8.27 pm
Tempat: Bilik<asarama kediaman>
Mood:tired...(+still ok.)
Assalamualaikum...hai...
Hari ni,di KMP diadakan majlis penyampaian bagi atlet2 KAKOM,pensyarah2 cemerlang dan pelajar cemerlang PSPM Semester 1 sesi 2011/2012. Aku terlibat secara langsung sebagai penerima.. ^^ (Alhamdulillah..rezeki..) DAN pada hari ni dan esok,14/12/11-15/1/11,diadakan pameran buku!! Aktiviti yang aku paling suka. Buku,novel,komik.... Ahh..my love... I just LOVE them so much! Kebetulan,petang takdi,kelas tutorial dibatalkan. Jadi,tanpa membuangkan masa,habis kelas pukul 3 petang,terus aku pergi serang pusat sumber. Aku anggarkan belanja untuk shopping buku paling maksimum,RM100. X boleh lebih! Nasib baik,lepas beberapa urusan jual beli berlaku,aku masih dalam bajet yang diletakkan. Apa yang aku beli? Jawapan: BAHAN ILMIAH. ^^
SENARAI BARANG DAN HARGA:
- Buku rujukan Maths(QA026) = RM36
- Novel( 2 buah) =RM33
- Buku ilmiah-bacaan-rohani(Tajuk: Tafsir Mimpi)=RM12
- Kerja kajang (200 sheets) = RM5
JUMLAH PERBELANJAAN= RM 86
BAKI =RM14
Jangan hairan,jangan terkejut sebab aku beli 2 buah novel. Bagi aku,tu dah berpada-pada...kalau ikut nafsu,lebih dari tu aku nak beli.Hahaha... Sememangnya,aku GILA novel..+komik gempak starz... Gila maksudnya bukan mereng k...bukan macam warga-warga Hospital Tanjung Rambutan tu. Gila di sini maksudnya=LOVE. Suka sangat. Kalau aku diberi pilihan antara dua buah kedai: Kedai buku&Kedai pakaian. Jawapannya: Kedai buku. Kalau dekat Terengganu,Pustaka Seri Intan jadi tempat favourite aku untuk shopping buku-buku,novel-novel. Walaupun ia x setanding MPH,tp bolehla... Sejujurnya,aku x pernah pergi MPH dan memang jadi angan-angan aku nak g shopping kat sana. Setakat ni,xde rezeki lagi aku nak menjejakkan kaki ke sana. Sibuk dengan study,dan hal-hal lain.
Aku mula minat baca novel bermula tingkatan 1. Mula-mula,memang x minat nak baca buku tebalnya paling kurang 100 muka surat tu...tapi lama-lama,jatuh cinta gak akhirnya. Aku tak suka sangat baca novel-novel jiwang,jiwa-jiwa sangat... Aku kalau baca novel tajuk cintan-cintan sangat,memang tolak tepi awal-awal dah... Satu lagi,aku x gemar cover novel yang ada wajah orang. Gambar manusia. Sebab?Kebanyakannya ia x seperti yang digambarkan oleh penulis dan tu dapat menjejaskan kesan positifnya.
* Inilah novel-novel yang aku baru beli petang takdi.Keluaran Kaki Novel*
Antara production kegemaran aku : Jemari Seni,Kaki Novel,Buku Prima,PTS. Alaf 21 aku layan gak la tapi x selalu. Mungkin sebab skop ceritanya x berapa memikat hati aku. Tapi x bermaksud x bagus. Lain orang,lain citarasanya. Kan? ^^ Bagi aku,novel adalah salah satu alternatif yang bagus untuk menanamkan+menambahkan minat kita untuk membaca. Statistik yang dibuat jelas menunjukkan betapa 'minat'nya rakyat Malaysia membaca. Mungkin ada sesetengah orang berfikir,
"Novel hanya untuk perempuan...girly."
Pemikiran ni sangat salah. Novel sesuai untuk dibaca oleh perempuan ataupun lelaki. Aku pernah jumpa beberapa kawan lelaki yang minat baca novel. Pada aku,it's quite sweet. And Cool. There is nothing wrong for a men or boy to read novels.... Novel was another way to teach ourself to get in love with reading. + It can help us in future...Believe it. Jadi,pada sesiapa yang masih berfikiran negatif,fikir-fikirkannya kembali. X semestinya mamat-mamat yang suka baca novel tu mat bunga,mat jiwang. X semua novel tu romatika tahap gila sampai berkhayal x sudah. Banyak novel sekarang yang berjaya sampaikan pengajaran pada pembaca. + Pada aku,bila aku membaca novel,aku seperti menjelajah ke dunia lain. Rasa macam aku laluinya sendiri. Ok,x semua novel tu suitable dengan jiwa kita. Jadi,buat pilihan yang bijaksana. Bagi yang baru nak mencuba berjinak-jinak dengan novel,cuba dengar pandangan dari kawan-kawan yang suka mebaca novel.
NOVEL VS DUIT?
Ok.Kita sedia maklum,novel ni kebiasaanya berharga antara RM18 ke atas. Jadi,mungkin ada yang terfikir ia membazir duit je untuk membuat 'pelaburan' dengan membeli novel-novel ni. Aku sendiri pernah terfikir semua ni. Cuba fikir balik. Kalau nak baca novel,x semestinya kita perlu beli sendiri. Tak silap aku,setiap negeri ada perpustakaan negeri. Kat sekolah,apatah lagi. Pusat Sumber tu wajib ada. Jadi,kita boleh meminjam novel-novel dari sana. Selain tu,boleh juga pinjam dari kawan-kawan,kakak@abang@ sape2 je yang kita tahu,dia mempunyai novel-novel menarik untuk dibaca. NoVEL BUKAN sekadar bahan bacaan biasa,tapi untuk kita rehatkan minda. Membaca kan salah satu aktiviti senaman minda. + Di zaman teknologi ni,banyak novel online. Komik online. Jadi,adakah alasan duit tu boleh dijadikan main reason untuk semua ni? Aku x dela nak memaksa membaca novel. Hanya nak cuba hakis sikit pemikiran negatif tu. X semua orang minat baca novel. Jadi,x boleh dipaksa semua tu.
K,la. Itu je untuk kali ni. Thanks for reading this post ^^ #AdiOs# Wsalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan