Sabtu, 31 Disember 2011

Birth order factor and your personality


12.56 am
Tempat: Bilik Pantri
Mood: ^^
 *HAPPY NEW YEAR!*

Assalamualaikum..hai..

Pada tahun baru ni,aku nk kongsi satu maklumat@pengetahuan yang aku dapat masa dalam kelas BI beberapa hari yang lepas. Just copy n paste.. Title: Birth order and your personality: 8 facts that might suprise you. Based on an article by Dr Kelvin Leman. Copyright.

___________________________________________________________________________

ONLY CHILDREN

Positives: Only children are the movers and shakers-task-orientated,highly organised,conscientious and reliable. They like concrete facts and details,and are comfortable with responsibility.

Negatives: The negatives characteristics of only children can be difficult to put up with. Often unforgiving,they can be demanding and unwilling to admit it when they're wrong. They generally don't accept criticism too well. Other people may think of them as sensitive and indeed,their feelings are easily hurt.

FIRST-BORNS

Positives: Natural leaders,first-borns are often high achievers-many politicians,spokesperson and managing directors are first-borns. They frequently have sense of entitlement and possibly superiority. Some are complaint nurturers/caregivers,while others are aggressive movers and shakers. They are both in control,but use different methods. Generally,first-borns are picky,precise people that pay heed to details,tending to be punctual,competent and organised. They want to see things done correctly first time around and dislike suprise.

Negatives: They are frequently moody,and they occasionally lack sensitivity. They can be indimidating,especially by pushing people too hard or refusing to take No for an answer. They are sometimes a bit 'know-it-all' and are often poor at delegating-mainly because they don't trust others as much as themselves. They also tend to be bossy perfectionists and overly conscientious.

MIDDLE-BORNS

Positives: The clasic middle child is very relational:a people-pleaser who usually dislikes confrontation. They basically need to keep life smooth,and their motto might be 'peace at any price'. They are usually very calm,will roll with the punches as amiable,down-to-earth people and great listeners. They are skilled at seeing both sides of a problem and keen to make everybody mediators and negotiators.

Negatives: They tend to be less ambitious or driven than first-borns,but much more eager to be liked-or,at least,to be happy with other people. They can have a difficult time setting boundaries,so they can drift into 'co-independence' by trying to please everyone. They are not good at making decisions which offend others and tend to blame themselves for the failures of others.

LAST-BORNS

Positives: Last-borns are the cheerleaders of the world. They have good social skills and love to entertain and talk to other people. They make friends readily,and quickly make others feel at home. They're extrovert,energised by the presence of other people and probably not afraid of taking risks.

Negatives: Last-borns often tend to get bored fast. Ther are fearful of rejection and have a short attention span. When the fun stops,they've had enough and want to check out. To some extent they're self-centred. They can harbour unrealistic expectations of finding a relationship that's always fun,and,of course,such relationship simply do not last.
______________________________________________________________________

Mix? 

My propose here is just want to share it..n for fun... You dont have to 100% believe it. It just for our knowledge. Maybe it can help us in knowing more about ourselves. And in future... Thats all for now. By the way,HAPPYNEWYEAR! *aDios*


* If you like someone,just tell her/him*
*If you in love with someone,Just admit it..n tell to that person*
*Before it too late*
^^


Ahad, 25 Disember 2011

**STARS**


Tempat:bilik pantri<asrama,C1>
Mood: Boring
5.24 pm

Assalamualaikum wbt...Hai

Sekarang tengah cuti Krismas...dan kebanyakkan pelajar KMP pulang bercuti....hanya beberapa peratus je yang bercuti kat KMP ni... Aku pun termasuk dalam list tu... Mula-mula tu ade dh terfikir nak bilik tapi ayahanda aku memberi titah perintah: "Cuti 4 hari je...x yah balik laa..."...Ibundaku pula de bertanya samada nk balik ke x... bila ku katakn ayahanda bertitah x yah balik,jadi ibundaku berkata: "OK.X yah balik..." Huhuhuhuhu.... Jadi,ku terima titah perintahnya... ^^"

Ok. Sekarang aku nk cerita pasal bintang...S.T.A.R.S. Apa yang aku boleh katakan tentang bintang-bintang ni?Peminat2,pencinta2 bintang ni memang ramai.. HOT Stars! Hahahaha... Bintang-bintang...Cantik..indah...comel...boleh buat hati menerawang... boleh menjadi peneman ketika lonely. Dan macam-macam lagi...!

