Tempat:bilik pantri>asrama<
Mood: 0
4.15 am
Assalamualaikum...hai...
Jam menunjukkan pukul 4.15 am dan kenapa aku masih x tidur? Answer:OWL. Sebenarnya aku sedang siapkan kerja rumah aku...yang beratus copy...huhuhu... Lenguh gak tangan2 ni...now,time for a break...
Pukul 9 malam takdi ade forum antara Kolej Matrikulasi Perlis(KMP)&Kolej Matrikulasi Johor(KMJ). Dengan kate lain,kami dikujungi tetamu dari KMJ. Forum membincangkan tajuk: "CINTA BUTA".
CINTA. Betul ke cinta tu buta? Apa yang aku faham,cinta itu x mengenal rupa...x kenal erti kekayaan...Cinta itu anugerah. Cinta itu cantik. Cinta itu suci... NAMUN,Cinta sekarang banyak hancur&membawa kesan negatif sebab tidak terkawal. Cinta tu x salah. Cinta tu mungkin buta...tapi cinta tu boleh membutakan. Aku suka nak petik kata-kata dari salah seorang panel takdi. Dia berkata:
"Cinta buta tu ibarat orang buta yang kehilangan tongkatnya"
Benar. Aku sangat setuju dengan kata-kata ni... Cinta Buta banyak dikaitkan dengan zaman remaja. Sekarang,kita sendiri sedia maklum,banyka kes pembuangan bayi... malah ade yang sanggup membunuh bayi-bayi tersebut. Dan perbuatan ini membuatkan mereka dilabelkan sebagai manusia yang x berperikemanusiaan,lagi teruk dari binatang. Sedangkan haiwan pun tahu menjaga anaknya... Aku teringat dengan satu topik yang dibicarakan dalam kelas agama baru-baru ni.
Jika kita bandingkan manusia dengan lembu,yang mana lagi baik? Sudah jelas,manusia adalah ciptaan Allah yang paling mulia. Dalam firman Allah,sudah jelas tertulis. Kenapa manusia dikatakan lagi baik dari lembu?
Kerana manusia dianugerahkan AKAL. Akal tu ibarat satu kuasa. Dan ini yang membuktikan kekuasaan Allah.
APA KAITAN AKAL DAN CINTA?
Jika kita betul-betul menggunakan akal kita,maka gejala sosial akibat cinta buta tu dapat dielakkan. Apa yang menyebabkan kita hilang pertimbangan? Jawapannya: NAFSU. Bila kita tewas dengan nafsu,maka nafsu dengan mudahnya akan memgalahkan pemikiran waras kita. Aku nak petik kata-kata dari Ustaz Raja yang aku dengar dari ceramah maghrib:
"Kita sepatutnya bersaing dengan nafsu dan bukan tewas dengannya"
Aku yakin,ramai antara pembaca sekalian sudah dewasa,sudah cukup umur...jadi,perkara ni anda dapat fikirkan sendiri. Fitrah manusia,ingin disayangi,dikasihi....tapi jangan plak kita guna itu sebagai alasan untuk melencong ke jalan yang salah. Dalam agama mana-mana pun ada menggariskan perihal tingkahlaku yang perlu dijaga... Dunia dah semakin maju. YA,Betul. TApi jangan plak kita hanyut dengan kemajuan ni tanpa mengingati akan alam kekal(akhirat).
![]() |
LOVE-HATI- |
Nak tahu tak,apa yang aku percaya tentang CINTA?
Pada aku,cinta itu unik. Cinta tu susah nak jumpa...Cinta tu boleh membawa kebaikan dan keburukkan... Cinta tu kadang-kadang susah nak dikenalpasti. Cinta itu mesti didahului dengan CINTA PADA ALLAH. Selepas itu,percayalah,cinta pada insan akan hadir. Aku percaya,kalau aku betul-betul suka akan seseorang tu,bila berjumpa@bertembung@ternampak@mendengar suaranya sekalipun,hati aku akn berdegup kencang. Aku akan rasa segan tiba-tiba. Kekok. Dan gembira bila dia di sisi... rasa selamat. Satu perkara yang aku buat bila aku rasa aku sukakan seseorang. Iaitu,bila aku bertembung dengannya,aku akan peka dengan degupan jantung aku masa tu...semakin kencang ke?ade rasa lain macam? Kalau xde,itu maknanya,aku mungkin hanya suka@minat sekadar suka-suka... Aku percaya,andainya aku berjumpa dengan jodoh yang dah tertulis denganku,aku secara automatic akan merasa tarikannya. Hati ke hati. =)
Buat masa sekarang,aku tahu dan sedar,aku kena fokus dengan pelajaran aku,dan letak tepi kejap tentang hati dan perasaan ni. FOKUS. Tu yang aku perlu lakukan. Kepada rakan-rakan sekalian,aku just nak kata,cinta tu x salah tapi jangan kita salah tafsir apa itu cinta sebenarnya. Pada aku,aku rasa amat kerdil bila aku ingin mencintai@menyayangi seseorang sedangkan cinta aku pada-Nya belum cukup utuh lagi.
Anda nilaikan sendiri...fikir-fikirkan..dengan hati yang tenang.
K,itu je setakat ni. Andai ada tersilap kata,tersilap taip,tersilap ejaan,ampun maaf dipinta.. Aku juga adalah insan,yang x lari dari membuat kesilapan...
*AdiOs* ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan