagai cubaaan,rintangan dan macam-macam lagi... Itu la sebenarnya point aku dgn penubuhan blog ni. Blog ni masih baru.. baru nak genap setahun...jadi,banyak lagi kekurangan yang perlu dibaiki... kepada senior-senior blogger,harap dapat beri tunjuk ajar kepada saya. ^^
Need to go now. anyway,thanks to the visitors... n to the readers... n the followers...
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
Malam ni,satu lagi cubaan aku hadapi. Sesungguhnya,ia menyakitkan hati,menyedihkan... menyakitkan hati bukan sakit hati pada dia... Ego. Setiap manusia ada ego. Aku x terkecuali. Malam ini,aku mendapat satu kata-kata yang mengatakan betapa egonya aku. Jujur,aku langsung tak marahkan dia mahupun benci kpd dia atas kata-kata dia tu. Aku terimanya... Walaupun sakit sekali. dan aku x dapat nafikan,mungkin kata-kata dia betul. Sakit. Hanya tu mampu aku katakan tentang perasaan aku sekarang. Aku rasa seperti nak menangis tapi aku x boleh. Aku gagal lakukannya. Yang aku tahu,aku harus kuat,aku harus tabah. Setiap manusia pasti diuji. Dan pada dia,aku x salahkan dia. Aku sangat menhargai dan menyayangi persahabatan kami selama ni tapi jika ini jalan yang terbaik,maka,aku terima. Dia x salah. X salah bagi dia utk mengutarakan kata-kata pedas tu. Aku x marah malahan aku x membenci dia atas kata-kata tu. Aku akur. Biarla dia terus menganggap aku seperti tu. Manusia yang ego,degil..dan mungkin heartless. Aku pun x sangka pemberian ikhlas tu mengundang bencana macam ni. Tapi biarla...andai ini suratannya. Aku terima. Mungkin ni balasan aku atas perbuatan aku selama ni. Sebab tu,aku x mau menangis. Aku tahu,aku harus tabah. Aku x seharusnya kembali...memang aku salah. Jadi pada dia,aku mohon kemaafan dari awak atas perbuatan saya selama ni. Awak x salah. Saya salah. Attitude saya x kena. Saya berdoa,moga awak bahagia. dan jangan bimbang,saya x kan muncul lagi. Saya menguncapkan ribuan terima kasih pada awak atas segalanya...atas kesabaran awak. =).. Maaf.
*ucapan terima kasih tak penting bagiku...kerana bagiku,itu adalah tanggungjawabku.*
*Salah faham memang membawa keburukkan.Oleh itu,jika tak pasti,jangan buat andaian,sebaliknya,tanya.* (It's better than you lost in your own imagination)
*ANdai suka,maka katakannya. Andai cinta,maka sampaikannya. Andai sayang,maka ucapkannya. Jangan takut untuk direject,sebaliknya berani menghadapi kenyataan. Perasaan tu satu anugerah*
*Memendam rasa ada kebaikannya dan keburukkannya. Maka,fikir dulu sebelum membuat keputusan.*
Tu antara pengajaran yang aku dapat sepanjang pejalanan hidupku setakat ni. Hidup ini x seindah yang diimpikan. Tak juga seteruk yang ditakutkan.
THIS IS THE REALITY OF LIFE.
*I will never stop hoping. Hoping for a better days,for a better future,for a better things... =) * -AdiOs-
11/11/11 12/11/11
Tempat: My Home
Mood: steady~*maybe*
Assalamualaikum kpd muslim muslimin sekalian & Hai..
Dah lebih kurang seminggu aku bercuti. Cuti Semester 1. Sekejap je masa berlalu...rasa macam baru semalam aku usung beg-beg aku naik tingkat 4 blok asrama aku,Al-Kindi. Hmm...nak cerita dari mana yea...Kalau nak cerita dari awal samapi akhir sem 1,memang panjang gila ah post kali ni...nka baca pun jenuh.. Hahahaha...
Hmmm..masa nak buat keputusan samada nak terima tawaran mana,memang TERamat la pening. Sampai parent aku bising. Dan Akhirnya,KMP (Kolej Matrikulasi Perlis) menjadi pilihanku. Kos lepas aku,IIUM. Gila?Mungkin aku gila tolak tawaran IIUM...Jurusan yang aku dapat dari dua-dua tawaran ni lebih kurang je...sama cabang. Well,let bygones be bygones~ Am I right? ^^
Masa mula-mula menjejakkan kaki di negeri Perlis ni (@lebih tepat,KMP),perasaan aku...agak gembira,agak excited,& agak gemuruh. Konklusinya,aku blurr...dengan rakyatnya yang ramai,pening gak kepala aku. Sambil menunggu giliran untuk pendaftaran,aku pun mula melayari khayalan aku..dengan memerhatikan drama-drama siaran langsung depan mata aku. Macam-macam gelagat,macam-macam kerenah...Senang kata,macam-macam ada. Dan pada masa tu aku fikir gak,
Adakah keputusan aku ni tepat?Mampu ke aku nak bersaing kat sini?
Lepas pendaftaran,aku pun bergeraklah ke blok asrama aku,Al-Kindi. Nak dijadikan ceritanya,blok asrama aku ni sebenarnya dulu pelajar lelaki yang duduk. Sejak batch 2010/2011,'takhta' tu dah dirampas oleh perempuan. Jadi,memang blok aku dekat dengan blok asrama lelaki tapi x la bahaya sangat spotnya.. Selamat la. Dekat dengan kafe,masjid,dewan kuliah...toturan B... Alhamdulillah. Geng bilik aku,sorang dari Kedah,sorang dari Johor,sorang dari Selangor. Jadi campur aku,4 orang sebilik. Biliknya,selesa. Bilik aku tingkat 4,tingkat paling atas. Semput gak kadang-kadang tu nak naik dengan beg yang penuh dengan buku-buku,kaki yang dah letih,kudrat yang tinggal tahap low,tapi sabar jela... Biasanya sebelum aku balik bilik lepas habis kelas,aku lepak dekat mini market+kedai kek dulu...makan-makan dulu,lepak-lepak,melepaskan lelah sambil mendengar lagu-lagu dari mp3 kesayanganku. ^.^
Aktiviti-aktiviti sepanjang aku kat KMP,agak banyak la. X jemu la aku duk sini. Antara events kegemaran aku ialah malam-malam dinamika. Ada fashion show,drama pendek,dan puisi+koir... Selain tu,malam Timeless Independence,malam sambutan Hari Kemerdekaan. Memang meriah gila dan aku pun terlibat dalam mengadakan show malam tu. Believe it or not,I danced that night(better believe it). It was my first time dancing infront the crowd and honestly,it was so embrasing. But,thanks God,my reputation is SAFE! *Reputation?joking..hahaha* Video persembahan malam tu ada tapi...biarla ia menjadi simpanan aku..hehehe ^^" Hmm..selain tum,ada jamuan berbuka puasa beramai-ramai,jamuan hari raya..dan...akan menyusul seterusnya pd sem 2.
Kawan-kawan?Alhamdulillah,bertambah la gak kenalan aku...Hari pertama mula kelas,memang kekok..tapi macam biasa,wak derkk je..lepas hari berganti hari,bulan berganti bulan,sampai la tamatnya sem 1,hubungan 'kekeluargaan' kami makin erat...dengan pensyarah-pensyarah pun,alhamdulillah...(walaupun aku ni selalu tertidur dalam kuliah+kelas<sikit2>) dan aku harapkan kenalan aku semakin bertambah untuk semester 2 ni. ^^
>ehsan dari kawan-kawanku<
Kalau masa zaman sekolah dulu,kayu ukurnya UPSR(sek rendah),PMR&SPM(sek menengah),di matrik,ada PSPM(Peperiksaan Semester Program Matrikulasi). Cuak? Semestinya tapi bahangnya x macam dulu. Walaupun punya la banyak benda kena ingat terutamanya utk subjek Pengurusan Perniagaan(Business),tapi entah ah..Feelsnya lain... tapi tak bermakna aku ambik perkara tu sambil lewa. Aku tahu dan teramatlah sedar betapa pentingnya peperikasaan ni. Apapun,ia sudah pun berakhir..dan aku hanya menunggu perlu keputusannya. Target?Hmm...Biarla rahsia~ =)
Hmm..apa lagi yang ingin aku coretkan...itu saja la wak masa ni. Semester 1 di KMP memang macam-macam pengalaman aku dapat...dan macam-macam perkara gila aku buat. OLEH ITU,untuk sem 2,aku akan berusaha utk meminimunkan perkara gila-gila tu. Yang pasti,sem 2 pasti lebih mencabar. YEAH!!
Sebelum aku adios,aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah aku utk sem 1,kawan2,dan semua warga KMP...dll... dan ampun maaf semuanya.
Ok.Jujur,post kali ni adalah RANDOM. Hanya nak meluahkan rasa..melayan jiwa..sambil layan lagu dari mp3. Jam menunjukkan pukul 2 lebih..pagi! Orang lain dah tidur tapi aku?OWL.. Hmm..Random. Perasaan.
Suka.Sayang.Cinta.Benci.Tak suka.
Terlalu banyak perasaan yang aku kita Rasa. Amnya,yang disenaraikan di atas tu la yang biasa dalam diari hidup kita. Dan bila fikir sejenak,perasaan tu adalah satu anugerah yang x terhingga nilainya. Betapa hebatnya kebesaran-NYA. Memang sakit bila kita cuba tinggalkan@larikan diri dari orang yang kita sayang,yang kita ambil berat...Orang yang kita harap dapat bersamanya setiap masa,bersamanya untuk menjadi penyokong setia,bersamanya untuk menjadi peneman yang sentiasa ada tika suka dan duka. Tapi,kadang-kadang,kita harus mengundurkan diri...lepas mengenangkan memori-memori hitam,putih,kelabu..dan macam-macam lagi. Sakit. Pedih. Pahit. Ya,itu la yang aku rasa sekarang. Tipu diri sendiri takkan mengubah realiti. Tak guna larikan diri. We have to face it. Right?Hmmm...
Air mata. Tangisan. Pada lelaki,mesti perkara ni adalah perkara yang harus dielakkan. Lelaki kena kuat. Kan? Tapi ada masa,kita perlu menangis..dan kadang-kadang air mata itu akan mengalir tanpa kita sedari. Satu perihal yang aku dengar,Lelaki mudah tewas dengan air mata perempuan. Adakah ia benar wahai kaum Adam?
Lonely.Seorang. Dengar sedih kan?Hmm...realiti hidup. Ada masa kita sendiri...tapi kita tetap ada Dia.
Kasih sayang.CINTA.
Ada yang kata @ lebih tepat,kebanyakkan yang kata,kerana sebab-sebab tu diaorang couple. Kerana inginkan seseorang,insan,untuk menyayangi dan disayangi. Melindungi,dan dilindungi. Jd,penyelesaiannya,cari makwe @ pakwe @ gawe... Adakah macam tu?realitinya? Ya,aku x nafikan dan x dapat nafikan,kita perlukan kasih sayang,cinta, tapi adakah itu saja caranya? Couple? Kita mesti biasa dengar,cinta monyet @puppy love. Aku sendiri pernah cinta monyet...Hahaha..tapi tu perkara lama. zaman kanak-kanak... Sekarang,zaman remaja ni,apa plak nama bagi cinta. Cinta apa?Cinta Remaja? dan bila dah dewasa,Cinta Sejati?Macam tu?
Hmmm... Just thinking. ^^
Manusia..Keperluan asasi manusia,hati ni..adalah kasih sayang..perlukan seseorang yang ambil berat,jadi penyokong. Meluahkan rasa,layan jiwa,tak salah pun kan?asal x melebih. Asal tak hanyut sampai ke black hole. Demi diri. Memotivasikan diri. Motivasi tak semestinya kena datang dari kaunselor je..Atau Pembimbing rakan sebaya @ Pembimbing rakan dinamik. Diri sendiri pun boleh motivate diri sendiri. Buntu?Kawan-kawan..Guru..Allah. =)
Ahhhh........Lepaskan! Hapuskan! PERGILAH~!!!
One advise: Jangan jerat diri sendiri. *nasihat utk diri sendiri dan anda*