Aku nak petik sedikit kandungan buku " Misteri Keajaiban Dunia"karangan Mohamad Sodikin Rahman.. mengenai bintang...(m/s:6)

_______________________________________________________________________
Sesungguhnya,proses kelahiran sebuah bintang adalah gambaran dari proses terciptanya alam semesta. Sebuah bintang berawal daripada proses yang terjadi di antara molekul yang berupa awan,gas,dan debu. Para astronomi menyebutnya dengan nama nebula,sedangkan Al-Quran menyebutnya dengan kata dukhan. Ikatan antara molekul mulai terbentuk akibat adanya gaya tarikan graviti. Mereka semua bertawaf,berputar,dan membentuk bulatan.

Dari proses ini,lahirlah sebuah bintang kecil yang akan terus menjalankan reaksi pelakuran yang sempurna. Ia akan terus menghasilkan tenaga nuklear yang ada di pusatnya. Jika reaksi telah sempurna,bintang pun akan menjadi bentuk cemerlang. Cahanya menerangi sebahagian ruang alam semesta serta menghadirkan aneka kemanfaatan bagi sekitarnya. Ukuran kecemerlangan sebuah bintang dilihat daripada seberapa banyak ia dapat menghadirkan cahaya yang dapat menerangi sekitarnya.

Konsep ini mirip dengan konsep manusia terbaik seperti disabdakan Rasulullah SAW. Menurut beliau,sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi sekitarnya.
_______________________________________________________________________


Itulah antara isi kandungan yang terdapat dalam buku ni... Banyak perkara dan ilmu dapat diperoleh hasil pembacaan ini.. Bagi yang berminat,boleh la dapatkan buku ni. X rugi membelinya... Buku tu kan boleh buat kita kaya..Kaya dengan ilmu.. =)


Ok la..Setakat tu saje buat kali ni... Any comments,please leave it in my cbox...Thank you! *aDioS* Wsalam...


Jumaat, 23 Disember 2011

Diam-diam ubi berisi

Tempat:Foyer B (KMP)
Mood: OK
10.41 am

Assalamualaikum wbt...hai...

Hari Khamis lepas merupakan 1st time aku mengamuk sejak masuk KMP ni. Memang x tertahan sangat dah perasaan masa tu. Geram sangat. Mengamuk x la mcm amok.Xdela mengamuk sampai menjerit dalam kuliah. 'Ter'titis air mata sikit tu ade la(bila dah smpai bilik). Lempar2 barang tu pun ade la sikit (bila dah sampai bilik).Mengamuk lebih dalm hati,muka masam mencuka,ayat...perghhh..pedas sepedas makan  100 biji cili padi... Hah,tu la. Diam-diam aku,ade had gak. Langgar kepantangan aku,siap la...Nak penampar pun boleh. Penumbuk?Boleh je... Nak perang senyap?On. Tapi nasib baik la amukan tu tahan buat beberapa jam je... Petangnya,dah Ok balik suhu hati aku... ALHAMDULILLAH...

Ok. Tu mukadimah post aku untuk kali ni. Just want to share it...just a little...hehehe... Pe yang aku cuba nak sampaikan kat sini ialah, Dont judge to early. Dont judge based on the appereance... Orang yang kita nampak kecut je,jangan sangka sekecut tu kebolehannya. Yang senyap,x banyak cakap,jangan fikir ayat-ayat Bombastik x boleh keluar dari mulut diaorang. Orang yang nampak selekeh,jangan sangka dia papa kedana. Orang yang nampak baik,jangan selalu buat set minda yang mereka ni baik luar dan dalam. Dan yang jahat tu,x semestinya jahat lahiriahnya... Senang kata,kita x boleh percayakan orang 100%. Kena sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. Sama konsep gak bila berkait soal perasaan. Samada suka,minat,cinta apatah lagi. Hanya berikan kepercayaan 100% kpd Pencipta,kitab-kitabnya...dan semua yang benar sebenar-benarnya. 

