2.34 am
my room >K.TRG
Assalamualaikum
Ok.Jujur,post kali ni adalah RANDOM. Hanya nak meluahkan rasa..melayan jiwa..sambil layan lagu dari mp3. Jam menunjukkan pukul 2 lebih..pagi! Orang lain dah tidur tapi aku?OWL.. Hmm..Random. Perasaan.
Suka.Sayang.Cinta.Benci.Tak suka.
Terlalu banyak perasaan yang aku kita Rasa. Amnya,yang disenaraikan di atas tu la yang biasa dalam diari hidup kita. Dan bila fikir sejenak,perasaan tu adalah satu anugerah yang x terhingga nilainya. Betapa hebatnya kebesaran-NYA. Memang sakit bila kita cuba tinggalkan@larikan diri dari orang yang kita sayang,yang kita ambil berat...Orang yang kita harap dapat bersamanya setiap masa,bersamanya untuk menjadi penyokong setia,bersamanya untuk menjadi peneman yang sentiasa ada tika suka dan duka. Tapi,kadang-kadang,kita harus mengundurkan diri...lepas mengenangkan memori-memori hitam,putih,kelabu..dan macam-macam lagi. Sakit. Pedih. Pahit. Ya,itu la yang aku rasa sekarang. Tipu diri sendiri takkan mengubah realiti. Tak guna larikan diri. We have to face it. Right?Hmmm...
Air mata. Tangisan. Pada lelaki,mesti perkara ni adalah perkara yang harus dielakkan. Lelaki kena kuat. Kan? Tapi ada masa,kita perlu menangis..dan kadang-kadang air mata itu akan mengalir tanpa kita sedari. Satu perihal yang aku dengar,Lelaki mudah tewas dengan air mata perempuan. Adakah ia benar wahai kaum Adam?
Lonely.Seorang. Dengar sedih kan?Hmm...realiti hidup. Ada masa kita sendiri...tapi kita tetap ada Dia.
Kasih sayang.CINTA.
Ada yang kata @ lebih tepat,kebanyakkan yang kata,kerana sebab-sebab tu diaorang couple. Kerana inginkan seseorang,insan,untuk menyayangi dan disayangi. Melindungi,dan dilindungi. Jd,penyelesaiannya,cari makwe @ pakwe @ gawe... Adakah macam tu?realitinya? Ya,aku x nafikan dan x dapat nafikan,kita perlukan kasih sayang,cinta, tapi adakah itu saja caranya? Couple? Kita mesti biasa dengar,cinta monyet @puppy love. Aku sendiri pernah cinta monyet...Hahaha..tapi tu perkara lama. zaman kanak-kanak... Sekarang,zaman remaja ni,apa plak nama bagi cinta. Cinta apa?Cinta Remaja? dan bila dah dewasa,Cinta Sejati?Macam tu?
Hmmm... Just thinking. ^^
Manusia..Keperluan asasi manusia,hati ni..adalah kasih sayang..perlukan seseorang yang ambil berat,jadi penyokong. Meluahkan rasa,layan jiwa,tak salah pun kan?asal x melebih. Asal tak hanyut sampai ke black hole. Demi diri. Memotivasikan diri. Motivasi tak semestinya kena datang dari kaunselor je..Atau Pembimbing rakan sebaya @ Pembimbing rakan dinamik. Diri sendiri pun boleh motivate diri sendiri. Buntu?Kawan-kawan..Guru..Allah. =)
Ahhhh........Lepaskan! Hapuskan! PERGILAH~!!!
One advise: Jangan jerat diri sendiri. *nasihat utk diri sendiri dan anda*
#ADiOs#
***********random post*************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan