Ahad, 14 April 2013

Move ON!

4.48am
UTM,Skudai
Mood : great ^^

Assalamualaikum..hai...

Sedang-sedang memekakkan telinga (mendengar lagu guna earphone), kemudian halwa telinga disapa lagu yang dah agak lama aku x dengar. Jangan Bilang Tidak- Raffi Ahmad & Ayushita. Umumnya,lagu ni berkisarkan cinta. Jangan bilang tidak tanpa mencuba,atau dengan kata lain,larikan diri. Larikan diri dari mencuba / meluahkan. Larikan diri kerana takut akan kesakitan yang mungkin akan dialami,dan mungkin xkn ada. Tapi,lumrah hidup,dalam mendapatkan kemanisan yang diingini,akan ada kepayahan/kesukaran/cabaran yang akan kita hadapi. Contoh paling senang, seorang pelanjar tahun 6 inginkn keputusan cemerlang dalam UPSR. Dalam usaha mencapai impian itu utk diubah kepada realiti,usaha yang berterusan perlu dilakukan. Kalau asyik main game,x pernah ulangkaji,susah la nk capai impian yg melangit. 

Dalam lirik lagu Jangan Bilang Tidak tu,rangkap yg menarik perhatian aku adalah:

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

' Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba'. Rangkap ni yang menarik perhatian aku. Dan amat aku setuju. Secara x langsung,memotivasikan aku utk MOVE ON! Mungkin ada yang ada membaca post aku yang sebelum ni mengenai kesulitan aku dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswi. Sejujurnya,masalah ini selalu menganggu aku. Pelbagai gelodak perasaan aku rasa dan kebanyakkan pahit (sepahit peria!). Ada ketika aku merasa sangat letih dan terasa mcm nk hentikan perjalanan aku sbg mahasiswi di sini,tp aku selalu cuba memujuk+ menguatkan hati aku utk TERUS BERGERAK KE HADAPAN! Aku selalu ingatkan diri aku,akan peranan aku sebagai seorang anak. Aku xnk keluarga aku kecewa dengan aku,dan ada seorang pensyarah perakauanan aku sem lepas berkata kepada kami (aku &kwn2) ketika kami bertembung dengannya di fakulti :

" Allah Maha Mengetahui. Kita nak dan minat course lain,tapi,ditakdirkan kita mendapat tawaran course yang bukan sepenuhnya kita minat / yang kita x minat. Mula-mula kita rasa susah,kemudian putus asa tapi lepas beberapa ketika,kita mula rasa keindahannya. Setiap apa yang diaturkan oleh-Nya ada sebab. Cuma kita x nampak. "

Masa mendengar kata2 pensyarahku ni,aku x dpt nafikn bahawa apa yang dikatakannya amat betul. Dan kata2nya menjadi salah satu sumber pendorong aku utk move on! Teruskan! 

Aku mempunyai seorang sahabat yang amat aku bersyukur berjumpa dengannya,dan sangat berterima kasih pada dia sbb tahan dgn peragai aku yang gila2, dgr luahan aku, jd penasihat x bergaji aku. Che ya,do u hear me? hehehe... Aku teringat apa yang sahabat aku ni nasihatkn pd aku iaitu :

" Awakkan Iron Lady"

Simple je ayatnya tp cukup buat aku mengingat peragai iron lady aku zaman sekolah dulu,yang aku dh terlupa akan personaliti yang satu tu. Personaliti yang aku simpan jauh dlm hati aku lepas tamat zaman persekolahan. Dan sekrang,the good news is,I am in progress to become iron lady. hahaha...


Hah,mesti ada pelik,kenapa aku mengunakan gambar tupai ice age tu utk post kali ni? Sebabnya,adalah karakter watak animasi ini. Semata2 acornnya sangat diingini,dia sanggup meredah segala bagai jenis halangan yang datang. Walaupun selalu x bernasib baik,tp tetap usaha diteruskan. Memang terhibur tgk gelagatnya tp pd masa yg sama,bila difikirkan sejenak,ada mesej tersendiri yang ingin disampaikan. ^^

OK la..setakat ni je utk kali ni. Maaf atas kekurangan,kesilapan yang dibuat dan x aku sedari. Ini adalah pandangan dan apa yang aku dapat yang ingin aku kongsikan bersama. =)

*ADiOS*
Wsalam...    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...