Perhati. Siasat. Teroka. Cari. Tu yang sepatutnya dibuat bagi mengenali dgn lebih dalam...Setiap persoalan pasti ada jawapannya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cantik fizikalnya,x guna jika dalamnya hodoh. Dont judge the beauty through the appereance. 

True beauty consists in purity of heart. 



*Just want to share it* Sepanjang aku memegang title pelajar matrikulasi jurusan perakaunan di KMP ni,dah macam2 ragam aku tengok. Dan macam2 jenis orang aku jumpa...Secara jujurnya,kat sini ramai awek2 yang cantik2 luar dan dalamnya,sejuk mata memandang.. I'm serious about this statement. Bkn nk promote ke ape..tu kebenarannya..Bila aku tgk diaorg,memang rasa rendah diri gila...rasa macam kerdil je...Bertudung litup,labuh...berjubah...Aduhh... bila la akan terbuka hati ni untuk berpakaian seperti mereka? Kebanyakkan mereka ni,x la macam pe yang kita gambarkan. Mereka ni mcm kita2 ni gak..ade gak peragai gila2 sikit...tapi,penjagaan tatasusila diaorang yang mencuit  hati aku... Aku selalu terfikir bila nampak mereka ni: Sapela jejaka yang akan berjaya menyunting hati diaorang ni?Bertuahnya la... Betul. Tu pe yang aku terfikir...sentiasa...Ok.ni bukan sesi nak berjiwang dan aku pun bukanlah nk berjiwang tapi hakikat. Di sebalik ramai pengkid2,bohsia2,mat sotong...masih ramai lagi muslimah2 yang cantik lahiriahnya...Di sebalik sifat pemalu@senyap tu,tersembunyi satu keindahan... Semoga,aku berjaya menjadi hamba yang solehah..dan anda semua juga...Amin...

Ok la.setakat tu je buat kali ni. Sebarang kesalahan ejaan,tersasul yang x kena,harap dimaafkan... Kalau ade merapu sikit tu pun,ampunkan la hamba... ^^ #AdiOs# Wsalam...

     

Rabu, 14 Disember 2011

Novel Oh Novel


8.27 pm
Tempat: Bilik<asarama kediaman>
Mood:tired...(+still ok.)

Assalamualaikum...hai...

Hari ni,di KMP diadakan majlis penyampaian bagi atlet2 KAKOM,pensyarah2 cemerlang dan pelajar cemerlang PSPM Semester 1 sesi 2011/2012. Aku terlibat secara langsung sebagai penerima.. ^^ (Alhamdulillah..rezeki..) DAN pada hari ni dan esok,14/12/11-15/1/11,diadakan pameran buku!! Aktiviti yang aku paling suka. Buku,novel,komik.... Ahh..my love... I just LOVE them so much! Kebetulan,petang takdi,kelas tutorial dibatalkan. Jadi,tanpa membuangkan masa,habis kelas pukul 3 petang,terus aku pergi serang pusat sumber. Aku anggarkan belanja untuk shopping buku paling maksimum,RM100. X boleh lebih! Nasib baik,lepas beberapa urusan jual beli berlaku,aku masih dalam bajet yang diletakkan. Apa yang aku beli? Jawapan: BAHAN ILMIAH. ^^

SENARAI BARANG DAN HARGA:

  • Buku rujukan Maths(QA026) = RM36
  • Novel( 2 buah) =RM33
  • Buku ilmiah-bacaan-rohani(Tajuk: Tafsir Mimpi)=RM12
  • Kerja kajang (200 sheets) = RM5
JUMLAH PERBELANJAAN= RM 86
BAKI =RM14

Jangan hairan,jangan terkejut sebab aku beli 2 buah novel. Bagi aku,tu dah berpada-pada...kalau ikut nafsu,lebih dari tu aku nak beli.Hahaha... Sememangnya,aku GILA novel..+komik gempak starz... Gila maksudnya bukan mereng k...bukan macam warga-warga Hospital Tanjung Rambutan tu. Gila di sini maksudnya=LOVE. Suka sangat. Kalau aku diberi pilihan antara dua buah kedai: Kedai buku&Kedai pakaian. Jawapannya: Kedai buku. Kalau dekat Terengganu,Pustaka Seri Intan jadi tempat favourite aku untuk shopping buku-buku,novel-novel. Walaupun ia x setanding MPH,tp bolehla... Sejujurnya,aku x pernah pergi MPH dan memang jadi angan-angan aku nak g shopping kat sana. Setakat ni,xde rezeki lagi aku nak menjejakkan kaki ke sana. Sibuk dengan study,dan hal-hal lain.

