Jumaat, 23 Disember 2011

Diam-diam ubi berisi

Tempat:Foyer B (KMP)
Mood: OK
10.41 am

Assalamualaikum wbt...hai...

Hari Khamis lepas merupakan 1st time aku mengamuk sejak masuk KMP ni. Memang x tertahan sangat dah perasaan masa tu. Geram sangat. Mengamuk x la mcm amok.Xdela mengamuk sampai menjerit dalam kuliah. 'Ter'titis air mata sikit tu ade la(bila dah smpai bilik). Lempar2 barang tu pun ade la sikit (bila dah sampai bilik).Mengamuk lebih dalm hati,muka masam mencuka,ayat...perghhh..pedas sepedas makan  100 biji cili padi... Hah,tu la. Diam-diam aku,ade had gak. Langgar kepantangan aku,siap la...Nak penampar pun boleh. Penumbuk?Boleh je... Nak perang senyap?On. Tapi nasib baik la amukan tu tahan buat beberapa jam je... Petangnya,dah Ok balik suhu hati aku... ALHAMDULILLAH...

Ok. Tu mukadimah post aku untuk kali ni. Just want to share it...just a little...hehehe... Pe yang aku cuba nak sampaikan kat sini ialah, Dont judge to early. Dont judge based on the appereance... Orang yang kita nampak kecut je,jangan sangka sekecut tu kebolehannya. Yang senyap,x banyak cakap,jangan fikir ayat-ayat Bombastik x boleh keluar dari mulut diaorang. Orang yang nampak selekeh,jangan sangka dia papa kedana. Orang yang nampak baik,jangan selalu buat set minda yang mereka ni baik luar dan dalam. Dan yang jahat tu,x semestinya jahat lahiriahnya... Senang kata,kita x boleh percayakan orang 100%. Kena sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. Sama konsep gak bila berkait soal perasaan. Samada suka,minat,cinta apatah lagi. Hanya berikan kepercayaan 100% kpd Pencipta,kitab-kitabnya...dan semua yang benar sebenar-benarnya. 

Perhati. Siasat. Teroka. Cari. Tu yang sepatutnya dibuat bagi mengenali dgn lebih dalam...Setiap persoalan pasti ada jawapannya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cantik fizikalnya,x guna jika dalamnya hodoh. Dont judge the beauty through the appereance. 

True beauty consists in purity of heart. 



*Just want to share it* Sepanjang aku memegang title pelajar matrikulasi jurusan perakaunan di KMP ni,dah macam2 ragam aku tengok. Dan macam2 jenis orang aku jumpa...Secara jujurnya,kat sini ramai awek2 yang cantik2 luar dan dalamnya,sejuk mata memandang.. I'm serious about this statement. Bkn nk promote ke ape..tu kebenarannya..Bila aku tgk diaorg,memang rasa rendah diri gila...rasa macam kerdil je...Bertudung litup,labuh...berjubah...Aduhh... bila la akan terbuka hati ni untuk berpakaian seperti mereka? Kebanyakkan mereka ni,x la macam pe yang kita gambarkan. Mereka ni mcm kita2 ni gak..ade gak peragai gila2 sikit...tapi,penjagaan tatasusila diaorang yang mencuit  hati aku... Aku selalu terfikir bila nampak mereka ni: Sapela jejaka yang akan berjaya menyunting hati diaorang ni?Bertuahnya la... Betul. Tu pe yang aku terfikir...sentiasa...Ok.ni bukan sesi nak berjiwang dan aku pun bukanlah nk berjiwang tapi hakikat. Di sebalik ramai pengkid2,bohsia2,mat sotong...masih ramai lagi muslimah2 yang cantik lahiriahnya...Di sebalik sifat pemalu@senyap tu,tersembunyi satu keindahan... Semoga,aku berjaya menjadi hamba yang solehah..dan anda semua juga...Amin...

Ok la.setakat tu je buat kali ni. Sebarang kesalahan ejaan,tersasul yang x kena,harap dimaafkan... Kalau ade merapu sikit tu pun,ampunkan la hamba... ^^ #AdiOs# Wsalam...

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...