Rabu, 7 Disember 2011

DO BETTER


8/12/2011
Tempat: Bilik pantri>asrama-as usual<
Mood: Confuse
1.24 am

Assalamualaikum...hai..


Alhamdulillah,kelmarin,pada pukul 3 ptg,keputusan untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi(PSPM) Sem 1 dah keluar...  Alhamdulillah,aku berjaya capai target aku.. Syukur.. Rezeki.. =) Masa nak g ambik result tu,jujur,aku gementar gila.. GEMURUH! X dapat nak bayangkan langsung dapat berapa.. Otak blank! Aku pergi dgn kawan sekelas a.k.a jiran bilik... Memang kteorg nervous tahap maksimum..! Sampai dekat dewan peperiksaan( Ibnu Sina),rasa kaku je kaki nak melangkah tapi hati x sabar nak tengok. Nak bongkar rahsia. Walaupun rasa takut tu memang ada tersemat dalam jiwa. Tapi,realiti tetap kena hadapi. Dan selepas menjumpai no matrikku,mata pun automatic scan baris tu.. Memang masa tengok tu(dalam keadaan bersesak dgn pelajar2 yang lain),rasa macam nak tercabut jantung. X percaya pun ada.. Kawan aku yang pergi sekali,dah terjatuh mutiaranya(air mata)..terharu..terkejut. Aku lepas keluar dari kesesakkan tu,dah terduduk. 

UNBELIEVABLE!

Memang bersyukur gila. Tapi,kegembiraan tu hanya aku bagi kebenaran utk diluahkan hanya pada hari tu. Mula hari seterusnya,memang x nak dah rasa gembira2.. Takut nanti jadi riak. Bongkak. Bangga diri. Adab hidup,ada yang berjaya,ada yang kurang berjaya. Bila tengok kawan-kawan yang x berapa bernasib baik,down je,rasa serba salah plak. Aku pernah rasa down,upset,hilang keyakinan diri,malu...Tak semua yang kita inginkan tercapai.Sebagai seorang saudara,aku memang rasa agak sayu bila diaorang macam tu. Tapi,aku tahu,diaorang x boleh hanyut dgn feelings dan fikiran negatif tu. Sebab ia hanya membuatkan kita rasa lebih teruk,dan bukannya rasa lebih baik. 

Kalau rasa nak menangis,menangis la..luahkan.. Jangan pendam lama-lama. Perasaan ni bukan macam jeruk. Lagi lama diperam,lagi sedap. Kalau rasa malu nak luahkan pada sesiapa,ada satu lagi lorong utk meluahkan rasa.. ALLAH. =) Percayalah,bila kita dah releasekan perasaan tu,kita akn rasa lebih baik. Mulakan tekad baru. Baiki kelemahan...cari... Dan jangan terlalu rasa rendah diri...sampai hilang keyakinan diri. X guna bersedih,berkabung lama-lama. Hidup ni ada masa kita di atas,dan ada masa kita di bawah. Dah jadi fitrah. Adab. Gagal utk kali ni,x bermakna gagal utk selama-lamanya... OK? 

BELIEVE IN YOURSELF.

DONT LET THE NEGATIVE THINGS CONTROL YOU!


##########################################################
UPGRADE pemikiran.
DOWNLOAD azam.
CHANGE bad attitude.

############################################################

*Adios* Wsalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...