Aku mula minat baca novel bermula tingkatan 1. Mula-mula,memang x minat nak baca buku tebalnya paling kurang 100 muka surat tu...tapi lama-lama,jatuh cinta gak akhirnya. Aku tak suka sangat baca novel-novel jiwang,jiwa-jiwa sangat... Aku kalau baca novel tajuk cintan-cintan sangat,memang tolak tepi awal-awal dah... Satu lagi,aku x gemar cover novel yang ada wajah orang. Gambar manusia. Sebab?Kebanyakannya ia x seperti yang digambarkan oleh penulis dan tu dapat menjejaskan kesan positifnya. 



 * Inilah novel-novel yang aku baru beli petang takdi.Keluaran Kaki Novel*

Antara production kegemaran aku : Jemari Seni,Kaki Novel,Buku Prima,PTS. Alaf 21 aku layan gak la tapi x selalu. Mungkin sebab skop ceritanya x berapa memikat hati aku. Tapi x bermaksud x bagus. Lain orang,lain citarasanya. Kan? ^^ Bagi aku,novel adalah salah satu alternatif yang bagus untuk menanamkan+menambahkan minat kita untuk membaca. Statistik yang dibuat jelas menunjukkan betapa 'minat'nya rakyat Malaysia membaca. Mungkin ada sesetengah orang berfikir, 

"Novel hanya untuk perempuan...girly."

Pemikiran ni sangat salah. Novel sesuai untuk dibaca oleh perempuan ataupun lelaki. Aku pernah jumpa beberapa kawan lelaki yang minat baca novel. Pada aku,it's quite sweet. And Cool. There is nothing wrong for a men or boy to read novels.... Novel was another way to teach ourself to get in love with reading. + It can help us in future...Believe it. Jadi,pada sesiapa yang masih berfikiran negatif,fikir-fikirkannya kembali. X semestinya mamat-mamat yang suka baca novel tu mat bunga,mat jiwang. X semua novel tu romatika tahap gila sampai berkhayal x sudah. Banyak novel sekarang yang berjaya sampaikan pengajaran pada pembaca. + Pada aku,bila aku membaca novel,aku seperti menjelajah ke dunia lain. Rasa macam aku laluinya sendiri. Ok,x semua novel tu suitable dengan jiwa kita. Jadi,buat pilihan yang bijaksana. Bagi yang baru nak mencuba berjinak-jinak dengan novel,cuba dengar pandangan dari kawan-kawan yang suka mebaca novel.

NOVEL VS DUIT?

Ok.Kita sedia maklum,novel ni kebiasaanya berharga antara RM18 ke atas. Jadi,mungkin ada yang terfikir ia membazir duit je untuk membuat 'pelaburan' dengan membeli novel-novel ni. Aku sendiri pernah terfikir semua ni. Cuba fikir balik. Kalau nak baca novel,x semestinya kita perlu beli sendiri. Tak silap aku,setiap negeri ada perpustakaan negeri. Kat sekolah,apatah lagi. Pusat Sumber tu wajib ada. Jadi,kita boleh meminjam novel-novel dari sana. Selain tu,boleh juga pinjam dari kawan-kawan,kakak@abang@ sape2 je yang kita tahu,dia mempunyai novel-novel menarik untuk dibaca. NoVEL BUKAN sekadar bahan bacaan biasa,tapi untuk kita rehatkan minda. Membaca kan salah satu aktiviti senaman minda. + Di zaman teknologi ni,banyak novel online. Komik online. Jadi,adakah alasan duit tu boleh dijadikan main reason untuk semua ni? Aku x dela nak memaksa membaca novel. Hanya nak cuba hakis sikit pemikiran negatif tu. X semua orang minat baca novel. Jadi,x boleh dipaksa semua tu. 

