Sabtu, 12 November 2011

Diari KMPku 1

*Edited by Miss N*nice?
11/11/11 12/11/11
Tempat: My Home
Mood: steady~*maybe*

Assalamualaikum kpd muslim muslimin sekalian & Hai..

Dah lebih kurang seminggu aku bercuti. Cuti Semester 1. Sekejap je masa berlalu...rasa macam baru semalam aku usung beg-beg aku naik tingkat 4 blok asrama aku,Al-Kindi. Hmm...nak cerita dari mana yea...Kalau nak cerita dari awal samapi akhir sem 1,memang panjang gila ah post kali ni...nka baca pun jenuh.. Hahahaha...

Hmmm..masa nak buat keputusan samada nak terima tawaran mana,memang TERamat la pening. Sampai parent aku bising. Dan Akhirnya,KMP (Kolej Matrikulasi Perlis) menjadi pilihanku. Kos lepas aku,IIUM. Gila?Mungkin aku gila tolak tawaran IIUM...Jurusan yang aku dapat dari dua-dua tawaran ni lebih kurang je...sama cabang. Well,let bygones be bygones~ Am I right? ^^

Masa mula-mula menjejakkan kaki di negeri Perlis ni (@lebih tepat,KMP),perasaan aku...agak gembira,agak excited,& agak gemuruh. Konklusinya,aku blurr...dengan rakyatnya yang ramai,pening gak kepala aku. Sambil menunggu giliran untuk pendaftaran,aku pun mula melayari khayalan aku..dengan memerhatikan drama-drama siaran langsung depan mata aku. Macam-macam gelagat,macam-macam kerenah...Senang kata,macam-macam ada. Dan pada masa tu aku fikir gak,

Adakah keputusan aku ni tepat?Mampu ke aku nak bersaing kat sini?

Lepas pendaftaran,aku pun bergeraklah ke blok asrama aku,Al-Kindi. Nak dijadikan ceritanya,blok asrama aku ni sebenarnya dulu pelajar lelaki yang duduk. Sejak batch 2010/2011,'takhta' tu dah dirampas oleh perempuan. Jadi,memang blok aku dekat dengan blok asrama lelaki tapi x la bahaya sangat spotnya.. Selamat la. Dekat dengan kafe,masjid,dewan kuliah...toturan B... Alhamdulillah. Geng bilik aku,sorang dari Kedah,sorang dari Johor,sorang dari Selangor. Jadi campur aku,4 orang sebilik. Biliknya,selesa. Bilik aku tingkat 4,tingkat paling atas. Semput gak kadang-kadang tu nak naik dengan beg yang penuh dengan buku-buku,kaki yang dah letih,kudrat yang tinggal tahap low,tapi sabar jela... Biasanya sebelum aku balik bilik lepas habis kelas,aku lepak dekat mini market+kedai kek dulu...makan-makan dulu,lepak-lepak,melepaskan lelah sambil mendengar lagu-lagu dari mp3 kesayanganku. ^.^

Aktiviti-aktiviti sepanjang aku kat KMP,agak banyak la. X jemu la aku duk sini. Antara events kegemaran aku ialah malam-malam dinamika. Ada fashion show,drama pendek,dan puisi+koir... Selain tu,malam Timeless Independence,malam sambutan Hari Kemerdekaan. Memang meriah gila dan aku pun terlibat dalam mengadakan show malam tu. Believe it or not,I danced that night(better believe it). It was my first time dancing infront the crowd and honestly,it was so embrasing. But,thanks God,my reputation is SAFE! *Reputation?joking..hahaha* Video persembahan malam tu ada tapi...biarla ia menjadi simpanan aku..hehehe ^^" Hmm..selain tum,ada jamuan berbuka puasa beramai-ramai,jamuan hari raya..dan...akan menyusul seterusnya pd sem 2.

Kawan-kawan?Alhamdulillah,bertambah la gak kenalan aku...Hari pertama mula kelas,memang kekok..tapi macam biasa,wak derkk je..lepas hari berganti hari,bulan berganti bulan,sampai la tamatnya sem 1,hubungan 'kekeluargaan' kami makin erat...dengan pensyarah-pensyarah pun,alhamdulillah...(walaupun aku ni selalu tertidur dalam kuliah+kelas<sikit2>) dan aku harapkan kenalan aku semakin bertambah untuk semester 2 ni. ^^





>ehsan dari kawan-kawanku<

Kalau masa zaman sekolah dulu,kayu ukurnya UPSR(sek rendah),PMR&SPM(sek menengah),di matrik,ada PSPM(Peperiksaan Semester Program Matrikulasi). Cuak? Semestinya tapi bahangnya x macam dulu. Walaupun punya la banyak benda kena ingat terutamanya utk subjek Pengurusan Perniagaan(Business),tapi entah ah..Feelsnya lain... tapi tak bermakna aku ambik perkara tu sambil lewa. Aku tahu dan teramatlah sedar betapa pentingnya peperikasaan ni. Apapun,ia sudah pun berakhir..dan aku hanya menunggu perlu keputusannya. Target?Hmm...Biarla rahsia~ =)

Hmm..apa lagi yang ingin aku coretkan...itu saja la wak masa ni. Semester 1 di KMP memang macam-macam pengalaman aku dapat...dan macam-macam perkara gila aku buat. OLEH ITU,untuk sem 2,aku akan berusaha utk meminimunkan perkara gila-gila tu. Yang pasti,sem 2 pasti lebih mencabar. YEAH!!

Sebelum aku adios,aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah aku utk sem 1,kawan2,dan semua warga KMP...dll... dan ampun maaf semuanya.

Lets start our new journey!

*ADiOs Sem 1,and WELCOME SEMESTER 2*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...