K,la. Itu je untuk kali ni. Thanks for reading this post ^^ #AdiOs# Wsalam...

                                              


Isnin, 12 Disember 2011

A little thing called Love ♥


A little thing Called LOve-Thailand-
6.17pm
Tempat: Bilik kediaman>asrama<
Mood: Just steady

Assalamualaikum wbt & hai...

Semalam jiran aku menawarkan aku video movie ni. Aku,on je.. ambil pendraf,save,then copy dalam netbook... Komen aku? BEST~!! ♥♥ Memang syok. Movie ni kelakar+romantik+swettt... ^.^

Sinopsis: <sendiri buat>

Mengisahkan kisah cinta seorang gadis sekolah bernama Nam yang jatuh cinta pada seniornya,Shone... Demi mendapatkan perhatian si jejaka,pelbagai perkara dan perubahan dilakukan ke atas dirinya,terutamanya penampilan dirinya. Kawan-kawannya pula setia berada di sisi untuk menolong dia mendapatkan jejaka idaman. Pelbagai suka duka berlaku dalam hidup Nam sepanjang perjalanan itu. Kehadiran kawan baik Shone yang mula meminati Nam,menambahkan konflik perasaan dalam diri Nam. Adakah Nam berjaya mendapatkan jejaka idamannya merangkap seniornya itu? Adakah cinta itu akan terbalas?

*Nak tahu,jangan lupa tengok movie ni. Best... Movie ni sesuai untuk remaja,budak-budak sekolah... dan pelbagai peringkat umur(kanak-kanak,x berapa sesuai la..). Korang mesti tengok movie ni. Aku sangat sarankan... 5 STARS!! from me... ^^

K,la. Thats all... Need to go... *AdiOs* Wsalam...


Rabu, 7 Disember 2011

DO BETTER


8/12/2011
Tempat: Bilik pantri>asrama-as usual<
Mood: Confuse
1.24 am

Assalamualaikum...hai..


Alhamdulillah,kelmarin,pada pukul 3 ptg,keputusan untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi(PSPM) Sem 1 dah keluar...  Alhamdulillah,aku berjaya capai target aku.. Syukur.. Rezeki.. =) Masa nak g ambik result tu,jujur,aku gementar gila.. GEMURUH! X dapat nak bayangkan langsung dapat berapa.. Otak blank! Aku pergi dgn kawan sekelas a.k.a jiran bilik... Memang kteorg nervous tahap maksimum..! Sampai dekat dewan peperiksaan( Ibnu Sina),rasa kaku je kaki nak melangkah tapi hati x sabar nak tengok. Nak bongkar rahsia. Walaupun rasa takut tu memang ada tersemat dalam jiwa. Tapi,realiti tetap kena hadapi. Dan selepas menjumpai no matrikku,mata pun automatic scan baris tu.. Memang masa tengok tu(dalam keadaan bersesak dgn pelajar2 yang lain),rasa macam nak tercabut jantung. X percaya pun ada.. Kawan aku yang pergi sekali,dah terjatuh mutiaranya(air mata)..terharu..terkejut. Aku lepas keluar dari kesesakkan tu,dah terduduk. 

UNBELIEVABLE!

Memang bersyukur gila. Tapi,kegembiraan tu hanya aku bagi kebenaran utk diluahkan hanya pada hari tu. Mula hari seterusnya,memang x nak dah rasa gembira2.. Takut nanti jadi riak. Bongkak. Bangga diri. Adab hidup,ada yang berjaya,ada yang kurang berjaya. Bila tengok kawan-kawan yang x berapa bernasib baik,down je,rasa serba salah plak. Aku pernah rasa down,upset,hilang keyakinan diri,malu...Tak semua yang kita inginkan tercapai.Sebagai seorang saudara,aku memang rasa agak sayu bila diaorang macam tu. Tapi,aku tahu,diaorang x boleh hanyut dgn feelings dan fikiran negatif tu. Sebab ia hanya membuatkan kita rasa lebih teruk,dan bukannya rasa lebih baik. 

Kalau rasa nak menangis,menangis la..luahkan.. Jangan pendam lama-lama. Perasaan ni bukan macam jeruk. Lagi lama diperam,lagi sedap. Kalau rasa malu nak luahkan pada sesiapa,ada satu lagi lorong utk meluahkan rasa.. ALLAH. =) Percayalah,bila kita dah releasekan perasaan tu,kita akn rasa lebih baik. Mulakan tekad baru. Baiki kelemahan...cari... Dan jangan terlalu rasa rendah diri...sampai hilang keyakinan diri. X guna bersedih,berkabung lama-lama. Hidup ni ada masa kita di atas,dan ada masa kita di bawah. Dah jadi fitrah. Adab. Gagal utk kali ni,x bermakna gagal utk selama-lamanya... OK? 

BELIEVE IN YOURSELF.

DONT LET THE NEGATIVE THINGS CONTROL YOU!


##########################################################
UPGRADE pemikiran.
DOWNLOAD azam.
CHANGE bad attitude.

############################################################

*Adios* Wsalam...

Sabtu, 3 Disember 2011

C.I.N.T.A

4/12/2011
Tempat:bilik pantri>asrama<
Mood: 0
4.15 am

Assalamualaikum...hai...

Jam menunjukkan pukul 4.15 am dan kenapa aku masih x tidur? Answer:OWL.  Sebenarnya aku sedang siapkan kerja rumah aku...yang beratus copy...huhuhu... Lenguh gak tangan2 ni...now,time for a break... 

Pukul 9 malam takdi ade forum antara Kolej Matrikulasi Perlis(KMP)&Kolej Matrikulasi Johor(KMJ). Dengan kate lain,kami dikujungi tetamu dari KMJ. Forum membincangkan tajuk: "CINTA BUTA". 

CINTA. Betul ke cinta tu buta? Apa yang aku faham,cinta itu x mengenal rupa...x kenal erti kekayaan...Cinta itu anugerah. Cinta itu cantik. Cinta itu suci... NAMUN,Cinta sekarang banyak hancur&membawa kesan negatif sebab tidak terkawal. Cinta tu x salah. Cinta tu mungkin buta...tapi cinta tu boleh membutakan. Aku suka nak petik kata-kata dari salah seorang panel takdi. Dia berkata:

"Cinta buta tu ibarat orang buta yang kehilangan tongkatnya"

Benar. Aku sangat setuju dengan kata-kata ni... Cinta Buta banyak dikaitkan dengan zaman remaja. Sekarang,kita sendiri sedia maklum,banyka kes pembuangan bayi... malah ade yang sanggup membunuh bayi-bayi tersebut. Dan perbuatan ini membuatkan mereka dilabelkan sebagai manusia yang x berperikemanusiaan,lagi teruk dari binatang. Sedangkan haiwan pun tahu menjaga anaknya... Aku teringat dengan satu topik yang dibicarakan dalam kelas agama baru-baru ni. 

Jika kita bandingkan manusia dengan lembu,yang mana lagi baik? Sudah jelas,manusia adalah ciptaan Allah yang paling mulia. Dalam firman Allah,sudah jelas tertulis. Kenapa manusia dikatakan lagi baik dari lembu?
Kerana manusia dianugerahkan AKAL. Akal tu ibarat satu kuasa. Dan ini yang membuktikan kekuasaan Allah. 

APA KAITAN AKAL DAN CINTA?

Jika kita betul-betul menggunakan akal kita,maka gejala sosial akibat cinta buta tu dapat dielakkan. Apa yang menyebabkan kita hilang pertimbangan? Jawapannya: NAFSU. Bila kita tewas dengan nafsu,maka nafsu dengan mudahnya akan memgalahkan pemikiran waras kita. Aku nak petik kata-kata dari Ustaz Raja yang aku dengar dari ceramah maghrib:

"Kita sepatutnya bersaing dengan nafsu dan bukan tewas dengannya"

Aku yakin,ramai antara pembaca sekalian sudah dewasa,sudah cukup umur...jadi,perkara ni anda dapat fikirkan sendiri. Fitrah manusia,ingin disayangi,dikasihi....tapi jangan plak kita guna itu sebagai alasan untuk melencong ke jalan yang salah. Dalam agama mana-mana pun ada menggariskan perihal tingkahlaku yang perlu dijaga... Dunia dah semakin maju. YA,Betul. TApi jangan plak kita hanyut dengan kemajuan ni tanpa mengingati akan alam kekal(akhirat). 

LOVE-HATI-
Nak tahu tak,apa yang aku percaya tentang CINTA?

Pada aku,cinta itu unik. Cinta tu susah nak jumpa...Cinta tu boleh membawa kebaikan dan keburukkan... Cinta tu kadang-kadang susah nak dikenalpasti. Cinta itu mesti didahului dengan CINTA PADA ALLAH. Selepas itu,percayalah,cinta pada insan akan hadir. Aku percaya,kalau aku betul-betul suka akan seseorang tu,bila berjumpa@bertembung@ternampak@mendengar suaranya sekalipun,hati aku akn berdegup kencang. Aku akan rasa segan tiba-tiba. Kekok. Dan gembira bila dia di sisi... rasa selamat. Satu perkara yang aku buat bila aku rasa aku sukakan seseorang. Iaitu,bila aku bertembung dengannya,aku akan peka dengan degupan jantung aku masa tu...semakin kencang ke?ade rasa lain macam? Kalau xde,itu maknanya,aku mungkin hanya suka@minat sekadar suka-suka... Aku percaya,andainya aku berjumpa dengan jodoh yang dah tertulis denganku,aku secara automatic akan merasa tarikannya. Hati ke hati. =)

Buat masa sekarang,aku tahu dan sedar,aku kena fokus dengan pelajaran aku,dan letak tepi kejap tentang hati dan perasaan ni. FOKUS. Tu yang aku perlu lakukan. Kepada rakan-rakan sekalian,aku just nak kata,cinta tu x salah tapi jangan kita salah tafsir apa itu cinta sebenarnya. Pada aku,aku rasa amat kerdil bila aku ingin mencintai@menyayangi seseorang sedangkan cinta aku pada-Nya belum cukup utuh lagi. 

Anda nilaikan sendiri...fikir-fikirkan..dengan hati yang tenang. 

K,itu je setakat ni. Andai ada tersilap kata,tersilap taip,tersilap ejaan,ampun maaf dipinta.. Aku juga adalah insan,yang x lari dari membuat kesilapan...

*AdiOs* ^^

Khamis, 1 Disember 2011

Another day

2/12/11
Tempat:bilik komputer>KMP
Mood: blurr..
(11.34 am)

Assalamualaikum... hai..

Hari demi hari berlalu..baru beberapa minggu masuk sem 2,macam-macam cubaan dah aku lalui(+kena lalui). Macam yang aku kata,sem 2 pasti lebih mencabar dan aku betul. Lagi mencabar,lagi banyak kerja terutama kerja berkumpulan. Pening gak bila fikirkan semua tugasan yang mendatang dan akan datang ni... Dan berita terbaru,aku tengah pokai sekarang. huhuhuhu... Orang kata,duit elaun masuk hari ni,tapi mesin ATM plak blank! Begang betul! +pagi takdi,semua budak kelas aku dikehendaki buat pembetulan utk tajuk belanjwan tunai sebanyak 170 copy! Gara-gara ade budak kelas yg x siap kerja,jd semua didenda sekali. *bukan aku budak tu,k* Bak kata pepatah,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga...macam tu la lebih kurang...huhuhu..jadi,PASTI tangan aku akan lenguh2 hujung minggu ni.. Dakwat pen,dah sedia. Mental?dah kot... 

Selain dari tu,projek2 aku yang lain utk sem ni(utk setakat ni):

  • BI- Report+survey (berkumpulan)>format universiti<
  •     - Presentation(create product/event)
  • Dinamika... *x confirm lg* tp pasti ade projek. 
Buat masa ni,hanya tu. Tapi tu hanya yang dalam bidang pembelanjaran aku.. Yang realiti,aku sekarang dalam dilema memikirkan urusan lesen kereta aku yang aku tangguhkan lepas gagal masa 1st test. Jujur,aku dah malas..huhuhu.. 
 
Need to go. Sorry..*Adios*

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...